Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

247: DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG

SBDJ SIRI 247 DIANCAM DENGAN PARANG PANJANG

Pemandu dan saya didakap keresahan. Begitu juga dengan tiga manusia laknat. Mereka menanti ungkapan yang bakal dilontarkan oleh Pak Habib atau datuk. Kalau elok kata yang keluar, selamatlah mereka. Kalau buruk yang diucapkan, celakalah hidup mereka.

“ Aku maafkan perbuatan kamu semua.”

Ketiga-tiga manusia laknat menarik nafas lega. Serentak menatap bumi di kaki dan serentak pula mengangkat wajah bersama tangisan kesyukuran. Dalam saat yang sama, salah seorang daripada mereka (yang berwajah separuh bulat) merenung tajam kearah saya. Kemudian terus mendekati datuk.

“Apa tuan tidak melepaskan kutukan dan sumpah buat kami dan keturunan kami?” Itulah pertanyaan yang dlemparkan pada datuk.

“Kamu orang Islam?” Datuk renung biji matanya.

“Iya, “ angguknya, “tetapi Islam pada nama saja.”

“Soal kutukan, soal sumpah, bukan kerja orang yang beriman. Orang Islam yang beriman tidak percaya pada kutukan, pada sumpah, pada tangkal azimat selain pada Allah.”

“Tuan, saya jadi orang Islam yang baik dan beriman, bagaimana tuan?”

“Carilah ilmu dari orang yang ada ilmu,”

BERKERUT

Lelaki itu terdiam seketika, dahinya nampak berkerut. Dua orang rakannya yag dapat mendengar kata-kata datuk turut termenung. Macam ada sesuatu yang berlegar di dalam tempurung kepala mereka.

“Ah.......”

Tiba-tiba saja lelaki berdarah dahi mengeluh pendek. Bayangan kekesalan terpamer di muka. Agaknya menyesali diri sendiri. Sepatutya sebagai sebagai seorang yag mempunyai asas ugama serba sedikit, tidak wajar dia terpengaruh dengan perbuatan syirik.

“Allah ampunilah perbuatan hamba mu ini yang dhaif dan hina ini,” keluhan leaki berdarah dahi berlanjutan dengan sedu yang mengocang bahu.

“Sudahlah,” pujik datuk, tangisan bersama sedu beransur reda dan akhirnya hilang. Keadaan sekita terasa sepi dan hiba. Angin malam yang bertiup terus mengugurkan dedaun tua.

“Tidak ada apa yang harus kamu risaukan,” nada suara datuk begitu simpatik sekali.

“Pak Habib ini orang baik, aku fkir dia akan memaafkan kamu semua. Jadi kamu bertiga harus sedar, mesti insaf dan bertaubat.”

Saya lihat ketiga-tiga laknat itu terdiam membatu. Pemandu disisi saya menggaru hujung hidungnya. Dia tahu datuk akan menyambung kata, penunjuk arah agar ketiga-tiga manusia menjadi insan yang baik.

“Sekiranya kamu bertiga berjanji palsu dan meneruskan perbuatan ini lagi, munkin kamu bertiga dak akan bertemu dengan orang yang sebaik Pak Habib. Kalau silap carannya, isi perut kamu terburai kena kerambit,” satu persatu wajah ketiga-tiga lelaki itu datuk tatap.

ARAH

Lelaki berdarah dahi, kelihatan tidak tentu arah. Dia menark nafas dalam-dalam. Kemudian renung muka dua orang kawannya. Pak Habib kelihatan tenang. Sesekali dia merenung ke dada langit.

Secara mengejut lelaki berdarah berdarah dahi memeluk uuh kedua-dua orang temannya sambil berbisik sesuatu.

“Kami bertiga berjanji , tidak akan melakukan perkara seperti ini di masa akan datang,” ketiga-tiga manusia laknat mengangkat tangkat kanan, berikrar di depan Pak Habib dan datuk. Tetapi, datuk dan Pak Habib tidak memberikan reaksi positif.

“Kami bertaubat, berjanji tak buat lagi perkara macam ini, maafkan kami, jangandihukum kami,” serentak tiga lelaki laknat bersuara.

“Aku memang sudah lama memaafkan kamu.”

Perkataan yang keluar dari kelopak bibir Pak Habib mengejutkan saya dan pemandu tetapi, idak buat datuk. Dia bagaikan sudah tahu bakal keputusan yang akan dibuat oleh Pak Habib.

“Tetapi kamu....” Jari telunjuk Pak Habib Pak Habib menuding ke arah lelaki yang berdarah dahi yang kelihatan pucat dan sedikit mengeletar, “kamu yang tahu serba sedikit asas agama, boleh terpengaruh pada orang yang kurang ilmu.”

Tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki berdarah dahi pada pertanyaan tersebut.

“Dua hari lagi, kamu bertiga jumpa aku di rumah, aku nak bagi kamu kerja tetap, sebelah malamnya kamu semua boleh belajar agama dan membaca Quran dengan tafsirnya sekali dari guru yang aku sediakan,” sambung Pak Habib tenang, seolah-olah tiga lelaki itu tdak pernah menjadi musuhnya.

“Tetapi, tuan Habib....” lelaki berwajah separuh bulat tdak dapat meneruskan percakapannya.

“Apa yang mahu kamu cakapkan? “ Pak Habib menyoal.

“Kami dah tua nak belajar apa?”

“Belajar ilmu agama tidak ada had umur. Dari baligh hingga masuk lubang kubur, orang belajar. Kalau belajar main ikut-ikut atau separuh jalan macam kamu bertiga, memang bleh jadi salah pedoman atau sesat. Sahbanyak fkir lagi, mari kita keluar dari sini,” Pak Habib memberkan keputusan muktamad.


BERGERAK

Beberapa minit kemudian, kami semua beredar dari kawasan lapang menuju ke arah jalanraya. Kerana lelaki berdarah dahi memang arif dengan keadaan sekitar, maka dia disuruh oleh datuk jadi kepala jalan. Dia tidak membantah dan menerima arahan itu sebagai satu penghormatan pada dirinya.

Dalam rancak melangkah, terdengar suara salakan anjing yang menandakan bahawa kami berada tidak jauh dari kawasan yang dihuni manusia.

Dari jauh sudah kelihatan cahaya api jamung, Deru kenderaan juga mula kedengaran sayup-sayup. Semuanya itu tidak menarik perhatian saya, mungkin juga orang lain.

Apa yang berlegar dalam kepala, mahu segera sampai ketempat kereta tersadai. Kemudian segera berangkat ke Medan. Badan sudah terlalu letih, sudah tidak bermaya rasanya mahu menangkat kaki untk melangkah. Itik-titik embun jantan terus jatuh ke bahu, pepokok renik terus diredah.

Makin lama makin hampir kami dengan bibir jalan raya tempat kereta tersadai, Riuh rendah suara orang bercakap dan bertengkar makin jelas kedengaran, segala-galanya makin hampir.

Pak Habib terus angkat tangan memberi isyarat supaya kami melagkah berhati-hati. Jangan memijak sebarang dahan atau ranting kering yang boleh menimbulkan bunyi. Sungguh menyiksakan melangkah dalam keadaan terbongkok-bongkok di celah pepohon dara dalam keadaan cuaca malam yang tidak begitu terang.

Begitulah, dalam keadaan yang serba sukar, kami sudah dapat mendengar dengan jelas perkara-perkara yang mereka perkatakan. Pak Habib menyuruh kami mencangkung seketika untuk mengikuti perkara yang dibincangkan secara terperinci oleh kumpulan yang tidak dikenali.

Ternyata kumpulan itu sedang berbincang untuk mencari sesaorang yang hilang. Mereka sedang merumuskan satu keputusan muktamad, samaaada menggunakan khidmat anjing pemburu atau mereka masuk beramai-ramai kedalam kawasan hutan dara untuk mencari orang yang hilang.

Tetapi siapakah y ang mereka cari? Hampir lima minit kami menunggu, tidak sepatah pun diantara mereka menyebut nama orang hilang yang bakal dicari. Mungkinkah Pak Habib atau orang yanglebih penting dari Pak Habib.

“Bergerak,” Pak Habib memberi arahan.

Seperti tadi juga, arahannya tetap kami patuhi. Lebih kurang sepuluh tapak kaki melangkah, Pak Habib menyuruh kami mencangkung macam tadi. Kemudian berjalan lagi, berhenti lagi dalam keadaan mencangkung.

TERATUR

Pergerakan yang teratur dan terancang itu memang berhasil. Gerak geri kami tidak dapat dicium oleh kumpulan manusia yang sedang berbincang. Kami pun semakin hampir dengan gigi jalan dan kereta tersada. Perbincangan merfeka dapat kami ikuti dengan jelas.

Bunyi pintu kereta (milik Pak Habib) yang tersadai dibuka dan ditutup jelas kedengaran. Mereka menyebut nama Pak Habib dan pemandunya berkali-kali. Dua orang lelaki dari Tanah Melayu (saya dan datuk) yang menaiki kereta Pak Habib dari Medan ke Pengkalan Beranda juga disebut-sebut.

Saya dan datuk disyaki menjadi punca segala-galanya. Kecut urat perut, bila ahli kumpulan itu secara terang-terangan menuduh saya dan datuk mahu menyembunyikan Pak Habib atas niat melakukan pemerasan.

“Manusia tidak lepas dari rasa syak wasangka dan terlalu cepat menghukum, inilah kelemahan manusia, Kelemahan itu ada kalanya dijadikan senjata oleh hati yang busuk, tidak ikhlas, tidak ingatkan Allah untuk merosakkan manusia sebagai laluan ke neraka,” Pak Habib memberitahu datuk.

Secara tidak langsung pemberitahuan itu menyatakan Pak Habib akan berdiri di belakang datuk.

“Kamu usah bimbang,” kata Pak Habib lagi.

“Segala-galanya saya serahkan pada Allah, “ jawab datuk. Keduaduanya tersenyum.

Sebelum kumpulan tersebut melakukan pencarian, Pak Habib bersama pemandu segera meluru ke arah kumpulan itu. Melihat kemunculan Pak Habib dan pemandunya, suasana menjadi bising.

Beberapa orang wanita dan lelaki segera memeluk Pak Habib tanpa mempedulkan si pemandu. Manakala beberapa lelaki yang berdiri tidak jauh dari kereta Pak Habib yang tersadai kelihatan bengis sekali.

Sekurang-kurangnya dua dari lelaki disitu menyandang tiga pucuk senapang kampung berlaras satu dan dua. Manakala yang lain membawa lembing dan parang panjang.

Melihat situasi yang tidak menyenangkan itu, saya segera mendekati datuk.

“Kita dalam bahaya tuk, kalau kita tunggu kita tak balik kampng tuk.”

“ Sabar cu, Pak Habib suruh kita dan tiga penyanggak besar itu tunggu dulu, bila dia beli isyarat baru kita keluar.”

“Antara orang bertiga dengan kita siapa keluar dulu tuk.”

“Orang bertiga dulu, kita orang terakhir.”

Ah, penyakit,” keluh saya.

Datuk hanya senyum, dia nampak tenang sekali. Bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Ternyata tiga manusia laknat juga bimbang seperti apa yang saya bimbangkan. Mereka duduk berhimpit-himpit macam tikus kesejukan.

TEMBAK

Dalam keadaaan yang serba tidak menguntungkan diri datuk dan saya itu, salah seorang dari lelaki yang menyandang senapang melepaskan tembakan ke udara dua kali berturut-turut. Jantung terasa saya bagaikan berhenti dari berdenyut. Datuk masih juga tersenyum.

Lelaki yang melepaskan terus mendekati Pak Habib.

Mana dia dua manusia dari Tanah Melayu tu, biar saya ajar mereka, kalau yang lain takut bertindak, ini anak saudara Syed Hamid Al-Hadad, boleh menjadikan mereka mayat” sebaik saja selesai bercakap dia melepaskan lagi dua tembakan ke udara.

“Nanti dulu Tajuddin,” pujuk Pak Habib dan secara sepontan dia mengambil senapang kampung berlaras satu dari anak saudaranya yang sedang naik darah.

Senapang itu segera di berikan kepada seorang wanita tua (yang kemudiannya saya ketahui ibu kepada lelaki itu) yang memakai jubah putih. Wanita itu pula menyerahkan senjata api itu kepada wanita lain untuk disembunyikan.

“Mereka mahu menculik paman kita, ini kerja dari orang semenanjung tu, bunuh saja mereka,” pemuda yang berjambang dan mempunyai raut muka Arab menggengamkan penumbuk.

Beberapa orang yang bersenjatakan senapang dan parang mula rapat pada pemuda tersebut. Mereka menyoong tindakan anak sadara Pak Habib. Keadaan sudah cukup panas sekali. Tetapi, Pak Habib dengan lembah lembut meminta sanak saudara, kaum kerabatnya bersabar. Mereka disuruh mengucap. Mana yang tidak boleh menahan rasa marah diminta mengambil wdhuk.

TAKUT DAN CEMAS

Tiga manusia laknat yang berada tidak jauh dari saya dan datuk ternyata tidak dapat menahan rasa akut dan cemas. Kalau tadi mereka masih boleh bersabar dan merasakan nyawa mereka tetap dalam keadaan selamat, kini keadaan menjadi sebaliknya.
“Keluar berlindung tempat lain,” kata lelaki berwajah separuh bulat.

“Ayuh, “ jawap dua orang kawan yang lain.

“Nanti, jangan keluar, merbahaya,” tahan datuk.

“Maaf Pak, kami bimbang,” jawab mereka.

Saat ketiga-tiga manusia laknat itu bangun dan melompat keluar dari tempat persembunyian. Mereka terus ditangkap oleh kumpulan lelaki yang sedang naik darah.

Pak Habib cuba mententeramkan keadaan tetapi, suara larangan Pak Habib tidak di pedulikan. Ketiga-tiga manusia laknat terus dipukul setengah mati kerana di sangka mereka bertiga adalah orang dari Tanah Melayu yang menculik Pak Habib.
l
Keadaan menjadi semakin kelam kabut. Tidak boleh dikawal lagi. Dalam keadaan yang terdesak itu, Pak Habib merampas senapang dari salah seorang anak buahnya lalu melepaskan tembakan ke udara. Kumpulan yang sedang memukul tiga manusia laknat segera berhenti.

Pak Habib menerkam ke arah ketiga-tiga manusia laknat itu. Dia memohon maaf atas perbuatan biadap anak buahnya. Tiga manusia laknat yang dibelasah tidak melawan hanya mengangguk dalam keadaan badan yang bengkak bengkik dan muka lebam birat kena buku lima. Malah, ada kulit yang terkoyak.

Pak Habib menyuruh anak buahnya merawat dengan sempurna. Pak Habib menceritakan apa sebenaryang terjadi.

Disitu juga, Pak Habib memberitahu anak buahnya, ketiga-tiga lelaki yang dipukul dengan teruk terus diterima sebagai anggota keluarganya dunia akhirat. Sebahagian anak buah yang tidak setuju menunjukkan protes dengan meninggalkan tempat tersebut secara diam-diam.

“Mana dia orang dari Malaya (Malaysia),” anak saudaranya yang panas baran bertanya penuh emosi. Pak Habib memberitahu anak saudaranya itu, dia tidak akan memanggil sahabat barunya dari Malaya, selagi anak saudaranya tidak bersikap terbuka dan tenang. Akhirnya anak saudara Pak Habib patuh pada permintaan.

0 comments:

Post a Comment