Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

248: TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN

SBDJ SIRI 248 TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN

Walau pun anak saudaranya patuh dengan permintaannya tetapi rasa sangsi jelas tergambar diwajah Pak Habib.

Pada hematnya, orang yang dikuasai emosi, fikirannya boleh berubah bila-bila saja. Boleh melakukan tindakan yang tidak dijangkakan.
“Mana orangnya?” Anak saudara Pak Habib terus mendesak. Secara bersahaja Pak Habib mengangkat tangan, minta anak saudaranya bertenang. Ada keluhan kecewa terluah dari mulut anak saudara Pak Habib.
"Dia ada disini Tajuddin, dia tak ke mana- mana. Orang yang tak sabar selalu hilang pertimbangan, jadi kawan syaitan," Pak Habib menguji hati anak saudaranya, Tajuddin.
"Saya tak hilang pertimbangan. Demi Allah, kalau sudah berjanji saya tetap berpegang pada janji."
"Bagus, kamu amanah," nada suara Pak Habib diiringi keriangan.
Saudara mara Pak Habib yang berada di situ terus duduk dalam kelompok-kelompok kecil, bercakap sesama sendiri. Jalan raya yang terbentang agak jarang dilalui kenderaan. Dingin subuh terus menguasai tubuh manusia yang berada di situ.
Beberapa orang wanita yang berada di situ, mula resah. Sering saja merenung muka Pak Habib dan anak saudaranya Tajuddin. Mereka seolah-olah mengharapkan kedua-dua manusia itu segera mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan yang tidak berapa disenangi.
"Mana orangnya?" Dalam lembut Tajuddin mendesak.
"Iya, aku panggil dia sekarang," Pak Habib senyum lalu berjalan beberapa langkah, meninggalkan anak saudaranya menuju ke kawsan tempat saya dan datuk bersembunyi.
Kaum kerabatnya yang duduk segera bangun. Mereka tumpukan perhatian ke arah Pak Habib yang berdiri menghadapi pohon- pohon renik nan rimbun.
Dalam nada suara yang tidak berapa keras, Pak Habib melaungkan nama datuk beberapa kali. Ketika datuk bangun mahu keluar dari tempat persembunyian tangannya segera saya pegang.
"Jangan keluar tuk ini merbahaya."
"Tak mengapa, sahabat saya tak akan mengkhianati saya."
"Kita boleh percaya dengan Pak Habib, tapi bagaimana dengan orang lain?"
"Ah kamu, jangan fikir macam-macam. Itu urusan aku."

TERJATUH
DATUK segera menolak saya hing ga terjatuh.
Tanpa membuang masa Datuk terus melangkah keluar meninggalkan tempat persembunyian. Saya tergesa-gesa mengikut nya. Dalam masa kelam-kabut itu, sempat juga saya melihat jam di tangan. Sudah pukul dua pagi.
Sebaik saja keluar dari tempat persembunyian, dalam sekelip mata saja saya dan datuk dikelilingi oleh anak buah Pak Habib. Wajah mereka kelihatan bengis semacam. Rasa cemas masih dapat dikawal kerana Pak Habib masih berada di sisi saya dan datuk.
Tetapi, suara-suara sumbang yang menyakitkan hati menyindir dan mengejek saya dan datuk tetap hadir dalam lubang telinga kami.
KARISMA
Sebagai seorang yang memiliki karisma tersendiri, Pak Habib bertindak dengan bijak mengawal keadaan. Dia minta anak buahnya menghormati saya dan datuk sebagai tetamu. Jika ada yang main kasar, dia sendiri akan bertindak.
Dengan wajah yang bersahaja serta tekanan suara yang seirama, Pak Habib memberitahu anak buahnya, siapa sebenarnya kami berdua (Datuk dan saya). Pak Habib juga memberitahu mereka, bagaimana detik perkenalan antaranya dengan Datuk terjalin.
Semuanya Pak Habib terangkan satu persatu dengan terang. Selesai saja penjelasan diberi, Pak Habib memberikan peluang pada mereka untuk mengemukakan apa saja pertanyaan atau kemusykilan pada Datuk. Sungguh diluar dugaan, kesempatan itu tidak dipersia-siakan oleh anak buah Pak Habib.
Bermacam-macam pertanyaan dihalakan kepada datuk, bermula dari perkara agama dan akidah hingga membawa kepada hal- hal dunia ghaib. Malah ada yang mahu mencuba kehebatan Datuk dalam ilmu mempertahankan diri. Berpeluh datuk menjawabnya. Apa yang pasti semua pertanyaan itu menjurus kepada kejujuran datuk bersahabat dengan Pak Habib.
Kerana jawapan yang datuk berikan cukup jelas hingga tidak menimbulkan keraguan dalam hati mereka. Malah anak saudara Pak Habib (Tajuddin) segera minta maaf pada datuk atas prasangka buruknya yang terpendam dalam hatinya.
"Maafkan saya." Ujar Tajuddin dalam nada sedih.
"Kita makhluk Allah yang lemah, tidak sunyi dari kesilapan. Saya maafkan kamu, lupakan semuanya,” dengan pantas datuk menyambar huluran tangan Tajuddin. Mereka berpelukan. Perbuatan Tajuddin itu segera diikuti oleh anak-anak buah Pak Habib yang lain. Suasana jam dua pagi yang dingin, terasa bertambah pilu dan syahdu bersama laungan takbir.
Bila suara takbir berhenti Pak Habib mengumumkan bahawa saya bersama datuk dan tiga lelaki laknat diisytiharkan sebagai kerabat baru dalam keluarga besar Pak Habib. Persaudaraan sesama Islam tidak boleh dipisahkan oleh apa pun, kerana Islam itu murni,” Pak Habib mengakhiri ucapan lalu disambut teriakan Allahu Akbar
BERANGKAT
Menjelang subuh kami tinggalkan kawasan tersebut. Saya bersama datuk naik satu kereta dengan Pak Habib. Tiga manusia laknat naik kereta yang berasingan. Lelaki berwajah separuh bulat naik kereta anak bongsu Pak Habib, Syed Hamzah.
Lelaki berkulit agak gelap naik kereta biras Pak Habib. Manakala lelaki berdarah dahi naik kereta Tajuddin (anak saudara Pak Habib). Sebelum memulakan perjalanan Pak Habib bercakap dengan anak bongsunya, birasnya dan Tajuddin. Saya dan datuk, begitu juga si pemandu, tidak tahu apa yang dikatakan leh Pak Habib pada tiga orang kerabatnya.
"Mereka bertiga."
“Siapa Tuan Habib……..” datuk memotong cakap Pak Habib.
Orang yang menyeksa kita sepanjang malam, awak tak ingat.”
"Oh, saya ingat,"pendek datuk menjawab.
Dengan serta merta wajah tiga manusia laknat tergambar dalam tempurung kepala. Pemandu di sebelah tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus memandu dengan tenang.
Mereka bertga mesti tinggal semalam dua di rumah pemilik kereta yang mereka tumpang. Pemilih kereta harus melayani mereka dengan baik, beri makan minum dengan sempurna," sambung Pak Habib.
"Kenapa mesti tanggung mereka, suruh balik lagi baik Tuan Habib," sanggah datuk. Pemandu di sebelah anggukkan kepala. Dia sependapat dengan Datuk.
Buat beberapa ketika, Pak Habib terus membisu. Pemandu memaut stering dengan erat. Larian kereta semakin stabil. Begitu juga dengan kereta yang mengekor di belakang.
"Saya ada rancangan," Pak Habib menguap.
"Apa rancangannya Tuan Habib?"
SELEKOH
PAK HABIB menggeliat sambil meluruskan sepasang kakinya. Kemudian mengingatkan pemandunya supaya berhati- hati. Kerana secara kebetulan sebaik saja melepasi satu selekoh, gerimis mula turun menyebabkan jalan basah.
Dalam deru enjin kereta bersama titik gerimis subuh, Pak Habib pun meluahkan rancangan yang disusun dalam kepala kepada datuk.
Kata PakHabib, mereka bertiga (manusia laknat) dimestikan tinggal di rumah pemilik kereta yang mereka tumpangi selama tiga hari. Setiap kali waktu solat masuk, mereka mesti datang ke masjid untuk berjemaah. Mereka juga dimestikan mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz Badaruddin Binjai yang disediakan Pak Habib khas untuk mereka bertiga.
Dalam tempoh itu juga (selama tiga hari) mereka tidak diizinkan berjumpa dengan orang luar, kecuali orang yang ada hubungan darah dengan keluarga Pak Habib. Perkara ini dilakukan oleh Pak Habib sebagai satu orientasi. Sebagai usaha membersihkan fikiran dari perkara- perkara yang negatif.
Selepas tiga hari barulah mereka dibenarkan keluar dari kawasan rumah yang ditumpangi. Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Menemui anak isteri atau saudara terdekat. Mereka pulang dengan semangat baru. Dengan fikiran baru. Tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak baik.
BAIK
SATU rancangan yang menarik disusun oleh Pak Habib. Begitu rapi dan sistematik sekali. Tidak terfikir oleh datuk yang Pak Habib begitu prihatin pada tiga manusia yang telah mendatangkan kesusahan pada dirinya. Sepanjang penjelasan itu disampaikan oleh Pak Habib, datuk lebih banyak mendengar dan mengangguk saja.
"Apakah memadai dengan tiga hari saja dibekalkan pengetahuan?" tanya datuk setelah melihat Pak Habib seperti enggan meneruskan ceritanya.
"Oh.... bukan setakat itu saja, ada susulannya lagi," Pak Habib menjawab.
Si pemandu dan saya hanya mendengar saja apa yang diucapkan oleh Pak Habib dan Datuk.
Titik gerimis yang halus mula bertukar kasar. Macam tadi juga, Pak Habib tetap mengingatkan pemandunya supaya lebih berhati-hati dan teliti terutama bila melalui selekoh yang agak tajam atau menuruni bukit. Dua buah lori barang berselisih dengan kereta yang kami naiki.
"Masa mereka pulang ke tempat masing- masing, saya bekalkan wang ringgit secukupnya. Bekalkan beras, gula dan kopi serta barang-barang keperluan lainnya. Saya benarkan mereka tinggal ditempat sendiri selama seminggu saja, lepas itu mereka mesti datang ke sini," Pak Habib menghidupkan kembali perbualan yang telah terhenti seketika.
Dari ekor mata, saya nampak Datuk membetulkan duduknya dan bersedia mencelah percakapan Pak Habib. Tetapi, perkara itu tidak dilakukan oleh datuk, bila dia melihat Pak Habib menepuk bahu kanan pemandunya berkali-kali.
"Perlahan lagi, kalau perlu kamu berhenti. Harimau yang melintas jalan itu bukan harimau sebarangan," ujar Pak Habib.
"Iya Pak," jawab si pemandu.
Di depan mata dalam jarak tidak sampai tiga puluh kaki, seekor harimau berbadan besar yang ditunggangi manusia melepaskan sorotan matanya melawan sorotan lampu kereta.
Saya jadi cemas kerana harimau itu seperti tidak mahu bergerak. Manakala gembalanya yang bersongkok hitam, berambut panjang de- ngan misai tebal melin- tang bagaikan merenung ke arah saya.
"Beri laluan, kalau dihalang merbahaya," kata datuk.
Pemandu terpaksa memberhentikan kereta dan memadamkan lampu. Datuk yang tahu situasi saya ketika itu meletakkan ibu jari kirinya ke pangkal telinga saya. Salah satu urat di situ ditekanya dengan kuat.
Rasa takut dan cemas serta merta hilang. Saya jadi marah dan badan saya merasa seperti diruapi peluh-peluh halus. Bila lampu kereta dihidupkan semula, harimau dan gembalanya tiada lagi melintang jalan.
Perkara begini selalu terjadi di sini," kata pemandu. Saya diam tidak memberikan se- barang komen.
Apa yang dialami oleh pemandu Pak Habib turut disedari oleh pemandu tiga buah kereta yang mengekori dari belakang. Mereka tidak membunyikan hon kereta, ketika kereta yang kami naiki ber- henti mengejut. Malah, mereka turut memadamkan lampu kereta.
Bila keadaan keselamatan dirasakan terjamin, perjalanan pun diteruskan kembali.
Titik gerimis yang tadi kasar mula mengecil. Kabus nipis mula bangun dari permukaan bumi. Di mana-ma-na saja kelihatan kabus sekata. Saya mula menguap dengan semahu-mahunya. Belum pun kuapan habis, bahu saya ditepuk oleh datuk berkali-kali.
Dia mengingatkan saya supaya jangan membuka mulut luas-luas semasa menguap, nanti syaitan masuk perut dan beranak cucu dalam perut, kemudian meresap dalam darah.. bila syaitan ada dalam perut dan darah semua ilmu yang menuju pada arah kebaikan tidak akan lekat di hati.
LOJIK
MEMANG tidak lojik cakapnya itu. Tidak masuk di akal langsung malah me- mang melucukan dan boleh membuat orang lain ketawa.
Tetapi, disebalik semuanya itu, mesej yang dibawa cukup besar dalam membentuk budi bahasa, sopan santun dalam pergaulan yang selari dengan adat budaya orang timur. Sungguh halus dan sopan, orang terdahulu menyelitkan pesan pada anak cucu.
Kereta terus meluncur dalam kelajuan yang sederhana menguak kabus nipis menjelang subuh. Langit tidak kelihatan cerah. Kedinginan membuat saya mengantuk, menguap dan tersenguk- sengguk beberapa kali.
"Macamana kalau mereka tak tepati janji Pak Habib. Maksud saya mereka tak datang pada tarikh yang ditetapkan,” mendadak saja datuk bertannya. Pak Habib melepaskan ketawa kecil.
"Saya akan menurut atau mencari mereka. Buat apa dipujuk, dirayu pada orang yang tidak mahu dirinya dibentuk jadi orang baik. Sudah nyata mereka tidak mahu diajak ke jalan yang diredai Allah," bersahaja sekali nada suara Pak Habib.
"Saya nampak seorang saja yang boleh diharapkan datang, maksud saya orang yang ada asas agama. Dua lagi susah," Datuk memberikan pandangan.
"Saya tak fikir macam tu."
"Habis, Habib fikir semuanya datang," tanya Datuk penuh ragu.
"Pada pendapat saya semuanya datang."
"Saya bersyukur bila Habib kata begitu, saya berdoa apa yang dihajati diberkati Allah."
"Saya memang mengharapkan doa sahabat," Pak Habib tentang biji mata datuk. Mereka berbalas senyum.
"Jiwa Habib besar," ujar datuk pendek.”
“Maksud sahabat?"
“Selalu berfikir hal- hal yang baik pada orang yang membuat jahat pada Habib."
"Ha.... hidup mesti dengan hati yang bersih, jangan sekali-kali memikirkan perkara yang buruk terhadap orang lain. Bila ada sedikit prasangka buruk dalam hati terhadap orang lain, mudahlah nafsu jahat merosakkan diri dan iman orang yang menyimpan prasangka buruk itu," dengan tenang Pak Habib menghamburkan kata-kata itu datuk.
Saya lihat datuk mendengarnya penuh khusyuk. Sesekali datuk menggigit bibir sambil sekali-kali melepaskan pandangan keluar menerusi jendela kereta.
Dalam masa itu, juga, si pemandu membisikkan ke telinga saya dalam tempoh lebih kurang dua puluh minit lagi sampailah ke kawasan rumah Syed Hamid Al-Hadad dan boleh terus menunaikan fardhu subuh.
Gerimis sudah berhenti dan kabus nipis makin berkurangan tetapi, kedinginan tidak juga saya rasakan bertambah kurang. Malah bertambah dingin lagi.

0 comments:

Post a Comment