Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

265: SUARA KUDA DI TENGAH SAWAH

SBDJ SIRI 265 SUARA KUDA DI TENGAH SAWAH

Setelah melepasi beberapa kampung, kebanyakan rumah penduduknya beratap rumbia. Berdinding papan, ada juga berdinding buluh atau tepas.
Sesuatu yang saya kira ganjil, kebanyakan penduduk kampung terbabit buat tidak kisah dengan rombongan kami yang membelah lalu kampung mereka. Bila terserempak secara berdepan, mereka sekadar memberi salam saja. Kemudian berlalu senang.
“Mereka sudah biasa melihat orang berjalan dalam kumpulan yang ramai. Laluan ini laluan orang mencari harta karun dan kumpulan tabligh. Mereka juga pernah dengar tentang Shafie,” ayah Shafie memberi penjelasan.
“Bagi mereka ksah Shafie perkara biasa. Ada lagi orang yang lebih teruk dari itu,” tambah ayah Shafie dalam rentak nada ang bersahaja.
“Oh, begitu, “ balas datuk.
Rombongan kami akhirnya, terpaksa merentasi kawasan tanah sawah terbiar. Baru lima langkah memijak tanah sawah, terdengar bunyi rengekan kuda yang datang dari arah belakang.
“Jangan hiraukan suara itu,” Pak Habib mengingatkan kami semua.
“Jangan ada di antara kamu menoleh ke belakang,” datuk pula memberikan ingatan. Tiada komen dan pertanyaan ysang diajukan kepada datuk atau Pak Habib oleh pasangan suami isteri.
“Jauh ke lagi ?”
Saya ajukan pertanyaan pada emak Shafie tanpa merenung wajahnya. Tiada jawapan yang diperolehi. Kalau boleh saya mahu perjalanan di berhentikan sebentar. Saya terasa letih sekali. Tetapi pada siapakah permintaan itu harus saya ajukan?
“Jauh lagi ke ?”
Untuk kali kedua, saya kemukakan pertanyaan pada emak Shafie. Sudah ditetapkan dalam hati, kalau jawapannya masih jauh, saya beranikan diri minta Pak Habib berhenti sebentar dalam tempoh waktu antara lima hingga sepuluh minit.
“Tak berapa jauh lagi,” tanpa diduga, emak Shafie memberikan jawapan.
“Ada setengah batu lagi,” soal saya.
“Tak sampai, suku batu pun tak sampai.”
Saya gembira dengan jawapan itu.
KUDA LIAR
Perjalanan diteruskan. Suara rengekan kuda liar masih kedengaran tetapi tidak sekuat tadi. Hanya terdengar sayup-sayup dan akhirnya lenyap. Semua terasa aman kembali dan berharap suara rengekan kuda itu tidak akan kedengaran lagi.
Di saat ghairah melangkah dan mahu sampai segera ke tempat yang dituju. Kami dikejutkan kembali dengan suara rengekan kuda liar.
Kalau tadi suara itu datang dari arah belakang beberapa detik berikutnya bertukar kesebelah kanan. Dan seterusnya beralih arah pula di depan kami.
“Kita berhenti dulu,” Pak Habib mengeluarkan arahan.
Pergerakan kaki semua ahli rombongan terkaku sebentar. Saya dongak pula ke langit, melihat awan petang bergerak lemah. Datuk segera mencabut serumpun rumput liar, lalu dibalingnya kedepan, kearah bunyi rengekan kuda .
“Ini petua dan ikhtiar,” pendek datuk berkata.
“Tidak salah,” sahut Pak Habib yang baru selesai membaca potongan ayat-ayat Quran untuk menghalau makhluk halus.
Shafie yang berada diantara saya dan Tajuddin menguap panjang, keletihan tergambar di wajahnya. Dua pengikut setia yang mengekori dari belakang kelihatan tenang.
Suara rengekan kuda yang keras mula beransur lemah dan hilang, Dak dan Pak Habib saling berpandangan. Beberapa ekor burung helang terbang rendah untuk mencari mangsa. Kalau ada tikus keluar atau ular keluar dari lubang pasti disambar.
“Bagaimana, boleh kita teruskan,” datuk bertanya.
“Boleh,” jawap Pak Habib.
“Kita bergerak sekarang,” lantang suara datuk memberi arahan. Perjalanan yang terhenti diteruskan semula. Kedudukan anggota rombongan tidak berubah, tetap seperti tadi cuma pengawasan terhadap Shafie diperketatkan, itu pesan Pak Habib dan datuk kepada kami berdua.
PELUH
Kini anggota rombongan sudah berada di tengah-tengah kawasan sawah. Peluh terus mengalir di tubuh di tengah terik matahari petang. Hembusan angin tidak banyak membantu mengurangkan bahang panas yang mengigit kulit.
“Yaaahhooooooo.....” .
Dua pengikut Shafie yang berada di belakang menjerit dengan sekuat hati, Semua anggota rombongan terperanjat besar. Hayunan langkah mati seketika. Semuanya, berpandangan sama sendiri. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Dua pengikut setia Shafie, sudah melanggar pesan Pak Habib. Bagaikan dipaksa sesuatu, saya dan Tajuddin merenung ke belakang. Dua lelaki yang menjerit tidak kelihatan. Hilang entah kemana.
“Kenapa menoleh ke belakang,” nada datuk keras sekali.
“Renung ke depan semula,” Pak Habib merayu.
Belumpun sempat kami melaksanakan arahannya, kulit muka terasa panas macam berada di sisi api yang cukup marak. Pandangan berpina-pinar. Saya tidak dapat mengawal tubuh yang mahu rebah ke bumi. Tetapi, suara Pak Habib masih terdengar sayup-sayup menyuruh datuk memeluk tubuh saya agar jangan rebah ke tanah.
Setelah itu, saya tidak tahu apa yang berlaku. Bila kelopak mata dibka kelihatan Tajuddin berada dalam pangkuan Pak Habib. Sementara pasangan suami isteri dan Shafie duduk bertinggung sambil termenung panjang. Setelah datuk memulihkan saya seperti sediakala dan Pak Habib memulihkan Tajuddin, barulah pasangan suami isteri dan Shafie berdiri.
“Kalau kamu berdua tidak menoleh ke belakang, perkara macam ini tidak terjadi. Hal-hal macam ini boleh melambatkan urusan kita,” datuk seperti merungut tetapi, Pak Habib menasihatkan datuk supaya melupakan tersebut, jangan diperpanjangan-panjangkan. Saranan Pak Habid diterima oleh datuk.
“Lupakan yang lalu, mari kita bergerak,”tekanan nada suara Pak Habib lembut. Datuk sambut dengan senyum. Ahli rombongan segera bergerak. Kedudukan dan tugas anggota tidak berubah, tetap macam tadi.
Semoga perjalanan ini tidak berhadapan dengan halangan. Semuanya diharapkan berjalan lancar dan segera sampai ke rumah orang tua Shafie. Itu doa hati kecil saya. Malahan, mungkin doa dan harapan anggota rombonan yang lain seperti itu juga, fikir saya.
“Yaahhhooooo...”
Terdengar jeritan di belakang.
“Jangan ada diantara kamu menoleh ke belakang.”
Serentak datuk dan Pak Habib mengingatkan kami semua. Tiada bantahan, siapa pun tak berani melawan ingatan yang diberikan. Semuanya akur dan kaki kian rancak melangkah memijak permukaan bumi.
Suara jeritan dan sorakan semakin menjadi-jadi. Seolah-olah mempersendakan kami semua. Atas permintaan datuk langkah dipercepatkan lagi. Suara-suara yang tidak diminta itu terus dipersetankan dan akhirnya, sorakan dan jeritan terus mengecil dan hilang.
NORMAL
Suasana dalam perjalanan kembali normal. Hembusan bayu menghantar kemesraan. Sekawan pipit tuli terbang rendah lalu bertenggek di dahan bagakan merestui perjalanan kami ke rumah Shafie.
“Diharapkan tak ada gangguan lagi?”
Ayah hafie meluahkan harapan. Pak Habib dan datuk membalas dengan anggukan
“Saya pun harap macam tu,”ibu Shafie bersuara.
“Betullah tu, baik kita cepatkan langkah.
Tidak semena-mena, Shafie yang tadi membisu macam tunggul buruk terus mencelah. Skapnya sungguh mengejutkan saya, mungkin juga orang lain. Apakah perasaannya sudah terlepas dari gangguan makhluk halus, saya bertanya dalam hati.
Kerana sudah jemu melhat pepokok dan rerumput liar di kiri kanan alan, pandangan segera saya alihkan kedada langit, melihat gumpalan awan yang menipis, bergerak tenang arah ke timur. Burung-burung terus berterbangan di angkasa.
“Buuummmmmm....:
Ledakan kuat yang tidak dapat dipastikan dari arah mana datangnya membuat semua anggota rombongan terkejut, ada yang terjatuh, tetapi segera bangun. Bila bunyi ledakan berakhir kelihatan dua pengikut setia Shafie terkapar dalam jarak beberapa kaki di depan datuk dan Pak Habib.
Kedua-duanya agakan dicampak oleh sesuatu dari tempat tinggi. Tiada seorang pun yang nampak dan tahu arah mana kedua dua insan itu muncul. Siapa yang mencampakkannya juga dak diketahui.
GOLEK
Kini kedua-dua insan itu berglek-golek atas rumput sawah terbiar. Ereka seperti mengalami rasa sakit yang amat sangat. Mungkin kerana simpati dan kasihan, ayah Shafie menerpa ke arah kedua-dua insan itu untuk menolong.
“Jangan, itu perangkap,” tahan Pak Habib.
Bahu kanan ayah Shafie segera dipegang dengan erat sekali. Ayah Shafie cuba membantah dengan menepis pergelangan tangan Pak Habib. Tetapi, Pak Habib bertindak bijak, terlepas bahu kanan, bahu kiri dicengkam dengan cengkaman harimau, bergerak sedikit sakitnya hingga ke tulang belakang. Ayah Shafie mengalah dalam diam, malah terus membongkok menahan sakit.
“Kesian mereka.”
Ibu Shafie bagaikan merayu sambil menatap wajah datuk dan Pak Habib.
“Kalau dibantu ertinya, kita membunuh diri sendiri,” tingkah Pak Habib tenang.
“Jadi apa yang mesti kita buat ?“ Tanya ibu Shafie.
Dengan tenang Pak Habib melepaskan cengkaman harimau di bahu ayah Shafie. Orang tua itu mengeliat ke kiri, ke kanan sambil menumbuk angin dua tiga kali hingga rasa sengal dan sakit di bahunya hilang.
“Jadi apa yang harus kita buat, dua laknat ini mahu melambatkan perjalanan kita sampai ke rumah,” ayah Shafie mula naik angin, gigi atas dengan bawah dilagakannya berkali-kali. Sepasang anak matanya tetap tertumpu ke arah dua lelaki pengikut setia Shafie yang bergolek di rumput, sesekali menelentang muka ke langit sambil menangkat sepasang kaki masing-masing ke langit.
“Biar saya selesaikan.”
Datuk terus bergerak ke depan melepasi pasangan suami isteri. Perbuatan datk membuat Pak Habib merasa cemas. Shafie hanya melihat penuh minat dengan apa yang berlaku sekitarnya. Ekor matanya menjeling ajam ke arah datuk. Dia kelihatan kurang yakin dengan apa yang datuk perlihatkan.
“Humm.....” Shafie bagaikan mengeluh kecil.
“Tamar.”
Saya segera menoleh ke arah Tajuddin. Sepasang mata kami berlaga seketika yang membuahkan senyum.
“Apa yang datuk kamu nak buat, Tamar,” sambungnya.
“Hei, budak berdua, cuba belajar diam, kurangkan bercakap dan banyak soal,” Pak Habib melepaskan rasa kurang senangnya kepada kami.
Tajuddin dan saya berpandangan. Hairan, cakap macam itu pun tak boleh. Apakah perkara saya lakukan dengan Tajuddin merupakan satu pantang larang dalam saat-saat begini. Semuanya itu, bergolak dalam batin saya anpa menemui sebuah jawapan yang konkrit.

0 comments:

Post a Comment