Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

263: SUARANYA TERSEKAT

SBDJ SIRI 263 SUARANYA TERSEKAT

Larangan itu membuat saya dan Tajuddin terkilan. Kenapa mesti dilarang, fikir saya dalam hati. Shafie sudah melampau, tidak hormat dengan orang tua. Dia harus diajar dengan secukupnya.
Hentak dadanya dengan penumbuk, biar dia jatuh tergolek-golek di bumi. Dengan itu saja baru dia sedar diri. Manusia biadap, batin saya terus bergelora.
“Kau orang berdua tak puas hati Tamar.?”
Datuk bagaikan dapat membaca apa yang berombak dalam dada. Tiada j|awapan balas yang diberikan. Saya cuma senyum tersipu-sipu. Pertanyaan yang sama datuk halakan pada Tajuddin. I-aina benar Tajuddin termenung sebelura menganggukkan kepala.
"Saya memang tak puas hati, kenapa kami dihalang."
Tidak saya duga, Tajuddin begitu berani berterus terang. Ada rasa cemas dalam diri. Bimbang kalau datuk naik angin. Syukur, datuk tidak naik angin dia nampak tenang.
"Bukan apa-apa Tamar, Tajuddin."
Nada suara datuk rendah sekali. Sesekali dia mengurut-urut batang lehernya. Pak Habib yang jatuh terlentang sudah pun bangun. Ketika dia mahu berdiri, Shafie terus menerkam dan melepaskan satu tendangan lagi. Pak Habib lersungkur untuk kali kedua. Datuk tidak pula bertindak melindungi Pak Habib. Perbuatan datuk membuat kami berdua kian marah.
"Ini urusan kami, jadi biarlah kami in uskan. Kamu berdua janganlah masuk campur," sambung datuk.
"Tapi, Pak Habib terus diserang orang gila itu." Tajuddin memprotes. Saya sukong protes tersebut dengan menganggukkan kepala.
"Kamu berdua memang biadab," pekik datuk lantang, "Sudah aku kata- kan, ini urusan kami, kamu berdua jangan masuk campur,".
Selesai saja datuk mengakhiri kata- kata, dia terus menerpa ke arah Shafie dari sebelah kiri. Sepasang kaki Shafie ditangkap dan ditarik ke arahnya. Shafie menjerit lalu jatuh tersembam di bumi.Ketika datuk berhasil duduk atas belakang Shafie. Had Pak Habib berdebar, dia merasakan datuk sudah tidak mampu mengawal perasaan marahnya.
Dengan pantas datuk menyauk leher Shafie dengan lengan kiri dan menarik ke belakang membuat muka anak muda itu mendongak ke langit.
Sementara tangan kanan datuk terus mengilas tangan kanan Shafie ke belakang.
Shafie kelihatan terkapar dan sukar melepaskan nafas. Suaranya, bagaikan ddak keluar dari kerongkong.
'Jangan, nanti patah lehernya."
NYARING
SUARA Pak Habib bergema nyaring, ketika dilihatnya datuk mahu merengkuh leher Shafie lebih jauh ke belakang. Gema suara itu membuat datuk terhenti melakukannya. Tengkuk dan tangan Shafie segera dilepaskan, tetapi ketika itu Shafie sudah tidak bermaya lagi. Nampak amat lemah sekali. Datuk yang menyedari perbuatannya itu agak keterlaluan, segera menyesalinya.
"Saya hilang sabar."
"Tak mengapa, kita manusia tidak lepas dari kelemahan dan kekurangan."
"Subhanallah."
Suara datuk lemah. Muka Pak Habib ditatapnya. Mereka berbalas senyum. • '
LEMAH
BAGAlKANvdiatur, kedua-duanya segera mendekati Shafie yang lemah dan keletihan. Rawatan memulihkan tenaga segera datuk lakukan dengan mengurut dan menyentuh bahagian sendi tertentu. Walaupun begitu, kedua-duanya sentiasa berwaspada, malah bersedia menghadapi sebarang kejadian di luar dugaan dari Shafie.
Beberapa minit berikutnya, muka Shafie yang pucat lesi kembali merah. Boleh menggerakkan sebahagian dari tubuhnya. Tetapi masih belum mampu berdiri. Dalam kepala datuk dan Pak Habib sudah tersusun rencana yang bakal dilakukan, andainya Shafie dapat berdiri dan melakukan serangan mengejut pada mereka.
Ayah dan ibu Shafie menghampiri datuk dan Pak Habib.
"Izinkan kami berdua membantu." Ungkap si isteri.
Datuk dan Pak Habib segera berpandangan, kehairanan.
"Mahu membantu," Pak Habib minta kepastian.
"Iya," angguk si suami.
"Caranya?" tanya datuk ragu-ragu. Ada renungan memperkecilkan hasrat pasangan suami isteri tersebut.
"Dengan berdoa pada Allah. Saya pernah diberitahu oleh seorang ustaz, doa ibu bapa kepada anaknya lebih mustajab. Kami berharap doa kami berdua dikabulkan oleh Allah," jelas si suami.
"Kamu bercakap perkara yang benar, silakan," Pak Habib memberi laluan. Tiada bantahan dari datuk. Saya dan Tajuddin berpandangan. Sesungguhnya. kami berdua berdebar menanti kemampuan dan tindakan selanjut dari pasangan suami isteri.
Dengan langkah dan rajah penuh keyakinan, pasangan suami isteri itu mendekati Shafie dan terus duduk bersimpuh di sisinya. Mereka menadah tangan ke langit. Mereka pun berdoa penuh dengan khusyuk dan tawaduk. Mereka menganggap tiada orang lain di sekitar mereka. Hanya mereka berdua saja yang berada di situ.
Semua gerak-geri dan tindak tanduk pasangan suami isteri tidak terlepas dari kuasa mata saya dan Tajuddin. Pak Habib dan datuk kelihatan serius sekali. Seolah- olah memberikan restu dan bersedia turut berdoa, jika dipelawa.
"Allah yang Maha Besar, Maha Pemurah dan Penyayang padamu kami bermohon. Ampunilah dosa anak kami Shafie. Kembalikan keimanan dalam kalbunya, agar dia menjadi seorang Islam sejati.
Padamu kami bermohon, sempurnakanlah keimanannya dan turunkan Hidayah padanya. Bersihkan hati anak kami. Shafie dari pengaruh jahat. Ya Allah, Engkau perkenanlah permintaan hambamu yang hina..." Pasangan suami isteri itu menangis terisak-isak. Perasaan saya dihempap keharuan yang amat sangat.
BERDOA
SEBAIK saja pasangan snami isteri itu selesai berdoa, terdengar suara azan mewarnai keadaan sekitar. Saya dan Tajuddin tercari-cari dari mana suara datang. Rupa-rupanya suara tersebut adalah suara Pak Habib, Dia melaungkan azan dari satu tempat tinggi. Saya tjkidak sedar ketika mana Pak Habib bergerak, ke arah tanah yang agak tinggi.
Selesai azan Pak Habib mendekati kami. Dia menyuruh Tajuddin ambil air kolah surau satu baldi. Dengan berlari- lari anak Tajuddin menyempurnakan permintaan datuk.
Setelah air satu baldi dibacakan fat hah tujuh kali lalu dicurahkan ke tubuh Shafie, mulai dari kepala hingga ke hujung kaki. Setiap curahan mesti berakhir di kepala lutut kiri dan kanan. Kemudian dimulakan kembali dari kepala hingga ke hujung kaki dan berakhir di kepala lutut.
Setengah jam masa berlalu, hasil kerja yang dilakukan oleh Pak Habib, tidak menampakkan hasil. Tiada perubahan pada diri Shafie masih macam tadi. Ayah dan ibunya terus berdoa.
"Allah..."
Semua yang berada di situ tumpukan perhatian pada Shafie yang mula bergerak perlahan-lahan hingga berjaya menelentangkan tubuhnya merenung langit biru.
“Saya nak balik mak,”
Shafie merenung wajah ibunya. Kemudian beralih merenung muka ayahnya. Segaris senyum bermain dikelopak bibir Shafie yang pucat.
“Ayah sihat, “ tanyanya.
"Sihat," pendek si ayah memberikan jawapan, bersama senyum keriangan.
Beberapa helai daun kering melayang-layang di udara dibawa angin, sebelum jatuh berhampiran dua lelaki pengikui setia Shafie.
"Shafie anakku, mengucap dua kalimah syahadat," lembut sekali nada suara si ibu mengajukan permintaan.
Sejenak Shafie termenung, macam ada sesuatu yang berlegar-legar dalam tempurung kepalanya.
Sepasang kelopak bibir Shafie bergerak tetapi, tiada suara yang terkeluar. Kelihatan amat payah sekali bagi Shafie untuk melafazkan dua kalimah syahadat.
"Emak."
Suara Shafie tersekat. Dia gelengkan kepala. Perasaan ibu dan ayahnya terus diresap kehampaan yang panjang. Seketika lerdengar keluhan dari si ayah. Harapan dan cita-citanya untuk melihat Shafie jadi ulama besar terus berkecai. Tidak akan menjadi kenyataan sampai bila-bila pun.
Melihat pada situasi. Pak Habib yakin agak lambat menemui titik akhir. Dia segera mendekati ayah Shafie dan terus membisikkan sesuatu. Orang tua (ayah Shafie) yang kelihatan lemah dan kecewa itu terus anggukkan kepala. Malah memberi ruang pada Habib untuk duduk di sisi Shafie.
"Saya mulakan," kata Pak Habib.
"Silakan," jawab ayah dan ibu Shafie serentak.
Pak Habib pun membongkokkan badan, mendekatkati kelopak bibir ke telinga Shafie lalu membisikkan sesuatu. Saya yakin, Pak Habib membisikkan potongan-potongan ayat pilihan dari al- Quran. Tiada sebarang tindak balas dan Shafie, setelah mendengar bisikan tersebut.
Pak Habib tidak berputus asa dan terus mengulangi perbuatan yang sama sebanyak tujuh kali berturut-turut. Usaha Pak Habib membuahkan hasil.
Shafie terus duduk bersila di hadapan ayah dan ibu. Sepasang anak matanya yang bercahaya garang tertumpu ke wajah Pak Habib. , Antara Pak Habib dan Shafie ada adegan pertarungan melalui kelopak mata. Kelopak bibir Pak Habib nampak bergetar, ada sesuatu yang dibacanya.
MENGEJUT
SUNGGUH mengejutkan, malagh semua ada di situ bagaikan tidak yakin kata . "Assalamualaikum" terpancut keluar dari mulut Shafie yang ditujukan pada Pak Habib. Dengan pantas Pak Habib membalas salam samhil nienghulurkan tangan. Shafie menyambut huluran tangan Pak Habib. Mereka berjabat tangan penuh kemesraan.
"Emak, saya nak balik," kata Shafie.
"Boleh, tapi..."
“Tapi, apa emak," potong Shafie.
"Kena minta izin dengan orang yang kamu salam tadi." Tutur ibunya dengan tenang, penuh keyakinan. Lagi sekali Shafie renung muka Pak Habib.
"Saya nak balik ke rumah emak saya, tuan."
"Sudah lentu boleh kerana itu adalah rumah kamu dengan syarat...," Pak Habib tidak menamatkan kata-katanya. Mulut Shafie terlopong, sepasang biji matanva bagaikan mahu tersembul.
"Ikut saya mengucap dua kalimah syahadat secara betul, ikhlas dalam hati," sambung Pak Habib.
Dengan serta merta si ibu memberikan isyarat mata pada Shafie, agar mematuhi saranan Pak Habib. Tiada tindak balas positif dari Shafie. Si ibu mengulangi perbuatan yang sama pada Shafie. Kali ini reaksi yang diberikan amat menyenangkan hati si ibu serta si ayah.
"Boleh, saya ikut cakap tuan," itu kata pemutus dari Shafie. Pak Habib tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada Shafie dan kedua orang tuanya.
Dengan pantas Pak Habib memanggil datuk, saya dan Tajuddin agar segera menghampirinya. Secara tidak langsung, kami bertiga dikehendaki berada di sisi Shafie dan kedua orang tuanya. Permintaan Pak Habib segera kami kabulkan.
Dengan disaksikan oleh kedua-dua orang tuanya, saya, datuk serta Tajuddin. Pak Habib pun melafazkan dua kalimah syahadat dengan terang dan lancar. Kemudian turut dilafazkan oleh Shafie dengan nada suara yang lancar dan terang sekali.

0 comments:

Post a Comment