Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

261: ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH

SBDJ SIRI 261 ABU BAKAR BAWAFI UTUSAN ALLAH

Suasana tenang sekali. Tiada tanda-tanda bimbang dan cemas akan berlaku. Samaada dari datuk dan Pak Habib, begitu juga dari pasangan suami isteri dan kami berdua.
Beberapa saat berikutnya datuk dan Pak Habib mula bergerak ke arah Shafie dan orang tuanya. Seperti ada sesuatu yang mendorong saya melangkah mengekori datuk.
“Tuk macamana dengan kami berdua ni?”
“Eh, kamu Tamar,” datuk gelengkan kepala sambil menjegilkan sepasang biji mata, Saya jadi serba salah.
“Kamu suka ganggu,” tambah datuk.
“Maafkan saya tuk.”
“Kamu mesti ingat, apa yang kami lakukan ini peringkat terakhir. Banyak syarat dan pantang larangnya. Kalau kami gagal, hutanlah tempat Shafie untuk selama-lamanya. Kerana tugas ini berat, kamu tak usahlah masuk campur. Sebaik-baiknya kamu berdua awasi Shafie dan orang tuanya,” datuk berhenti bercakap. Muka Pak Habib dijeling.
“Semasa mengawasi Shafie dan orang tuanya, jangan sekali-kali berkasar dengan mereka, kecuali kalau sudah terpaksa, ‘ Pak Habib mengambil tugas datuk, menyambung percakapan yang terhenti. Nada suara Pak Habib lebih lembut penuh diplomasi tidak keras macam datuk.
“Baik, maafkan saya.” Jawap saya terketar dan berpatah balik ke arah Tajuddin.
PERLU
Sebenarnya, saya dan Tajuddin tidak perlu menjaga Shafie dan orang tuanya. Sebabnya ketika pasangan suami isteri melihat datuk dan Pak Habib mahu melangkah ke arah mereka. Cepat-cepat mereka beredar dari sisi Shafie, bagaikan memberi kesempatan pada datuk dan Pak Habib mengambil alih tempat yang mereka kosongkan.
Shafie yang masih belum puas memeluk ibunya kelihatan terpinga-pinga denan kehadhiran datuk dan Pak Habib di sisinya. Shafie tidak diberikan peluang langsung oleh datuk untuk bergerak atau melontar kata-kata.
“Saya pegang tangannya, “ bisik datuk pada Habib.
“Saya nak pegang apa?”
“Kakinya,” pendek balas datuk. Dan mereka pun melakukan perkara itu dengan pantas dan serentak.
Semasa kaki dan tangan dikuasai oleh datuk dan Pak Habib, tidak terdengar keluhan atau suara Shafie, tubuhnya kaku macam batang pisang. Datuk dan Pak Habib tidak bercakap sepatah apa pun. Sesekali kelopak bibir datuk dan Pak Habib bergerak-gerak.
Dua lelaki pengikut setia Shafie hanya melihat sahaj kejadian di depan mata. Wajah mereka tidak memperlihatkan sebarang reaksi samada cemas atau marah. Mereka nampak selamba saja.
Tetapi lain keadaannya dengan pasangan suami isteri. Mereka cemas bagakan terpukau tidak terkata. Cuma anak mata sahaja melilau melihat gerak-geri datuk dan Pak Habib. Sepuluh minit suasana berlalu dengan aman. Tidak ada kejadian tidak diingini berlaku.
“Nampaknya, setakat ini kita selamat,” terdengar Pak Habib berbisik dengan datuk.
“Syukur pada Allah.” Balas datuk.
Pak Habib dan datuk bangun dan berdiri serentak. Shafie yang tadi duduk terus rebah ke bumi.
Tanpa memperdulikan keadaan sekitar, Pak Habib dan datuk melangkah ke arah sya dan Tajuddin. Dalam sekelip mata pula Shafie terus berdiri. Matanya liar merenung ke kiri, ke kanan. Merenung ke langit dan ke bumi. Dia bagaikan berhadapan dengan dunia baru. Datuk berpatah balik mendekati Shafie.
“Pelik betul dia, macam mengigau. Macam orang bangun tidur,” itu komen Tajuddin, bila melihat keadaan Shafie yang tidak keruan itu. Komen dari Tajuddin dapat didengar oleh Pak Habib. Akibatnya, Tajuddin menerima satu jelingan yang tajam. Pasangan suami isteri segera mahu menerkam ke arah Shafie tetapi dihalang leh Pak Habib.
“Mengucap dua kalimah syahadat,” kata datuk lantang.
Tiada sebarang tindak balas dari Shafie. Dia masih macam orang mamai. Terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan.
“Mengucap dua kalimah syahadat,” Pak habib pula bersuara. Shafie tunaikan permintaan Pak Habib. Tetapi ada kejutan yang diluar dugaan yang dilontar dari mulut Shafie sebagai jawapan atas permintaan Pak Habib.
“Setiap umat Islam mengucap dua kalimat syahadat menyebut nama Nabi Muhammad. Tetapi, Shafie menambah sebutan nabi dengan menyebut nama Abu Bakar Bawafi,” Pak Habib merungut sambil mengerutkan dahi.
“Sabar sahabat, dia masih tak tentu arah,” pujuk datuk. Pasangan suami isteri yang mendengar ucapan itu mengeleng-ngelengkan kepala sambil menarik nafas panjang.
“Siapa Abu Bakar Bawafi,” pujuk Pak Habib.
Buat seketika Shafie terdiam.
“Siapa Abu Bakar Bawafi,” datuk bertanya dalam nada suara yang lemah lembut penuh mesra.
“Dia yang memimpin kami ke jalan yang benar. Dia adalah utusan Allah macam nabi.”
“Di mana dia sekarang?” soal Pak Habib.
“Ikut kami baru kamu tahu jawapannya.”
REAKSI
Sampai di sini datuk segera membisikkan sesuatu ke telinga Pak Habib. Seterusnya, tiada pertanyaan yang diajukan oleh datuk dan Pak Habib kepada Shafie.
Dua lelaki pengikut setianya mula memperlihatkan reaksi yang membimbangkan. Mereka mula menumbuk dan menendang angin. Menyedari sesuatu yang buruk mungkin berlaku. Datuk segera mengingatkan saya dan Tajuddin supaya berjaga.
Manakala si suami dapat merasakan gerak-geri yang dipamerkan oleh dua lelaki pengikut setia Shafie agak ganjil, segera memberitahu isterinya supaya berhati-hati, jangan sampai Shafie jatuh ke tangan dua lelaki tersebut. Bahang kecemasan mulai dirasai.
“Biar saya uruskan,” suara datuk keras.
Dia pun terus menuju ke arah dua lelaki tersebut. Kehadhiran datuk di sisi mereka disambut dengan wajah bengis bersama ungkapan kata yang sukar difahami.
Bila datk menyingsing lengan baju kirinya separas siku, kedua-dua lelaki itu diam terpaku. Secafra rela mereka hulurkan sepasang tangan masing-masing ke arah datuk minta diikat. Datuk tidak menunaikan permintaan mereka, sebaliknya menyuruh kedua-dua lelaki itu duduk bersila atas tanah.
Permintaan datuk ditunaikan. Seterusnya mereka disuruh meletakkan sepasang telapak tangan di permukaan tanah.
“Tundukkan kepala kamu.”
Perintah itu juga turut di patuhi.
“Sekarang tahan nafas, lepaskan perlahan-lahan.”
Semasa kedua-dua lelaki itu mematuhi perintah dengan teratur dan sopan, dengan pantas datk menepuk pangkal leher mereka, tiga kali berturut-turut. Mereka tersedak, kelopak mata semakin rapat. Perlahan-lahan membongkokkan tubuh, macam orang sujud.
“Duduk diam di sini, jangan ke mana-mana, kecuali aku suruh.”
Itulah yang datuk bisikkan ke cuping telinga kedua-dua lelaki tesebut. Tiada jawapan, tiada tindak balas agresif dipamerkan. Mereka kelihatan bodoh, setia mengikut perintah.
Datuk kembali mendekati Pak Habib.
“Janji ita denganorang suami isteri belum selesai, jadi kita kena selesaikan kerja kita,” kata datuk sambil menarik tangan Pak Habib. Tetapi Pak Habib enggan bergerak dari tempat dia berdiri.
“Apa saudara yakin dua manusia itu, tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan kita,” terpegun datuk sebentar mendengar perkataan tersebut.
Sebagai orang yang kaya dengan pengalaman, datuk dapat membaca apa yang tersurat dan tersirat di sebalik ungkapan tersebut. Sebentar datuk meluangkan waktu menatap biji mata Pak Habib.
“Saudara takut?” tutur datuk.
“Saya tidak takut, Cuma bimbang kalau mereka melakukan sesuatu dengan cara mengejut pada kita.” Ada nada cemas dari Pak Habib.
“InsyaAllah kita selamat, tidak apa-apa,” balas datuk.
“Kalau begitu, kita selesaikan segera,” Pak Habib segera memegang pergelangan tangan datuk.
MINTA
Beberapa saat kemudian mereka sudah pun berada di sisi Shafie. Arahan pertama yang datuk keluarkan ialah meminta saya, Tajuddin dan pasangan suami isteri beredar dari sisi Shafie.
Kami disuruh berdiri dekat bucu surau. Pasangan suami isteri diarah berada hampir pohon sukun yang baru berputik.
Jarak pasangan suami ister dengan Shafie antara 8 hingga 10 kaki. Merka berada di sebelah kanan tubuh Shafie yang terbaring.
Pak Habib tidak disuruh kemana-mana. Dia Cuma diminta berganjak tiga tapak dari tempat asal dia berdiri. Pergerakan itu menyebabkan Pak Habib berada di hujung kaki Shafie.
“Bosan,” saya mengeluh.
Secara tidak sengaja, saya angkat kepala dan kebetulan terpandangkan datuk sedang mengamit saya agar datang menghampirinya. Kerana tidak mahu kesaorangan, saya gunakan bahasa mulut, bertanya apakah saya seorang saja yang dikehendaki.
Datuk memberkan jawapan (dengan bahasa mulut), supaya mengajak Tajuddin sama. Perkara itu segera saya sampaikan pada Tajuddin.
“Bagus, aku pun tak mahu seorang berdiri di sini,” komen Tajuddin.
“Ayuh,” kata saya.
Tanpa membuang masa kami segera melangkah ke arah datuk.
Setelah berada di sisi datuk. Tiada sebarang perintah yang diberikan. Kami berdua tercegat dki situ macam patung. Perkara begini memang menjadi seteru saya. Berdiri macam pak pacak dalam teater bangsawan. Sungguh menjemukan, lebih-lebih lagi bila mengambil masa yang agak lama. Sungguh menyakitkan hati.
“Berapa lama nak jadi pak pacak.”
Tanpa disedari rungutan yang terkeluar dari kelopak bibir agak kuat. Dapat didengar oleh datuk. Dengan pantas dia melepaskan jelingan yang cukup tajam.
“Cucu yang biadap tidak pernah sabar.”
Saya terdiam, tidak berani menentang mukanya.
Angin terus bertiup, panas tidak seterik tadi. Tetapi badan saya dan Tajuddin berpeluh. Dalam suasana begitulah, datuk melangkah dengan tenang ke arah Pak Habib. Datk meneruskan langkahnya menuju ke arah pasangan suami isteri. Ada sessuatu yang datuk bisikan ke telinga ayah Shafie.
SAMPAI
Ungkapan bisikan yang datuk sampaikan pada si suami segera disampaikan ke telinga isterinya. Sebaik saja datuk beredar dari situ, pasangan suami isteri segera melemparkan pandangan ke araha dua lelaki pengikut setia Shafie. Pandangan mereka penuh dengan rasa marah, geram dan kebencian membara.
Dua pengikut setia Shafie, masih dalam keadaan sujud mencium bumi. Tidak tahu apa yang berlaku sekitar mereka.
Sebelum datuk melangkah untuk datang semula ke sisi Pak Habib, serentak pasangan suami isteri anggukkan kepala seolah-olah memberi mandat baru pada datuk. Merestui akan yang bakal dilakukan oleh datuk, mungkin juga Pak Habib.
Sungguh mengejutkan, sehelai daun rambutan tua melayang-layang di udara dan jatuh di bahu kanan datuk. Dengan segera datuk berpatah balik mendapatkan pasangan suami isteri. Mereka bercakap-cakap sejenak dan berjabat tangan. Perjalanan yang terganggu datuk teruskan.

0 comments:

Post a Comment