Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

258: SYAITAN DALAM DARAH

SBDJ SIRI 258 SYAITAN DALAM DARAH

Semasa meluruskan badan dan menarik nafas sedalam-dalamnya, pangkal belikat terasa sakit. Buat beberapa saat, saya mendiamkan diri. Dan datuk dapat mengesan apa yang saya alami.
“Sini,” katanya.
Saya segera mendekatinya dan terdengar datuk membaca sepotong ayat dari Surah Al- Nur (seingat saya). Selesai potongan surah itu dibaca, satu tumbukan hinggap di belikat kiri. Rasa sakit segera berakhir.
Semua peristiwa itu diikuti dengan tenang oleh Pak Habib dan Tajuddin. Mereka memberikan senyum tahniah untuk datuk. Senyum simpati pada saya. Pasangan suami isteri masih membelai dan memangku Shafie. Kerana datuk dan Pak Habib tidak melakukan sesuatu pada pasangan suami isteri, mengundang seribu keraguan dalam diri saya.
“Tamar, kamu pergi ambil air kolah satu baldi,” itu arahan datuk datuk untuk saya.

“Bawa air itu kemari," sambungnya dalam tekanan nada suara yang agak keras.
"Baldinya di mana tuk?'
"Cari sendiri, gunakan akal."
Agak kasar bahasa yang datuk gunakan. Saya jadi serba salah. Tidak tahu, apa yang patut dilakukan.
"Tamar, baldinya di belakang pintu, bilik air orang perempuan."
Tajuddin membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi.
"Terima Kasih, Din."
"Pergi cepat nanti datuk kamu naik angin."
Dengan pantas saya bergerak ke tempat yang disebutkan oleh Tajuddin. Kemudian berlari ke arah datuk semula. Belum pun sempat melepaskan penat, datuk menyuruh saya membawa air satu baldi ke tempat dua lelaki yang muntah darah. Tajuddin ketawakan saya.
Saya panas hati. Datuk sengaja mahu mendera saya. Kenapa tidak disuruh dari kolah terus membawa air satu baldi itu kearah dua lelaki yang muntah darah itu.
Kenapa mesti dibawa kepadanya dulu, kemudian berpatah balik. Sedangkan jarak antara orang yang muntah darah dengan kolah tidaklah sejauh dari kolah ke ternpat datuk.
"Ini penyeksaan," bentak batin saya
"Sekarang mari kita pergi ke tempat orang muntah darah tu," tutur datuk. Saya memprotes tindakan datuk itu dengan memperlahankan langkah. Saya biarkan dia mendahului saya.
"Cepatkan langkah kamu Tamar, aku nak selesaikan kerja ni cepat. Bawa air satu baldi terhegeh-hegeh, macam orang tak makan berbulan-bulan." Terkejut dengan sergahan itu, secara otomatik saja langkah saya menjadi panjang, Malah terus berlari anak, saya sampai lebih dahulu dari datuk di tempat dua manusia vang sedang muntah darah.
"Letakkan air di sini."
Air satu baldi segera saya letakkan di depan datuk vang berdiri tegak berpeluk tubuh. Perlahan-lahan dia merendahkan tubuhnya dan terus duduk bersila di depan baldi berisi air. Tangannya masih memeluk tubuh. Sepasang kelopak bibirnya bergerak-gerak. Pasti ada sesuatu yang dibacanya.
"Bismillah...... " katanya tenang.
Setelah itu dengan cara bersahaja datuk terus menepuk air di- permukaan baldi, sebanyak dua kali berturut-turut.
Sebahagian air yang ditepuk mercik ke wajahnya. Manakala sebahagian yang lain mercik ke permukaan tanah dan melilih di sekeliling badan baldi yang dibuat dari zing.
"Sekarang Tamar."
Saya tatap wajah datuk yang nampak serius.
"Ada tugas untuk saya tuk?"
"Ada," datuk tidak meneruskan percakapan.
Dua lelaki terus muntah darah. Saya resah memikirkan apatah tugas yang bakal diserahkan itu ringan dan mudah atau sebaliknya.
"Kamu curahkan air satu baldi ini atas kepala mereka. Aku nak uruskan perkara lain," itulah tugas yang datuk serahkan kepada saya.
SEMPAT
BELUMPUN sempat saya bertanya, bagaimanakah arahan itu harus laksanakan. Datuk tergesa-sesa meninggalkan saya menuju ke arah Pak Habib yang menanti kedatangan datuk di bawah pokok rambutan.
Saya terkapai-kapai sendirian. Tidak tahu kepala lelaki mana yang harus dijirus dulu. Sebelah kiri atau sebelah kanan dulu. Surah apa yang harus dibaca. Surah Fatihah atau ada surah-surah yang lain.
Bila kepala mereka dijirus air, apakah mereka akan diam atau memberikan tindak balas yang melampau? Boleh mengancam nyawa saya sendiri?. Seribu persoalan menggoncang dada sedangkan jawapannva tetap kosong.
Saya pun mengambil inisiatif sendiri. Sebelum kepala kedua-dua lelaki yang muntah darah itu saya jirus dengan air, saya renung ke arah datuk dan Pak Habib. Cara kebetulan pula. datuk juga merenung kepada saya, lantas pandangan kami berlaga.
Dengan pantas datuk memberikan isyarat tangan, supaya saya segera melaksanakan arahannya. Tetapi, saya masih ragu-ragu untuk melaksanakannya.
"Segerakan Tamar, kalau kamu lambat-lambatkan. Kamu susah nanti," gegendang telinga menangkap suara teriakan dari Pak Habib.
"Segerakan Tamar, sebelum kamu dapat susah." itu suara datuk dalam nada marah.
Dua teriakan dari dua lelaki tua yang saya hormati, mendorong saya mengangkat baldi setinggi yang termampu. Air dalam baldi membasahi kepala kedua-dua lelaki yang mencangkung sambil batuk darah. Mereka tersedak dengan kuat dan tidak batuk darah lagi.
Beberapa saat kemudian. kedua- duanya rebah tergolek di bumi, mengigil kesejukan buat seketika. Akhirnva terdiam kaku macam mayat. Dalam keadaan yang tidak tentu arah itu, hati saya berdebar menanti arahan selanjutnya dari datuk. Lima saat masa berlalu, tiada arahan yang saya terima dari datuk atau dari Pak Habib.
Disebabkan bosan menanti arahan yang tidak datang, datuk dan Pak Habib saya renung lagi. Mereka bagaikan tahu masalah yang saya hadapi.
"Kamu tunggu sampai mereka bangun," Iantang suara datuk.
Terbukti datuk tidak berbohong. Sebaik saja ungkapannya berakhir tubuh kedua-dua lelaki itu kelihatan bergerak perlahan.
Baldi kosong di sisi, segera saya campakkan jauh-jauh. Dua langkah undur ke belakang untuk keselamatan diri, jika nyawa terancam saya perlu bertindak pantas, kerana itu persediaan rapi mesti disusun.
TANGAN
SAYA lihat sepasang kaki dan tangan kedua-dua lelaki itu tersentap-sentap. Kemudian mereka menggeliat dan mula duduk dengan melunjurkan sepasang kaki. Mereka menggeliat lagi macam kucing baru bangun tidur. Sungguh mengejutkan bila mereka terus duduk bersila sambil menghadapkan wajah kepada saya.
Meskipun mereka memperlihatkan wajah bodoh, saya tetap panik. Lagi sekali saya memalingkan muka ke arah Pak Habib dan datuk untuk minta bantuan, Kalau dalam renungan pertama dan kedua tidak nampak wajah Tajuddin, tetapi kali ini, saya nampak Tajuddin tersenyum sinis.
Saya gunakan bahasa isyarat dengan menggerakkan tangan yang bermaksud:
"Macamana dengan dua orang ni."
Datuk juga menjawap dengan gerakan tangan yang bermaksud:
"Biarkan mereka di situ, kamu datang ke sini."
Memang itu yang saya nantikan. Bagai kan orang mengantuk disurung bantal. Saya melompat kegirangan dan terus berlari ke arah Tajuddin, Pak Habib dan datuk di bawah pokok rambutan. Mereka menyambut ketibaan saya dengan senyum lebar. Pasangan suami isteri masih berada di sisi anaknya.
"Kamu memang hebat Tamar."
"Aku tak makan puji," saya menjawab sambil menjuihkan bibir pada Tajuddin. Dia senyum lagi.
Datuk dan Pak Habib bergerak ke arah pasangan suami isteri. Kehadiran mereka bagaikan tidak dipedulikan oleh pasangan suami isteri terbabit.
"Saya mahu menunaikan janji saya pada awak berdua." tenang sekali datuk bersuara.
Pasangan suami isteri segera angkat muka. Renung wajah datuk dan Pak Habib silih berganti. Ada keraguan di wajah mereka.
“Jangan bimbang kami berdua berpegang pada janji, percayalah." Pak Habib cuba menanamkan keyakinan pada mereka.
"Apa yang patut kami buat?" Sepasang mata isteri tertumbuk ke wajah Pak Habib.
"Beritahu apa yang patut kami buat," si suami menyampuk.
Buat beberapa ketika Pak Habib dan datuk kerutkan kening. Tajuddin kenyit mata ke arah saya. Pasangan suami isteri masih sabar menanti apa yang bakal diucapkan oleh datuk dan Pak Habib.
"Awak berdua minta ke tepi dulu, ubah tempat ke sana."
Pak Habib mengarahkan pasangan suami isteri berdiri dekat Tajuddin, membelakangi saya. Tiada sebarang bantahan dari pasangan terbabit. Setelah pasangan itu beredar. datuk segera duduk melutut di hujung sepasang kaki Shafie. Pak Habib duduk bersila dekat bahu sebelah kanan Shafie.
Sebelum daun kering yang menutup pusat Shafie diambil, datuk terlebih dahulu menyentap sepasang kaki Shafie dengan kuat. Seluruh badan yang kaku bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan, selepas itu kembali kaku dari mulutnya keluar buih macam buih sabun melilih di kiri kanan pipi.
"Pergi ambil air kolah satu baldi dan bawa ke mari."
Arahan datuk segera saya patuhi. Tajuddin pula diarah oleh Pak Habib mencari gelas kosong. Macam saya juga arahan itu segera dipatuhi, walaupun dia nampak kurang selesa melakukannya.
DEPAN
SEKARANG, air satu baldi berada di depan datuk. Gelas kosong dalam genggaman Pak Habib. Saya dan Tajuddin menanti arahan selanjutnya dari Pak Habib dan datuk. Kami berdua bersedia melakukan apa saja. jika disuruh.
Pasangan suami isteri dibawah pokok rambutan tetap resah, melihat anak mereka (Shafie) terlentang kaku dipanah matahari. Tetapi, mereka tidak berani bertanya atau protes. Angin yang bertiup menggugurkan dedaun kering ke atas permukaan tanah.
Setelah bercakap sesuatu dengan datuk. Pak Habib segera mengambil segelas air dari dalam baldi. Air itu segera 'ditawar' oleh Pak Habib. Kemudian terus direnjiskan ke wajah Shafie. Satu kejutan terjadi membuat saya dan Tajuddin tersentak. Bersedia untuk berlari ke pangkal pokok rambutan.
Secara tiba-tiba Shafie melompat tinggi, melepasi kepala Pak Habib dan datuk. Renjisan air tersebut bagaikan memberi semangat dan kekuatan rang tidak terduga pada Shafie.
Sebelum telapak kakinya memijak bumi, kaki kirinya dihalakan ke dada datuk dan kaki kanan ke dada Pak Habib. Mungkin sudah diduga yang serangan akan dihalakan kepada mereka, Pak Habib dan datuk membuat persiapan terlebih awal. Sasaran sepasang kaki Shafie tidak mengenai dada datuk dan Pak Habib.
Tendangan Shafie tersasar pada sebatang pokok kecil. Jatuh tergolek dan dengan serta merta dia terus bangun. Tubuh yang tadi lemah, kini penuh bertenaga, matanya merah. Rentak dan langkahnya kejap dan utuh. Anak matanya liar sekali.

0 comments:

Post a Comment