Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

232: HARUAN BESARKAN KEMALUAN

SIRI 232 (VS SEPT 2000) 

HARUAN BESARKAN KEMALUAN


Selain berguru dengan pamannya, Din Pawang Manis juga menuntut ilmu hingga ke Siam, India dan Kemboja. Kepandaian dan kebolehannya sudah mengatasi kehebatan gurunya.
Dia boleh membesarkan serta memanjangkan alat kelamin kaum sejenisnya. Ada tiga cara dilakukan bagi melaksanakan maksd tersebut. Cara pertama urut. Kedua picit dibahagian tertentu. Kalau cara itu tidak berkesan, cara ketiga ialah memanfaatkan ikan haruan paya.
Katanya ilmu itu dikutipnya dari hasil pergaulan dengan penduduk asli di perbatasan Thailand-Kemboja. Malah dia mengakui telah memperaktikkan ilmu tersebut untuk dirinya.

Saudara Tamar,

Sungguh melucukan bila Din Pawang Manis menyatakan, sebelum menggunakan ikan haruan paya
alat kelaminnya cuma 7 sentimeter. Tetapi, setelah memanfaatkan dengan sebaik mungkin khasiat haruan paya alat kelaminnya menjadi 13 sentimeter serta bertambah besar dan garang.

Dengan murah hati dia memberitahu ada empat tahap penting untuk membesarkan alat kelamin atau kejantanan dengan haruan paya. Saya perturunkan untuk pengetahuan anda. Bukan menyuruh anda melakukannya, sekadar untuk suka-suka. Tetapi kalau anda mahu melakukannya saya tidak menghalang. Asalkan, risikonya anda tanggong sendiri.

Begini petuanya atau caranya saudara Tamar:

'Ukur alat kelamin semasa “mati” dan “hidup” (tegang). Ukuran itu dicatatkan dalam buku peribadi.

· Pergi ke kawasan berpaya atau redang yang banyak terdapat ikan haruan. Pancing sendiri ikan haruan yang beratnya 1 kg atau lebih. Gunakan umpan anak katak, belalang, sarang kerengga dan sebagainya.

· Lakukan secara tertutup atau rahsia. Anda tidak boleh meminta bantuan orang yang memang ahli memancing untuk mendapatkan ikan haruan yang baik.

· Sebaik sahaja memperolehi ikan tersebut samada siang atau malam, pegang kepala ikan haruan dengan kemas dan pukulkan kepada alat kelamin hingga ia bertindak balas. Bawa ikan haruan itu balik ke rumah dan masukkan ke dalam baldi yang bersih. Paling elok dalam kolah (kolam) yang sederhana besarnya tetapi bersih.

· Pelihara ikan itu selama sebulan, setiap tengah malam ambil lendir haruan di kolah dan lumurkan ke bahagian alat kelamin yang sensitif. Biarkan selama sepuluh minit, kemudian basuh atau bilas dengan air panas (suam).

· Setelah cukup sebulan, ikan haruan itu dicekik dan dipanggang dan dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Mesti dimakan habis kecuali bahagian kepala dan ekor.

· Setelah makan ikan haruan, sediakan seperempat madu tulin dari hutan bersama dua biji telur itik. Perkara itu dilakukan setiap hari selama sebulan selepas maghrib.

· Setiap setengah malam sapukan alat kelamin dengan krim minyak kelapa yang dicampur dengan bunga kenanga satu piring sambil ditarik perlahan-lahan kedepan hingga terasa sakit.

Itulah yang diceritakan pada saya Tamar. Apakah anda berminat? Sesungguhnya saya tidak berminat dalam hal hal begini. Ada lagi kisah yang lucu dan tidak masuk akal.

BOTOL

Di rumahnya terdapat berbotol-botol minyak cenuai, berbelas-belas cula buaya dan cula tupai mati beragan di samping mani gajah liar yang sudah di awetkan. Di simpan dalam beberapa gelas kecil. Soalnya apakah benda-benda yang di simpannya itu memang betul atau sebaliknya.

Tamar yang baik hati,

Barangkali memang sudah ditakdirkan, mungkin juga kerana perbuatan dan amalannya tidak direstui Allah hidupnya nampak tidak bahagia. Walaupun rumahnya dikunjungi ramai, minta ubat itu ini, minta tangkal dan azimat.

Setiap orang yang minta khidmatnya dikenakan bayaran yang agak tinggi. Pendapatannya boleh dikatakan kasar juga. Tetapi dia kelihatan seperti kesempitan saja. Barangkali rezeki yang diperolehinya tidak diberkati oleh Allah.

Memang tidak ada sesiapa yang menduga, (terutama orang-orang yang taksub dengannya), Din Pawang Manis menemui ajal dalam keadaan yang sungguh mengerikan. Rumahnya dipanah petir waktu subuh. Terbakar hangus dan mayatnya rentung tidak dapat dikenali langsung.

Seminggu selepas kematiannya, seorang wanita mencari Din Pawang Manis. Wanita muda berusia awal empat puluhan itu tergamam dan hampir hysteria bila melihat kesan kebakaran rumah orang yang disanjung, dihormati dan dianggap sebagai keramat hidup.

Tujuan wanita dari Kuala Perlis menemui Din Pawang Manis untuk membuang susuk yang dipasang oleh Din Pawang Manis ke tubuhnya. Ada beberapa sebab kenapa wanita berkulit putih, berdarah campuran Cina-Melayu itu mahu membuang susuk emas yang dipakainya.

Pertama, setelah dia mendengar nasihat seorang lebai kampung yang perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran agama. Kedua dia tidak tahan dipulaukan oleh saudara mara sebelah suaminya sebaik saja mereka mengetahui yang dia memakai susuk.

Akibat kematian Din Pawang Manis, cita-cita dan hasrat si wanita itu tidak terlaksana. Rasa bersalah mengundang tekanan perasaan yang tidak dapat dikawal. Si wanita itu jatuh sakit . Sebulan lebih terlantar di rumah, puas berubat secara moden dan tradisional, namunnya penyakitnya tidak juga sembuh. Malah bertambah berat.

Masuk hari ke 35 wanita berkulit putih menemui ajalnya dengan cara yang sungguh aneh sekali. Semasa nyawanya mahu berpisah dengan jasad, si wanita itu mengalami satu keadaan yang sungguh menakutkan. Dia mengerang dan merintih sayu sambil menyebut nama Din Pawang Manis dengan berkata “TUK GURU, BANTULAH AKU” berulang kali.

Walaupun diajar mengucap dua kalimah syahadat oleh keluarga terdekat, dia tetap menyebut nama Din Pawang Manis. Setiap kali nama orang yang disanjungnya disebutnya dai terus mengaru-garu kulit pipi kiri dan kanan hingga mengelupas.

Wanita itu juga menjerit–jerit sambil menghentak-hentak sepasang tumit kakinya ke atas lantai.

Enam orang menjaganya, dua orang menunggu di muka pintu bilik manakala dua orang berada di bahagian kepala dan dua orang lagi berada di hujung kakinya. Wanita yang secara tiba-tiba mempunyai kekuatan luar biasa itu, berusaha untuk pergi ke arah matahari terbit, iaitu arah kedudukan bekas rumah Din Pawang Manis.

Setiap kali dia berjaya bangun , saudara mara wanita tersebut terpaksa menangkap dan memasanya baring semula di katil. Kedua dua kaki dan tangan terpaksa dipegang dengan kuat. Malah, pernah diikat dengan tali belati. Sekali imbas, memang kejam kelihatannya. Apakan daya hal itu terpaksa dilakukan oleh keluarga.

JERIT

Dalam keadaan menjerit sambil menyebut nama orang yang disanjung, dia menghembuskan nafas yang terakhir. Matanya terbeliak, lidahnya separuh terjelir. Wajahnya segera berubah menjadi hitam legam, sungguh hodoh sekali.

Beberapa keping logam yang halus macam serbuk kopi, berkilat serta bercahaya keluar dari lapisan kulit mukanya. Bila jatuh atas lantai bertukar menjadi air yang jernih macam air embun yang akhirnya hilang entah kemana.

Paling mengejutkan, semasa jenazahnya dimandikan mengeluarkan bau busuk. Kulit mukanya relai. Ketika jenazahnya diusung ke tanah perkuburan, orang yang mengusungnya terasa amat berat sekali. Malah, ada diantara mereka mengalami sakit bahu berminggu-minggu.

Saudara Tamar,

Itulah kisah duka saat kematian orang yang memakai susuk untuk kelihatan muda dan manis.

Anda juga harus tahu tentang Din Pawang Manis . Beberapa orang melintasi kawasan rumahnya yang terbakar akibat dipanah petir, terlihat lembaga menyerupai Din Pawang Manis berjalan disitu selama tujuh senja.

Saudara Tamar,

Kalau umur dipanjangkan Allah, ada rezeki pula, saya akan datang ke Tanah Semenanjung untuk mencari bekas anak-anak murid paman saya yang sudah salah langkah.

Bagaimana kalau saya ajak and membatu sama? Tentu anda tidak keberatan. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, memang sudah menjadi tanggung jawap saya untuk membetulkan mereka.

Kalau dulu paman membawa mereka ke arah jalan yang salah. Sekarang dengan bantuan saudara, biarlah saya membawa mereka ke jalan yang betul dan benar. Rasanya, tidak begitu sempurna Islam saya, kalau membiarkan perbuatan yang bertentangan dengan hukum agama berlaku dan berleluasa di sekeliling kita.

Anda tentu bersetuju jika saya katakan bahawa kita yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama, harus bertindak secara diplomasi membetulkan mereka. Saya tidak marah, kalau anda menolak pelawaan ini. Tetapi, saya berazam untuk membasmi perbuatan yang tidak menguntungkan ini, perbuatan yang merugikan agama dan bangsa sendiri. Sesungguhnya saya ingin sekali datang ke kampung halaman saudara . Saya mahu melihat sungai, gunung dan hutan rimba. Selebihnya, saya mahu berkenalan dengan ahli agama di tempat anda untuk menambahkan ilmu.

Sekian dulu Tamar, bila kita bertemu wajah, banyak kisah mahu saya bentang untuk anda. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Lagi sekali terima kasih untuk anda dan sampaikan salam pada datukmu. Kalau tidak ada halangan, bulan depan saya mahu turun ke Medan mahu berjumpa Syed Hamid Al-Hadad.


JARAK

Anda telah membaca surat yang ditulis oleh Ali Usman kepada saya. Tetapi anda tidak tahu apakah rentetan peristiwa yang saya alami semasa dalam perjalanan pulang dari rumah orang tua Ali Usman menuju ke kota Medan, pada petang itu.

Kira-kira dalam jarak seribu kilometre meninggalkan halaman rumah keluarga Ali Usman. Cara mengejut Syed Hamid Al-Hadad menyuruh pemandunya memberhentikan kereta. Saya dan datuk yang duduk dibahagian belakang berpandangan sama sendiri. Penuh dengan tanda tanya.

Beberapa orang pemandu kenderaan berat dan ringan yang lalu di situ, samaada menju ke Pengkalan Beranda atau Kota Medan merenung kea rah kami. Ada yang membunyikan hon sambil memperlahankan kenderaan. Mereka bersedia member bantuan, andainya kami mengahdapi masaalah.

“Kenapa Pak? Perlukan pertolongan ,” Tanya mereka.

‘Tidak ada apa-apa sengaja berhenti,” terang pemandu Syed Hamid Al-Hadad dengan senyum. Mereka membalas dengan lambaian tangan sambil membunyikan hon tanda terima kasih.

Syed Hamid Al-Hadad terus membuka pintu kenderaan dan keluar. Begitu juga dengan datuk. Si pemandu nampak tenang dan bersahaja, seolah-olah tahu apa yang baakal dilakukan oleh majikannya.

“Saya nak keluar,”

“Jangan Tamar,” tahan pemandu kenderaan.

“Kenapa saya tidak boleh, kenapa mereka boleh,” saya memprotes.

“Mereka ada urusan dan jangan diganggu.”

“Hum...............” saya menedengus.

“Tutup Tamar.”

Pintu kereta yang terbuka separuh segera saya rapatkan kembali. Dalam masa yang sama saya toleh ke arah Syed Hamid Al-Hadad dan datuk. Ternyata mereka sedang membincangkan sesuatu. Nampaknya, mereka cukup serius.

DEBAR

Syed Hamid Al-Hadad melangkah tenang ke arah saya. Sudah tentu hati kecil ini berdebar semacam. Tetapi, debar di hati tidak lama, bila saya lihat datuk mengekorinya di belakang. Kerana memikirkan datuk akan kembali dudk di tempat asalnya, pintu kereta segera saya buka dengan seluas-luasnya.

Satu perhitungan yang salah. Ternyata datuk tidak bersedia untuk masuk. Dia berdiri tercegat di situ sambil merenungke arah saya. Lagi sekali hati berdebar cemas.

“Tamar.”

Segera mengengsot punggong di kusyen menghampirinya.

“Ada apa tuk?”

"Kita tukar tempat.”

“Tukar tempat?” saya kehairanan.

“Iya, kamu duduk di depan kawankan drebar. Aku dengan Tuan Syed Hamid duduk di belakang.

“Kenapa tuk?”

“Eh, budak ni banyak pula tanyanya. Jangan banyak cakap. Ikut cakap orang.” begitu keras sekali nada suara dattuk. Sepasang anak matanya merenung ke wajah saya.

Bagaikan kura-kura saya mengesot ke bucu tempat duduk dan terus keluar dari perut kereta.Si pemandu hanya tersenyum melihat telatah saya. Syed Hamid Al-Hadad, tidak meluahkan sebarang komentar. Dia cumamemerhatikannya dengan tenang.

“Bukan apa-apa Tamar,” lembut tutur Syed Hamid Al-Hadad, “bila kami duduk satu kusyen banyak cerita yang mahu kami ceritakan. Tak payahlah kami kerap menoleh ke belakang, sakit tengkok dibuanya, saya harap kamu tak marah dengan tindakan ini.”

Saya hanya mengangguk alam senyum.

“Kamu tak marah,” ulangnya lagi.

“Tidak, Tuan Syed,” pendek saya menjawap.

TAPAK

Tiga tapak saya melangkah ke depan, berdiri dekat pintu sebelah dreber yang ternganga. Datuk dan Syed Hamid Al-Hadad berbalas senyum. Saya kira masing-masing mempunyai andaian tersendiri tentang diri saya.

“Masuk,” pelawa drebar.

Saya masih tegak kaku. Masih berfikir, wajarkah saya duduk.

“Masuk Tamar,” drebar memukul kusyen kereta beberapa kali .

“Masuk saja, jangan banyak fikir,” desaknya lagi.

Wajah drebar direnung sejenak. Bagaikan ada desakan tersembunyi di kalbu menyuruh saya masuk. Beberapa saat berikutnya, punggung pun berlabuh atas kusyen empuk.

“Biarkan mereka dengan cerita mereka Tamar.”

“Maksud kamu?”

Untuk kesekian kalinya muka drebar saya tatap. Dia menghadiahkan sebuah senyum bersahaja untuk saya. Tetapi, membawa yang tajam.

“Maksudnya mudah saja Tamar. Orang tua sesuai bercakap dengan orang tua. Biarkan, agaknya mereka mahu bernostalgia tentang zaman muda yang dilalui. Cakap mereka tak sesuai untuk kamu dan aku.,” bisik drebar kecuping telinga saya.

“Jalan.”

Syed Hamid Al-Hadad memberikan arahan pada pemandu kenderaannya. Si pemandu yang setia anggukkan kepala.

Empat tayar kereta yang melekat dipermukaan jalan raya mula berputar. Mula-mula perlahan-lahan kemudian bertukar pantas dan kereta pun segera bergerak. Dan keadaan langit ketika itu cukup aneh.

Sepasang anak mata yang amat mencintai alam semula jadi, segera menangkap pepucuk dan dedaun yang bergerak lembut mengikut gerak bayu yang bertiup lembut. Pepokok besar yang tinggi menjulang dengan dahan dan ranting kukuh. Tegak berdiri di kiri kanan jalan raya. Satu pemandangan yang sungguh menyenangkan.

Ada kumpulan monyet liar melintas dengan bebas di jalan raya. Mereka tidak memperdulikan kenderaan lalu lalang di situ. Bila sampai diseberang jalan, kumpulan monyet tersebut segera memanjat batang pokok dan bergayut di dahan untuk meneruskan perjalanan selanjutnya.

Dalam deru kereta yang agak keras itu, saya masih dapat mendengar bunyi kicauan burung dan jeritan unggas lain.

Gegendang telinga masih dapat mendengar suara datuk dan Syed Hamid Al-Hadad tingkah meningkah. Sesekali mereka ketawa. Dan saya tidak ambil kisah dengan apa yang mereka bualkan. Saya kira, pemandu di sebelah juga bersikap seperti saya. Kami berkecuali.

“Kamu pernah dengar harimau mengaum Tamar..?”

“Pernah.”

“Suara gajah bertempik? Pernah kamu dengar.”

Pertanyaan kedua yang dikemukakan oleh drebar membuat saya mengedutkan dahi . memang saya pernah mendengar suara tempikan gajah. Tetapi soalnya wajarkah saya memberitahu drebar Syed amid Al-Hadad perkara tersebut?

“Tak pernah,” kata saya berdalih.

Si drebar menjeling tajam. Cepat-cepat saya alihkan wajah ke kanan. Saya tidak mahu anak mata saya dengan anak matanya bertembung.

“Kamu nak tengok gajah dan harimau?”

Saya gelengkan kepala. Si drebar terus mengendalikan kenderaan dengan tenang. Anak mata masih lagi merenung ke arah kiri kanan jalan raya. Kenderaan sedang mendaki laluan berbukit. Bebunga hutan yang berjuntaian di reranting, di lereng bukit nampak indah dan cantik sekali.

“Kamu takut harimau dan gajah.”

Pertanyaan dari drebar tidak saya jawab. Tindakan saya itu mematikan hasratnya untuk memajukan pertanyaan selanjutnya

0 comments:

Post a Comment