Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

222: DISERANG MONYET JADIAN

SBDJ SIRI 222(VS Nov 99) 

DISERANG MONYET JADIAN

Dalam masa yang amat singkat beratus –ratus ekor monyet menguasai bumbung rumah dan pokok ara bessar. Semua monyet tersebut memperlihatkan kemarahan. Tidak mahu menerima kehadiran kami.

Bila saya acah kemarahan kumpulan monyet itu kian menjadi-jadi. Malah ada yang berani mendekati kami. Datuk dan Ali Usman tetap tenang. Buat saya, keadaan begini sungguh membosankan, menjadikan saya tidak tentu arah dan lemas sendirian. Mahu rasanya menjerit sekuat hati.

Ketika saya membongkok mahu mengambil sepotong kayu di hujung kaki untuk dibalingkan kearah monyet-monyet yang menjerit, datuk segera memagang tangan saya.

“Jangan,” suara datuk keras.

“Jangan Tamar, monyet-monyet di sini kalau diganggu akan mengamuk, susah kita dibuatnya.”

Ali Usman bagaikan menyokong tindakan yang datuk buat.

“Mana kamu tahu?”

“Aku sudah mengalaminya, dulu aku datang ke sini, seekor monyet jantan mengacah-acah aku di kepala tangga. Bila di baling dengan kayu sekumpulan monyet lain datang menyerang. Nasib baik bapa saudara aku ada. Kalau dia tak ada tak tahulah apa nak kaya.”

“Hmmmmm.............” keluh saya.

Bila melihat kumpulan monyet kian bertambah, datuk seperti keresahan. Lebih-lebih lagi bila melihat ukuran badan satu kali lebihbesar dari monyet biasa.. Terdapat juga satu kumpulan monyet berbulu putih dan kemerahan. Kumpulan yang berbulu kemerah-merahan ini lebih agresif berbanding dengan kumpulan yang lain.

“Keadaan ini tidak boleh dibiarkan, kita sebenarnya dalam bahaya. Sebelum keadaan menjadi lebih teruk, kita mesti bertindak.”

Sebaik saja selesai bercakap, datuk mematahkan batang pokok kemahang yang ada disisinya. Batang kemahang itu dipatah tiga. Bahagian bawah dihumbankan ke bawah rumah manakala bahagian atas dicacak kebumi.

Batang bahagian tengah ditimang beberapa kali. Berdaasarkan gerak mulutnya, saya yakin datuk sedang membaca ayat-ayat suci. Bila pembacaannya tamat, kayu yang ditimang terus digenggam erat.

Kemudian potongan kayu itu terus dilemparkan ke pangkal pokok ara besar. Monnyet-monyet liar yang bergayutan bertempiaranmenuju kearah bukit kecil.

Akibat dari lompatan monyet-monyet tersebut, dedaun muda dan tua berguguran ke bumi. Reranting yang kering berjatuhan.

Bunyi deru akibat lompatan kumpulan monyet dari dahan ke dahan, tidak ubah seperti rebut yang kuat. Jeritan dari monyet-monyet itu menegejutkan beburung dan lain-lain unggas yang mendiami hutan sekitar rumah.

BESAR

Dalam suasana yang tidak menentu itu, seekor monyet besar yang ukuran tingginya sama dengan seekor beruang dewasa muncul dari balik pangkal pokok ara besar. Seluruh badannya si selimuti bulu tebal berwarna kemerah-merahan.

Bentuk muka monyet besar ini menyerupai muka mawas yang seketurunan dengan orang hutan dan cimpanzi. Monyet besar mendengus marah sambil menyeringai gigi yang tajam. Dalam keadaan tegak melangkah perlahan-lahan kea rah datuk.

Ali Usman bagaikan terpaku. Saya toleh ke kiri, toleh ke kanan mencari tempat yang sesuai untuk melompat dan melarikan diri. Andainya, berlaku sesuatu yang tidak diduga.

HAMPIR

Monyet besar kian lama kian hampir dengan datuk. Secara perlahan-lahanAli Usman berubah tempat. Tadi ke kanan, kini betul-betul berada di belakang datuk. Saya pula berlindung di belakangnya (Ali Usman). Apa saja ayat-ayat Quran yang saya ingat saya terus baca.

“”Kamu berdua pergi jauh, cari tempat berlindung” Tanpa menoleh ke arah saya dan Ali Usman datuk mengeluarkan arahan.

Jeritan kumpulan monyet tidak kedengaran lagi. Begitu juga dengan yang patah. Dedaun tua dan muda tidak ada yang berterbangan. Bunyi menderu juga sudah berakhir.

“Cepat cari teempat berlindung, jangan banyak fikir.”

Kerana kami masih teragak-agak, datuk mengeluarkan arahan kali kedua. Kali ini nada suaranyta meninggui dan keras. Membayangkan kemarahan mula berbuih dalam hati. Monyet besar terus mendekati datuk.

Dalam keadaan yang serba tertekan itu, kami tidak dapat membuat keputusan. Aarah mana dan tempat mana yang paling sesuai dijadiikan tempatberlindung. Peliknya, bagaikan ada arahan dari dalam diri masing-masing, kami memilih tempat yang sama.

Saya dan Ali Usman jalan beriringan menuju kearah kepala jalan yang sudah kami lalui, ketiika memasuki kawasan rumah RAJA SUSUK. Bagaikan ada persefahaman yang terjalin dalam diri kami berdua. Tempat yang dipilih ialah di bawah pokok sukun berbuah jarang.

Dari bawah pokok sukun kami dapat melihat dengan jelas kea rah datuk yang berdiri kemas menanti kedatangan monyet besar, berbulu kemerah-merahan.

CEMAS

Cemas juga hati melihat situasi tersebut. Bagaimana datuk harus menghadapi monyet besar itu? Muncul ertanyaan dalam hati.

“Bolehkah datuk kamu melawannya, Tamar”

“Entahlah susah nak cakap,”

“Kita tolong dia.”

Ali Usman mengusulkan satu cadangan. Saya tergaman sejenak. Cadangan itu memang baik sekali. Tetapi, bila mengingatkan pesan datuk yang tidak mahu dibantu bila berhadapan dengan sebarang kesukaran kecuali dia sendiri yang minta tolong.

Cadangan yang baik menjadi susah.


“Nanti dulu,” tahan saya.

“Kenapa?”

“ Kita bantu dia biladia minta tolong. Itu lebih baik.”

“Kalau itu merupakan syarat,, aku tak boleh buat apa-apa,” balas Ali Usman tenang.

Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Kami berbalas senyum.

Perahatian ditumpukan kea rah datuk yang sedang berhadapan dengan monyet besar dalam jarak yang dekat. Mungkin menyedari yang lawannya memiliki kekuatan yang luar biasa, datuk menggunakan taktik berundur, tidak menyerang. Malah ada ketikanya datuk berlindung di balik pepokok kecil sambil mengambil beberapa potong kayu lalu dilempar ke arah monyet besar.

Perbuatan datuk menimbul kemarahan yang amat ketara pada monyet besar. Sepasang kakinya menghentak-hentak bumi. Teriakannya cukup lantang. Monyet besar terus mara. Beberapa kali terkmaan dibuat ke arah datuk. Macam tadi, datauk berhasil mengelak.

HABIS

Mungkin kerana kerap melompat dan berdiri ke setiap sudut, datuk kehabisan tenaga. Dalam usaha untuk kesekian kali mengelakkan diiri dari cengkaman monyet besar, datuk tersilap langkah, terpijak tanah berlubang lalu tersembam mencium tanah. Terkial-kial berusaha untuk bangun.

Kesempatan yang baik itu, segera di manafaatkan oleh monyet berbadan besar. Datuk di terkam dan dipijak berkali-kali. Dijulang dan dicampak ke arah pokok renik. Datuk mengerang dan mengolek-golek. Monyet besar terus mengikuti dimana datruk berada.

Datuk ditendang dan disepak bagaikan bola. Dalam pertarungan kali ini datuk tewas. Seluruh kekuatannya bagaikan tidak wujud lagi. Situasi begitu, sungguh mencengkam perasaan kami. Ali Usman bagaikan tidak sabar mahu membantu.

Saya terpaksa bekerja keras menahan Ali Usman menerpa ke arah monyet besar.

“Bertenang, selagi dia tidak meminta bantuan kita tidak boleh membantunya.”

“Kesian datuk kamu, Tamar,”

“Aku tak berani melanggar pesannya.”

Ali Usman menarik nafas kehampaan.

“”Ahhhhooooo.......” jeritan monyet besar bergema ke seluruh kawasan sekitar. Kaki kanannnya yang berbulu berada di atas dada datuk. Monyet besar menepuk-nepuk dadanya sambil merenung kawasan sekitar. Seolah-olah memberitahu kepada semua makhluk yang berada di situ yang dia berjaya menewaskan datuk. Di saat monyet besar berada di puncak kegembiraan datuk yangberada di bawah telapak kakinya segera bertindak.

Dengan sisa tenaga yang masih ada, kedua-dua belah tangan datuk memegang pergelangan kaki monyet besar lalu di pulas. Monyet besar menjeritkesakitan kerana pergelangan kakinya terkehel dan terus jatuh. Secepat kilat datuk bangun dan bersedia untuk meneruskan perlawannan.

Kerana menyedari musuhnya seekor monyet besar, dia harus bertindak dengan hati-hati dan teliti. Silap langkah akan menanggung sengsara seumur hidup.

Dari cara datuk berdiri serta memperkemaskan kekuda, saya dapat menduga yang datuk tidak akan membuka langkah silat GERAK RASA DAN HATI yang banyak menafaatkan tenaga dalam. Setiap jurus yang dilepaskan seiring dengan kalimah Allah. Begoitu juga dengan gerak langkah dan kerdipan mata.

Silat gerak dan Rasa Hati jarangsekalidigunakan. Malah datuk sendiri tidak gemar menggunakan silat jenis ini. KKecuali sudah terdesak benar atau menghadapi saat paling genting yang tidak dapat diatasi cara lain.

Biasanya, setelah datuk memanfaatkan silat tersebut untukmelawan musuh, dia akn berpuasa selama seminggu dan melakkukan amalan tertentu sepanjang malam.

Banyak melakkukan sembahyang sunat dan bersedekah. Selain itu, seluruh sendi dan tubuh terasa sengal-sengal dan sakit. Menanggung rasa sakit inilah yang tidak berapa digemari oleh datuk. Mungkin kerana faktor usianya.

“Monyet besar dah bangun,” tutur Ali Usman.

Sepasang anakmata saya tertumpu ke arah datuk dan monyet besar saling berhadapan. Dalam keadaan yang terhincut-hincut monyet besar perlahan-lahan memusingkan badan hingga membelakangkan datuk. Dattuk yang berkira-kira mahu membuat serangan mengejut merapatkan dirinya dengan monyet besar. Mencari bahagian

yang baik untuk untuk melepaskan tumbukan berkesan.

POSISI

Datuk menemui posisi paling baik, berada di sebelah rusuk kiri monyet besar dalam jarak kira-kira satu kaki. Bila tumbukan padu dilepaskan urat saraf dan tali perut boleh putus tanpa meninggalkan sebarang kesan dari luar.

Di saat datuk menaraik nafas, mengumpulkan kekuatan dari dalam sambilmengucapkan kalimah Allah, monyet besar melepaskan tending kencang. Secepat kilat datuk menjatuhkan diri hingga berlakangnya sama paras dengan pucut rumut semilu.

Menyedari tendangannya tidak mengena sasaran, monyet besar menjadi marah dan membetulkan kedudukannya untuk melepaskan tendanngan kedua yanglebih kuat dan padu. Sasarannya (tubuh datuk) sudah dipastikan di mana berada. SEbelum tendangan kedua dari monyet besar berjalan, datuk bertindak terlebih dahulu.

Bagi mengelirukan perhatian dan tumpuan monyet besar. Datuk menggolekkan tubuhnya ke knan dan kekiri di bumi. Keadaan tersebut menyebabkan meonyet besar teragak-agak untuk melepaskan tendangan. Kedudukan sasarannya sering berubah.

Kemarahan monyet besar terus membara, memekik dan menumbuk dada dan menghentak bumi. Ketika itu lah tumbukan dilepaskan oleh datuk ke arah yang sudah dipilih.

Monyet besar terus meraung, Bila suara raungannya berhenti, tubuh monyet besar hilang, entah kemana. Cuma yang kelihatan kepulan asap nipis bersama bau kemenyan.

BERLARI

“Kamu berdua kemari,,” laung datuk.

Saya dan Ali Usman segera berlari ke arah datuk yang tertunduk duduk di bumi. Dia Nampak tercungap-cungap dan keletihan.

‘Kita berehat dahulu,” Itu usul dari Ali Usman.

“Tak payah, sekarang kita masuk kerumah,” kata datuk.

“Tapi, datuk keletihan,” katra saya.

“”Tak apa, suruh Ali Usman buka pintu rumah,”

Datuk terus bangun. Ali Usman mengigit bibir sambil merfenung ke arah pintu rumah yang bertutup rapat.

“Cepat Ali,” segah datuk.

“Baik,” balas Ali Usman.

Baru saja dua tapak Ali Usman melangkah menuju ke kaki tangga, tterdengar sesuatu dari balik pokok ara. Ali Usman berpatah balik ke arah datuk.

“Macam ada bunyi binatang di balik pokok besar,” beritahu Ali Usman.

“Perasaan kamu saja rasa macam itu,” saya meninggkah..

“Tidak Tamar.”

Serentak dengan itu terdengar bunyi dedahan dan reranting pokok besar bergegar. Akar yang bergayutan terbuai-buai. Dua tiga ekor tupai yang berlari di dahan berjatuhan ke bumi. Macam ada sesuatu yang menggoyangkan pohon Ara dua pemeluk itu.

Kami alihkan perhatian ke arah pokok Ara besar. Lagi sekali mengalami kejutan yang tidak di duga.

Rasanya bagaikan tidak percaya dengan apa yang berada dii depan mata. Sejenis makhluk ganjil keluar dari celah-celahan juntaian akar. Rupanya sungguh pelik. Badanya bersisik macam sisik buaya. Perutnya buncit dengan pusat tersembul sebesar buah jambu batu.

PAYUDARA

Sepasang payu dara besarnya kelihatan lembik terbuai-buai. Bagaikan bersabung dengan bahagian dagu. Putingnya, tersembul hitam macam seketul kayu arang. Kedua dua belah pipinya kelihatan kkembung, tidak ubah macam perut katak puru yang baru diusik denngan kayu.

Bentuk wajahnya campuran keluang dan manusia. Sepasang telinganya menyerupai telinga gajah. Kedua-dua belah tangan dan jari jemari persis tangan dan jejari manusia. Kehadiran makhluk ganjil ini diiringi dengan beberapa ekor keluang berukuran besar. Lebih besar dari ayam jantan.

Saya terpesona dengan sepasang kaki dan pahanya yang besar dan memancarkan cahaya. Sisik di bahagian tersebut kedudukannya agak menonjol dan bentuknya seperti kulit tiram. Walau apa pun, saya dan Ali Usman tidak berani merenung ke arah mata yang merah menyala serta memancarkan sinar yang boleh memeningkan kepala bila ditentang.

“Berjaga.”

Datuuk mengingatkan kami berdua, bila melihat makhluk pelik itu melangkah sambil mengangkat kedua tangannya. Setiap kali makhluk hodoh dan menakutkan itu melangkah, keluang yang berterbangan mengiringinya dalam nada suara yang tiinggi dan rendah bagaikan satu irama.

Pancaran matahari yang kea rah badan makhluk pelik itu memantulkan kilauan yang berpadu dalam warna kekuningan. Kebiruan dan merah jambu. Kilauan warna itu cukup menarik.

Jika direnung dalam tempoh yang lebih dari sepuluh saat kepala terasa pening dan pandangan jadi berpinau-pinau. Tekak jadi loya dan tterasa mahu muntah.

“Ini bukan sebarang binatang,” komen saya.

“”Iya,” balas datuk.

”Ini syaitan, “ tingkah Ali Usman

“Benar apa yang kamu kata. Aku minta kamu atasi masalah ini.”

MENGUJI

Mungkin kerana kepenatan, mungkin mahu mmenguji atau sememangnya datuk tahu keupayaan Ali Usman maka tugas tersebut diserahhkan ke bahunya.

“Serahkan pada saya,” ada nada kebimbangan mengiringi kata dari Ali Usman.

“Iya, kamu harus mencuba. Aku bantu kamu.”

Itu janji datuk yang memberikan kekuatan semangat pada Ali Usman. Ada cahaya keyakinan tergambar diwajahnya.

Walaupun sudah diberikan suntikan semangat keyakinan oleh datuk. Tetapi, Ali Usman bagaikan ragu-ragu mahu memulakannya.

Perkara itu dapat saya kesan berdasarkan riak wajahnya. Dua tiga kali dia menarik nafas sambil merenung ke arah saya, minta sokongan moral.

“Kamu bolehbuat Ali,” saya bersuara.

Dia tersenyum resah.

“Hadapilah dengan keyakinan, percaya Allah berkuasa atas segala-galanya,” nada suara datuk agak keras. Alli Usman masih belum berganjak dari tempat asalnya. Masih belum membuka langkah.

“Ayuh, pergi sekarang,” desak datuk.

“Sekarang?”

“Iyalah,” balas datuk dengan tegas. Wajah Ali Usman dalam matanya. Dalam keadaan yang serba tidak kena itu, Ali Usman tatap muka saya. DEngan tujuan menaikkan semangatnya, saya tegakkan ibu jari kearahhnya.

“Kamu boleh,” kata saya.

Ali Usman terus melangkah dengan tenang ke arah makhluk aneh yang kian berani mempamirkan dirinya. Tidak mahu berlindung dibalik pokok besar lagi.

0 comments:

Post a Comment