Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

221: DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK

SBDJ SIRI 221 

DIUSIK HARIMAU RAJA SUSUK

Dalam usaha mencari ketenangan dan menyingkirkan keresahan yang bersarang dalam kepala. Saya menarik dan melepaskan nafas secara perlahan-lahan.

Sepanjang yang diingati, sejak menemani datuk kemana-mana. Samaada di tanah air, di Sumatera dan di Tanah Jawa. Dalam setahun, paling kurang dua tiga kali berhadapan dengan kejadian yang tidak diduga dan sukar diterma oleh akal fikiran yang waras.

Kesan yang diterima setelah melalui peristiwa tersebut berbeza-beza. Bergantung pada kuat atau tidak tekanan perasaan yang dialami, semasa peristiwa itu, berlaku atau dalam istilah orag tua-tua di sebut “BADI.”

Ada ketikanya, saya seprti orang bodoh, bercakap sendirian. Bermain pasir macam kanak-kanak berusia antara 5-10 tahun. Mengigau dan mengalami mimpi ngeri. Menjerit, setiap kali matahari terbit dan matahari jatuh sambil berlari keliling rumah.

Penawar paling mujarab yang datuk lakukan, ialah menyuruh saya membaca beberapa wirid tertentu, setelah melakukan sembahyang wajib dan sunat. Dilanjutkan dengan membaca surah yassin, ayat Al-Kursi petikan surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi.

Jika cara itu masih tidak mendatangkan hasil. Datuk sendiri akan bertindak hingga apa yang saya tanggung hilang terus. Soalnya, apakah perkara yang baru dialami sebentar tadi akan meninggalkan “BADI” yang hebat? Itulah yang berlegar-legar dalam tempurung kepala.

Bagaimana fikiran tidak terganggu. Apa yang dilihat dan dialami memang luar biasa sekali. Tidak mask di akal. Sukar diterima oleh orang lain. Betapa tidak, dalam keadaan sedar saya seperti dibawa kedunia lain yang serba aneh.

“Apa ertnya semua ini?” Saya tersentak. Ali Usman mengulangi pertanyaan yang tidak dapat mendapat sebarang reaksi dari datuk. Pertanyaan itu juga menyebabkan apa yang saya fikirkan hilang serta merta. Datk tidak juga memberikan jawapan.

“Apa ertinya semua ini?”

Untuk kali yang ketiga Ali sman mengajukan pertanyaan.

“Ayah saudara kamu memang hebat,” balas datuk.

“Maksudnya,” sepasang anak mata Ali Usman tertumbuk kewajah datuk yang mempamirkan senyum sinis.

“Maksudnya mudah saja,” ujar datuk.

“Mudah?” Ali Usman kehairanan.

Wajah saya direnuninya sejenak. Sayap bahu kiri dan kanan segera digerakkan keatas, menandakan yang saya sendiri tidak dapat menangkap maksud kata-kata yang datuk lontarkan.

“Maksud mudah itu seperti yang kamu lihat dan kamu alami.”

Jawapan datuk itu bertujuan membunuh keraguan dalam diri Ali Usman. Buat beberapa ketika, saya dan Ali Usman termenung panjang. Datk Nampak tenang dan aman saja.

“Iya, saya tidak menafikan bapa saudara saya boleh menundkkan binatang buas, boleh menyuruh binatang melakukan sesuatu,” nada suara Ali Usman lemah sekali.

“Sekarang kamu sudah faham Ali.”

“Iya,” Ali Usman mengangguk.

“Itulah kehebatan bapa saudara kamu, tapi………….”

Datuk tidak meneruskan kata, mati begitu saja. Tetapi, ada senyum sinis berlari di kelopak bibir datuk yang kecut.

GARU

Ali Usman menggaru cuping telinga kanan dua tiga kali. Dan dia dapat merasakan yang datuk tidak menyindirnya.

“Tapi sebenarnya, dia tidak hebat.”

Tanpa diduga datuk menyambung kembali kata yang putus. Ini sungguh mengejukan buat diri Ali Usman dan saya. Datuk sperti bermain tarik tali dengan Ali Usman.

“Sebabnya,” Ali Usman minta kepastian.

“Dia yang Nampak hebat, sebenarnya memang tidak hebat. Bapa saudara kamu jadi hamba nafsu dan makhlk lain,” sambung datuk dengan wajah selamba.

Ali Usman tidak memperlihatkan sebarang reaksi yang kurang menyenangkan. Malah dia turut menganggukkan kepala beberapa kali. Bagaikan setuju dengan apa yang datuk katakan.

”Saya menyedari hal ini,” ucap Ali Usman dengan penuh yakin.

“Bagus bila kamu menyedarinya.”

“Keraa itu saya berusaha menyedarkannya. Berusaha membawanya ke jalan yang betul. Hasilnya seperti apa yang terjadi,” Ali Usman menelan air liur sambil merenung lesau kea rah pepokok kecil di hadapannya.

“Sesungguhnya, saya tidak menduga sampai begitu jauh baoa saudara memilih jalan yang salah,” lemah benar suara Ali Usman . Rasa kesal dapat dibaca di wajahnya. Berkali-kali dia mengucap panjang. Kelopak matanya di genangi air jernih.

“Tak apalha Ali, usah dikenang perkara yang lalu. Marilah kita berdoa muda-mudahannya taubatnya diterima oleh Allah dan rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” sebuah harapan dan doa penuh simpati dari datuk.

“Memang itu yang saya harapkan,”

Ali Usman tersedu sambil tunduk merenung permukaan bumi.

Perasaan saya bagaikan terjebak dalam suasana yang mengahrukan. Dada terasa sebak, tidak tahu apa yang harus saya tuturkan kepada Ali Usman.

“Masa dah suntuk ni, saya tak mahu kerana kita orang ain tergendala. Saya tak mahu Syed Hamid Al-Hadad dan Harun Fadillah menunggu kita terlalu lama.”

Cepat-cepat saya alihkan perhatian dari Ali Usman kepada datuk yang baru saja menuturkan kata.

“Iya, kita harus pergi ke tempat yang dihajati,” sanggah Ali Usman.

PERJALANAN

Sebelum meneruskan perjalanan, Ali Usman melihat jam di tangan. Dahunya berkedut seketika. Kepalnya didongakkan ke langit melihat awan putih bersih berarak lembut entah kemana.

“Hampir sejam kita di sini,” kata saya.

“Ertinya, hampir satu jam kita diganggu.” Sahut Ali Usman.

Datuk anggukkan kepala.

“Tak sangka sampai begitu lama,” komen saya lagi.

“Bukan diganggu.”

Lagi sekali datuk jadi perhatian kami berdua.

“Kalau bukan diganggu , apa dia?” Sal Ali Usman serius.

“Kita dihalang untuk pergi ke rumah Raja Susuk. Orang tua yang bertukar-tukar dan akhirnya memperlihatkan dirinya sebagai lelaki muda yang kacak dan tampan. Itulah orang yang menjadi pelindung dan pendamping bapa saudara kamu.”

“Tapi……….” Ali Usman memintas percakapan datuk,” bapa saudara saya kata guru atau pendampingnya sudah lama mati.”

“Cakap bapa saudara kamu memang benar.”

“Kalau sudah mati, bagaimana orang itu boleh wujud?” Teragak-agak Ali Usman bertanya.

“Jangan terkejut, bila aku katakana pendamping bapa saudara kamu itu, sedang mencari pengganti bapa saudara kamu. Mungkin kamu salah seorang dari calonnya.”

“Haaaa………..”

Ali Usman terkejut besar.

“kalau sudah mati macam mana dia bo;leh wujud di dunia ini,” muncul lagi pertanyaan dari mulut Ali Usman.

“Barangkali roh dan jasadnya ditolak bumi,” Penjelasan dari datuk itu membuat Ali Usman bertambah resah. Cemas dan takut. Wajahnya pucat, tubuhnya mula mengeletar. Mula bercakap sebarangan. Matanya mula memperlihatkan urta-urat merah bersama renungan yang sungguh mengerikan. Wajah yang pucat bertukar garang.

Suasana yang tenang berkicak semula. Perubahan tingkah laku Ali usman memang tidak diduga. Datk yang terkejut mula membuat persiapan perlu bagi menghindari kejadian lebih buruk berlaku.

“Tamar, tumbuk rusuk kanannya dengan tangan kiri.”

Arahan datuk segera saya patuhu. Dengan sekali tumbuk Ali Usman jatuh terlentang.

Belum pun sempat Ali Usman bangun untuk melakukan tindak balas, datuk segera mengambil serumpun semalu berbunga lebat diramas hingga lumat. Kemudian dilemparkan ke muka Ali Usman.

“Ahhh………..” Terdengar suara Ali Usman.

Berguling-guling di tanah sambil berusaha untuk bangun, tetapi tidak berhasil. Ali Usman bagaikan kehabisan tenaga.

“Tamar, rentap kaki kanannya sekuat hati dan alihkan kedudukkannya supaya kepalanya mengadap kiblat,”

Perintah datuk segera saya ikut, berhempas pulas juga mahu menangkap kaki kanan Ali Usman. Walaupun dia nampak lemah dan tidak berdaya, Ali Usman tetap mempamirkan tentangan.

Sebaik pergelangan kaki kanannya disentuh, Ali Usman terus menjerit dan berguling-guling di tanah samabil mengigit rerumput sekitarnya. Semasa saya berusaha menalihkan kedudukan tubuhnyaseperti yang diingini oelha datuk, belakang syaa terasa seperti ditusuk oleh benda tajam.

Jangan pedulikan semuanya, kamu bertahan saja Tamar,”

Suara datuk cukup lanang kedengaran. Datuk bagaikan tahu yang saya sedang bergelut dengan sesuatu. Dalam tercungap-cungap kepenatan, hajat datuk dilaksanakan.

Di saat membetul kedudukan kepala Ali Usman supaya selari dengan arah kiblat, saya mengalami kejutan. Seluruh kulit muka, lengan dan kaki Ali Usman bersisk macam sisik ular tedung namak berkilau-kilau. Gerak badannya juga bertukar, tidak ubah macam ular bergerak di permukaan tanah yang berpasir.

Perubahan itu tidak bertaan lama. Sebaik saja keddkan kepalanya selari dengan arah kiblat, sekujur tubuhAli Usman kembali normal. Dengan segenggam tanah yang ditaburkan oleh datuk dari hujung kaki hingga ke kepala, Ali Usman pulih seperti sediakala.

“Ali, kamu kenal dengan orang yang duduk dekat kamu ini?’ Bisik datuk ke cuping telinganya.

“Kenal.”

“Siapa namanya?” Tambah datuk.

“Tamar.”

“Betul,’ sambut datuk keriangan.

Serentak kami ketawa terkikih.

BERDIRI

Bila Ali Usman berdiri dan bersedia untuk melangkah menuju kerumah Raja Susuk halangan dating lagi. Dengan tidak semena-mena muncul seekor harimau belang dari sebelah kanan jalan.

Kaki kiri bahagian belakng harimau itu kudung tetapi itu bukan halangan untuknya menerkam malah membaham kami sekaligus.

Tanpa berfikir panjang datuk pun mengambil segenggam tanah. Langkah slat pun dibuka menuju kearah harimau yang mula menyeringai, mempamirkan sepasang siung yang tajam.

“Allah huakbar……..”

Kawasan sekitar bergema dengan suara datuk. Serentak denganitu tanah yang ada dalam genggaman dilemparkan kearah muka harimau belang. Si harimau mengaum dengan sekuat hati dan terus lari ke sebelah kiri jalan hingga tidak dapat ditangkap oleh kuasa mata kami bertiga.

“Kalau kamu pergi ke rumah itu seorang saja, kamu tidak menghadapi sebarang masalah seperti apa yang terjadi sebentar tadi. Pendamping bapa saudara kamu mahu membinasakan aku dan Tamar saja. Kamu tidak diapa-apakannya. Dia mahu menjadkan kamu sebagai tuannya,” tanpa diminta datuk member penjelasan.

“Inilah membuat saya tidak senang,” terpancut kata dari Ali Usman. Dia mula resah dan Nampak tidak keruan.

Sebelum kejadian seperti tadi berulang, datuk segera meletakkan bahagian belakang tangan kirinya ke pangkal leher kanan Ali Usman. Mulut datuk nampak komat-kamit.

Ada sesuatu yang dibacanya. Barangkali datuk memberikan suntikan semangat secar batin.

“Kalau sulit kita patah balik saja,” usul dari Ali Usman.

“Kau keberatan,” Tanya datuk.

Ali Usman seperti serba salah untuk menyatakan. Tetapi, akhirnya dia menganggk. Datuk senyum.

“Ali, jangan bimbang, renung biji mata aku. Kedua belah tangan kamu lekapkan ke dada.”

“Baik,” jawab Ali Usman.

Ali Usman akur dengan arahan datk. Lebihdari lima saat mereka berlaga anak mata. Peluh mercik di kedua dua belah pelipis Ali Usman. Rambut di bahagian ubun-ubun terpacak. Bila datuk alihkan anak mata ke arah lain, rambut yang tegak pun tunduk. Peluh dikiri kanan pelipis pun hilang.

“Kita teruskan, usah bimbang. Dengan ilmu yang ada, disertai dengan taqwa kepada Allah, aku yakin kamu tidak mudah dipengaruhi,” satu suntikan semangat datuk terapkan di dalam kalbu Ali Usman.

“Kadang-kadang orang berilmu dan kuat iman memang dicari atau jadi sasaran syaitan, sebenarnya, ilmu tidak setinggi mana ,” Ali Usman merendah diri.

“Aku percaya, kamu boleh menghadapinya. Buktinya………….”

“Apa buktinya…….” pintas Ali Usman.

“Kamu telah membawa bapa saudara kamu ke landasan yang sempurna. Jangan banyak fikir, mari kita pergi.”

Datuk pun menepuk bahu kanan Ali Usman. Tetapi, Ali Usman seperti keberatan mahu melangkah. Keraguan dan kebimbangan masih bersarang di sudut hatinya.

“Rumah itu jauh terpencil, letaknya di hujung kampung dekat bukit pula,” sebuah dalih yang tersusun rapi adri Ali Usman.

“Tak apa, kita pergi dulu,” datuk mendesak

Ali Usman mengigit bibir. Perubahan sikap itu sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan dalam diri saya. Kenapa mudah, dia beralih hati.

SEMANGAT

Kalau tadi dia bersemangat mahu membawa datuk ke tempat tersebut. Tetapi, setelah melalui beberapa kejadian yang tidak diduga, semangatnya terus menurun.

“Mari kita pergi.”

Datuk terus mendesak.

“Kita balik saja” lemah benar suara Ali Usman.

Bagi menguatkan alasannya, dia memberitahu yang rumah papan tua di bawah pokok ara besar itu, tidak mempunyai apa apa keistimewaan.

Selain dari menghadiahkan pandangan yang menyeramkan. Akar dari dedahan pokok ara berjuntaian bagaikan bersatu dengan atap zink yang sudah berkarat. Suasana sekitar kawasan rumah sentiasa redup dan lembab.

“Kenapa kita mesti balik?”

“Saya rasa lain macam saja.”

“jagan begitu, memang menjadi tanggung jawab kita bersama untuk menghapuskan perbuatan dan kepercayaan syirik yang bertentangan dengan hukum Allah. Kalau biarkan nanti ramai orang yang jahanam,” dengan lembut datuk memujuk.

“Betullah tu.”

“Kalau sudah betul, jangan lengah-lengahkan, ayuh kita pergi.”

Kali ini, Ali Usman tidak mampu berdalih, tidak boleh memberikan sebarang alasan lagi. Dan dia dengan rela hati menyandang tugasnya semula sebagai kepala jalan menuju ke rumah RAJA SUSUK. Kami segera bergerak.

Hanya bunyi telapak kaki dan kicau burung yang kedengaran. Sesekali terdengar bunyi ranting patah akibat di pijak, diselang seli dengan buni daun pokok yang berlaga sesama sendiri kerana disentuh angin.

Kami bertiga tidak banyak bercakap. Masing-masing tetap berhati-hati. Hati kecil terus digayuti harapan. Semuga tidak ada peristiwa buruk yang bakal berlaku.

“Itu dia rumahnya.”

Sebuah rumah papan tua, beratap zink tertegun kaku di depan mata. Saya terus memasang telinga, menanti ungkapan yang bakal diluahkan oleh Ali Usman. Tetapi, mata sya terus memperhatikan keadaan sekitar rumah papan using itu.

Halaman rumah dipenuhi dengan rumput rampai setinggi lutut. Di bawah rumah terdapat timbunan kayu api di samping beberpa pohon senduduk, mengkudu dan pohon ciku yang menolak lantai. Tidak jauh dari tangga terdapat sebuah perahu lama yang dibuat dari pokok meranti.

Lima ancak yang dibuat dari buluh dan bertiang ( juga dari buluh) dipacakkan di dalam perahu tua. Terdapat lorong kecil untuk laluan seorang sahaja menuju ke kaki tangga yang bersimen separuh. Anak tangga yang berjumlah tujuh semuanya dibuat dari jens kayu keras.

Sekali pandang, rumah tersebut bagaikan tidak pernah didiami oleh manusia. Pohon ara sebesar dua pemeluk tumbuh megah di sudut kanan rumah berbumbung limas. Bumbung bahagian dapur bagaikan tidak keliahatan kerana di selimuti dedaun ara yang berjuntaian.

Kehadhiran pokok ara dua pemeluk itu memberikan suasana seram dan suram. Boleh mengundang rasa takut pada orang yang baru melihatnya. Beberapa ekor monyet liar berlompatan dari dahan Ara ke dahan pokok berdekatan yang berjajar menuju kearah bukit kecil yang tidak jauh dari rumah.

Melihat kedatangan monyet-monyet liar itu terus menjerit sambil menegakan ekornya yang panjang sambil cuba meahu menerkam ke arah kami. Jeritan monyet yang tidak berhenti-henti berjaya menarik perhatian kumpulan monyet yang lain.

0 comments:

Post a Comment