SBDJ (JILID 16) SIRI 210 MANGSA SUSUK IBU
KEMATIAN yang ganjil dan mengejutkan," Datuk mengeluh dalam nada suara yang lembut.
Dua tiga kali, hujung dagu saya raba. Entah mengapa, secara mengejut hati terasa tidak aman, resah semacam.
Angin yang masuk menerusi jendela, merempuh sebahagian tubuh. Rambut terjuntai di dahi turut bergerak lemah. Tidak dinafikan, saya agak selesa dengan sentuhan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu.
"Iya memanda, kematian yang ganjil dan mengejutkan," Nonong mengulangi kata-kata yang diucapkan oleh datuk. Renungannya, segera dialihkan dari halaman rumah ke wajah datuk.
Saya segera panggungkan kepala, menanti ungkapan selanjutnya dari Nonong. Penuh debar.
"Sedih mengenangkan kematian," emak." Nonong seperti merunggut. Jejari kanannya yang lentik meraba-raba hujung dagunya.
"Bersabarlah, Nonong." Saya beranikan diri memujuk Nonong, agar kesedihannya tidak membawa kepada tangisan.
"Mengapa sebelum kematiannya, emak mengalami perkara-perkara yang tidak boleh diterima oleh akal. Hal-hal yang ganjil dan pelik, sampai sekazang saya masih memikirkan perkara tersebut, memanda."
Saya lihat Nonong mengkedutkan dahi, berlapis-lapis. Anak rambutnya terbuai-buai dimain angin. Rasa simpati kian membengkak dalam jantung hati. Ekor mata terus menjeling ke arah Nonong.
"Jangan mengeluh dan bersedih Nonong, terimalah semuanya dengan pasrah. Boleh jadi Allah mahu memperlihatkan sesuatu kepada kita yang hidup. Dari situ kita boleh mengambil iktibar, boleh dijadikan renungan," Datuk memujuk.
Nonong terus membisu, renungannya di arahkan ke halaman rumah kembali. Otaknya berputar ke zaman manis bersama arwah ibu dan ayah. Dia menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan kembali dengan lemah.
Pandangannya masih terpaku di halaman yang disiram sinaran matahari yang kian meredup. Sepasang kelopak bibirnya bergerak lemah, macam ada sesuatu yang diucapkan tetapi, tidak berapa jelas untuk ditangkap oleh gegendang telinga saya.
"Setiap kali lepas sembahyang kau mohon doa pada Allah, minta dosa kedua orang tua kamu diampuni, terutama dosa ibu kamu. Mohon supaya ibu kamu aman di alam barzakh," tambah datuk.
Nonong mengangguk.
"Memang tidak diduga, emak yang teliti dan berhati-hati. Tekun dan sabar dalam melakukan sebarang pekerjaan, kadangkala kelakuannya itu menimbulkan tandatanya pada diri kami sekeluarga, jadi begitu akhirnya."
Kata-kata yang diluahkan oleh Nonong itu membuat datuk menggigit jari kanan. Terpegun merenung dinding ruang tamu, macam ada sesuatu yang muncul dalam tempurung kepalanya. Saya juga berminat dengan ungkapan tersebut.
"Sebagai wanita generasi lama, emak cukup percaya dan taksub pada perkara-perkara tahyul dan kuasa ghaib," sambung Nonong. "Contohnya?" ulang Nonong kehairanan.
"lya, itu sebagai bukti yang kamu melihat perbuatan emak kamu, Nonong!" sahut datuk.
SEJENAK
BUAT beberapa ketika Nonong termenung sejenak. Dari riak air mukanya membayangkan keraguan, apakah wajar permintaan datuk itu dipenuhi atau ditolak terus?
Perasaan saya terus berdebar menanti reaksi dari Nonong.
"Contohnya, tidak perlu memanda," sanggah Nonong.
"Perlu untuk menolong mengatasi masalah yang kamu hadapi Nonong. Ingat aku sekadar menunaikan permintaan arwah ayah kamu. Kalau kamu menolak bukan salah aku tetapi, salah kamu."
"Ertinya, contoh itu amat diperlukan?"
"Iya, sudah semestinya," datuk terus bertegas.
Nonong dada pilihan dan terpaksa akur dengan permintaan datuk, demi masa depan diri dan wasiat arwah ayahnya.
"Semasa nenek meninggal dunia," Nonong memulakan ceritanya," emak tidak membenarkan ayah dan Harun mengiringi jenazah nenek ke tanah kubur. Malah melarang menziarahi kubur nenek dalam masa tiga bulan. Pakaian, pinggan mangkuk peninggalan nenek tidak boleh digunakan, kecuali barang kemas."
"Pakaian, pinggan mangkuk itu di bawa ke mana Nonong?" Dihumbankan di kuala sungai tempat bertemunya air masin dengan air tawar."
"Perbuatan yang ganjil, bertentangan dengan hukum hidup manusia dan ajaran agama," itulah komen yang datuk berikan, setelah mendengar penjelasan dari Nonong.
"Memang ganjil dan sukar diterima oleh akal, memanda," susul Nonong. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk dan Nonong.
Angin dari luar terus menyerbu ke ruang tamu. Cuaca masih seperti tadi, masih redup. Deru kenderaan di jalanan terus memukul gegendang telinga saya. Langit nampak cerah dan awan gemawan bergerak lembut.
Ada seperkara yang mahu memanda tanya kepada kamu, Nonong."
"Silakan!"
"Badan kamu bersih, Nonong?"
Nonong nampak terkejut dan tersipu malu. Saya kira pertanyaan itu tidak wajar diajukan kepada Nonong di depan saya. Boleh memalukan dirinya. Aneh! kenapa pertanyaan sedemikian mesh datuk halakan pada Nonong? Mungkin ada maksud tertentu, fikir saya dalam hati.
"Dulu, masa kamu kecil-kecil, ayah dan emak kau "pulangkan" kamu pada aku. Sebabnya, kamu selalu menangis malam sampai berbulan¬bulan. Bila dipulangkan kepada aku atau dijadikan anak angkat, (pada namanya saja) tangan kanan kamu diikat dengan benang hitam, kamu tidak menangis lagi. Ertinya, kamu serasi berayahkan aku, Nonong," Datuk membuka kisah lampau.
Pelik, apa perlunya kisah lama itu dikenang. Mungkin datuk mempunyai strategi tertentu.
KEPERCAYAAN
SEBENARNYA, apa yangg datuk sebutkan itu cuma sebuah kepercayaan dalam adat tradisi orang Melayu. Kalau kanak-kanak sering sakit lalu dipulangkan pada orang lain. Dicarikan ibu atau ayah ganti (ibu atau ayah angkat) pada namanya saja. Kanak-kanak terbabit tetap terus dipelihara oleh kedua-dua orang tua sebenarnya. lni sekadar petua yang menurut kebanyakan orang tidak bercanggah dengan ajaran agama.
"Dalam erti kata lain, kau anak pulang aku Nonong. Tidak salah yang selama ini, aku menganggap kau sebagai anak sendiri. Jadi aku rasa tidak salah, bila aku bertanya tentang diri kamu, sama ada bersih atau tidak. Tujuannya baik," penjelasan kilat dari datuk dapat menghilangkan rasa malu pada diri Nonong.
"Bersih memanda."
"Kalau begitu pergi ambil air sembahyang, kemudian datang ke sini. Duduk di tempat yang sama," arahan yang datuk keluar itu membuat Nonong merenung ke arah saya. Dia seperti keberatan mahu memenuhi permintaan datuk.
"Pergilah Nonong, demi menunaikan permintaan arwah ayah kamu, sebenarnya secara diam-diam kamu resah dengan masalah yang kamu hadapi. Kamu pernah berjumpa orang tertentu untuk mengubati masalah diri kamu."
Untuk kesekian kalinya Nonong tergamam. Kata-kata datuk sering mengejutkan dirinya.
Anehnya, apa yang datuk katakan hampir tepat. Dengan lain perkataan, banyak rahsia dirinya dapat dibaca oleh datuk.
"Mana memanda tahu semuanya ini?"
"Aku cuma main agak-agak saja Nonong."
"Memang betul tapi, semuanya gagal," keluh Nonong, sinar matanya nampak redup sekali. Saya melagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali. Seronok juga melihat telatah datuk mencungkil rahsia dari Nonong.
"Sekarang biar pula aku berusaha menolongnya, kamu setuju?."
"Bagi diri saya tidak ada halangan," sinar mata Nonong nampak cerah sekali.
"Semoga usaha murni aku diperkenankan oleh Allah. Sedikit sebanyak cerita yang kamu sebutkan tadi dapat usaha aku ke arah tersebut. Begitu juga dengan cerita yang aku dapat dari Harun."
"Sekarang apa yang mesti saya buat memanda?"
Pertanyaan yang terpancut keluar dari kelopak bibir Nonong membuat datuk senyum panjang.
"Jangan berdalih, jangan berlengah-lengah, buat apa yang aku suruh," sepasang anak mata hitam datuk tertumbuk ke arah anak mata hitam Nonong.
"Ambil air sembahyang?" Soal Nonong.
"Iya seperti yang aku suruh sebentar tadi!," suara datuk penuh keyakinan.
Tanpa basi-basi, Nonong pun bangun dan terus melangkah ke bilik air. Sementara menanti kedatangan Nonong, datuk nampak resah semacam. Wajah yang tadi ceria bertukar menjadi sedih.
Sepasang tangannya diluruskan ke atas sambil memusingkan pinggangnya ke kiri dan ke kanan beberapa kali. Beberapa detik kemudian terus bangun. Bergerak dari sudut ke sudut ruang tamu. Berhenti di tepi jendela.
AWAN
DATUK dongakkan wajah ke langit, merenung gumpalan awan¬gemawan. Melihat pepucuk pohon sekitar rumah. Dan ada ketikanya datuk termenung panjang di muka jendela macam orang putus asa atau sedang masalah besar. Semua gerak-gerinya, saya lihat agak luar biasa.
Bila sudah begitu keadaannya, saya tidak berani mahu menegurnya. Saya kira lebih daripada sepuluh minit, datuk termenung di jendela. Mungkin perasaannya sudah tenang, fikir saya, setelah melihat datuk melangkah ke arah tempat duduknya lalu bersila di situ, bertindih kaki macam pahlawan zaman silam.
"Tamar."
Saya arahkan wajah dan perhatian kepada datuk. Dada mula berdebar. Apakah arahan yang bakal datuk keluarkan. Apakah dia mahu mengusir saya dari ruang tamu ini? Semua persoalan itu bergolak dalam dada tanpa nokhtah.
"Tamar," ulang datuk.
"Ada apa tuk?"
"Antara aku dengan ayah Nonong, sudah berjanji dan mengaku saudara dunia akhirat. Susah senang tetap senang dalam semua hal. Tidak tergamak aku melihat anaknya susah, kalau arwah tu tidak meninggalkan pesan aku tetap menolongnya," datuk berhenti seketika, memanjangkan lehernya merenung ke arah bilik air.
Nonong masih tidak kelihatan.
"Tetapi, kawan aku dunia akhirat itu tidak dapat melepaskan dirinya dari kekuasaan..... " lagi sekali datuk berhenti, dia seperti keberatan mahu menyambung kata.
Macam ada sesuatu yang mahu dirahsiakannya, sudah pasti tindak tanduknya menimbulkan bermacam-macam andaian dalam hati kecil saya.
"Kekuasaan siapa tuk?" Tunduk pada kekuasan iblis syaitan?" Saya sudah tidak sabar mahu mengetahuinya. Macam selalu, semakin saya berminat untuk mengetahui sesuatu, semakin lambat datuk mahu menjelaskannya Dia seperti memaksa saya berperang dengan perasaan.
SELENDANG
TUNGGU sekejap lagi aku beritahu...... ha, Nonong dah datang."
sepasang bola mata datuk tertumpu ke wajah Nonong yang masih ada kesan air sembahyang.
Semasa mahu mengambil air sembahyang Nonong tidak berselendang tetapi, kini di bahu kanannya tersangkut selendang sutera biru. Di tangan kanannya, ada senaskah Quran manakala di tangan kiri ada rehal. Sebelum dduduk bersila, rehal dibuka dan senaskah Quran diletakkan. Selendang sutera pun dibelitkan ke kepala.
Datuk terpaku melihat perbuatan Nonong di depan matanya. Wajah datuk membayangkan perasaan gembira dan hiba berbaur dalam kalbu. Tanpa disedari, kelopak matanya digenangi air jernih, mengalir lemah dikulit pipi datuk yang sudah tua.
Menyedari dirinya jadi perhatian kami berdua (Nonong dan saya) dengan pantas datuk memusingkan mukanya ke dinding membelakangi kami. Pada saat itu juga datuk mengesat air mata dicerun pipi. Bila dia dapat mengawal perasaan dengan baik, barulah datuk menghadapkan wajahnya kepada kami semula.
"Kamu bagaikan tahu apa yang aku inginkan, Nonong," suara datuk tersekat-sekat. Saya terus sahaja memerhatikan gerak-geri kedua-dua insan tersebut.
Bila memanda menyuruh saya mengambil air sembahyang, saya teringat zaman lalu," tutur Nonong tenang sambil membetulkan kedudukan selendangnya.
"Dulu, setiap kali memanda datang ke sini, ayah suruh ambil sembahyang dan membaca Quran depan memanda. Kemudian dengan lembut membetulkan bacaan taj'wid saya," sambung Nonong.
"Iya aku ingat," datuk anggukkan kepala perlahan-lahan.
Nonong membuka al-Quran, juz sepuluh surah At-Taubat dan terus membacanya hingga satu "ain" baru berhenti. Saya terpesona dengan alunan suaranya tajwid yang betul.
"Mengapa surah ini kau pilih Nonong?".
"Dapat mengingatkan saya kepada perbuatan-perbuatan yang saya kira berdosa pada masa lalu. Memanda juga pernah mengingatkan saya surah ini banyak mengandungi pengajaran dan nasihat serta tunjuk ajar kepada kehidupan yang diredhai Allah, sudah bertahun saya tidak mengingati surah ain tetapi bila terlihat muka memanda saya terus teringat pada surah At-Taubat."
KELOPAK
MENDENGAR penjelasan Nonong, saya terasa sayu dan hiba. Tanpa terasa air mata tergenang di kelopak. Nonong juga saya lihat terharu, tunduk merenung kulit Quran yang sudah ditutup. Perlahan-lahan dia menggosok kelopak mata dengan hujung selendang. Datuk membiarkan Nonong tenggelam dalam kenangan pahit hidup sendirian di Pulau Pinang. Tanpa diduga dan disangka Nonong menangis tersedu.
"Berat sungguh cubaan hidup kamu di rantau orang, semuanya ini berpunca dari perbuatan arwah emak kamu yang terlalu mengejar keduniaan, mengikut nafsu.
Mudah-mudahan roh emak kamu ditempatkan oleh Allah di tempat yang sesuai," Cetus datuk. Saya menarik nafas.
Nonong angkat kepala dengan pandangan yang berkaca di tatapnya muka datuk. Memang Nonong mengalami kejutan, bila datuk memengkaitkan kematian ibunya dengan nasib yang dilaluinya kini.
Dari cara datuk bercakap yang diikuti dengan gerak-gerinya, saya yakin, datuk cukup mengerti dan memahami perasaan yang ditanggung oleh Nonong. Berkali-kali saya melihat datuk mengucap panjang. ''Tangisan Nonong beransur reda.
"Begini Nonong," datuk membetulkan silanya."
Dan Nonong terus menghapuskan kesan air mata di pipi dengan hujung Selendang seperti tadi.
"Begini Nonong," datuk mengulangi kata-kata yang terputus, "semasa kamu berumur 55 hari, aku sudah mengetahui perbuatan emak kamu yang kurang baik. Aku cuba menegur dan melarangnya, emak kamu tak ambil peduli, malah dia marah-marah. Peliknya, ayah kamu juga tidak setuju dengan cara aku itu."
"Apa dia perkara buruk yang emak buat?"
TERTARIK
'EMAK kamu pengamal ilmu susuk, supaya dipandang cantik, Nentiasa muda dan manis, badan nampak menarik, setiap lelaki yang melihatnya jadi tertarik, tergila-gila. Sekali dua pandang tidak puas, sedia ikut pulang ke rumah, bersedia mendengar kata emak kamu. Kerana ilmu itu kamu jadi taruhan dan korban'
"Ohhh..Nonong tidak terdaya meneruskan percakapan. Dia terkejut besar, seluruh anggota badannya terasa sejuk.
"Benarkah semuanya ini, memanda," suara Nonong tersekat-sekat. Resah tidak menentu. Dan secara mendadak seluruh badan Nonong menggeletar, macam orang diserang demam. Mulutnya bercakap tidak tentu arah.
Sebelum kejadian buruk berlaku, datuk segera bertindak. Tujuh kali datuk membaca ayat Al-Kursi penuh khusyuk dan tawaduk. Muka Nonong dihembusnya. Dengan serta merta Nonong terkulai lemah.
Beberapa saat kemudian, Nonong pulih seperti sediakala. Sebelum menyambung penerangan tentang Nonong. Datuk mengambil segelas air putih (air sejuk) lalu diberikan kepada gadis lanjut usia untuk diminum.
"Bagaimana perasaan kamu sekarang Nonong?" Tanya datuk.
"Saya selesa, terangkan pada saya apakah kesalahan emak saya yang menyebabkan saya menderita, tidak diminati lelaki"
"Datuk kamu dulu pawang di raja, nenek kamu pula tukang andam istana. Mereka mempunyai seorang anak perempuan yang comel iaita emak kamu. Kerana rupa paras emak kamu cantik dan berbakat dalam bidang tarian lalu dilatih untuk dijadikan penari istana" cukup berhati¬hati dan teratur datuk menyusun kata-kata.
Seluruh tumpuan dan perhatian Nonong di halakan kepada datuk. Begitu juga dengan diri saya.
Pengikut antu :P
Thursday, May 5, 2016
210: MANGSA SUSUK IBU
209: DENDAM DARI BILIK RAHSIA
SDBJ (JILID 16) SIRI 209
DENDAM DARI BILIK RAHSIA
Nasihat yang diluahkan oleh ibunya, disambut dengan perasaan separuh hati. Nonong tahu, jawapan dari ibu sekadar melepaskan batuk di tangga. Lebih-lebih lagi bila ibu menekankan tentang 'berdoa', terasa lucu sekali. Ibunya sendiri menyaksikan dia berdoa siang malam. Jadi kenapa perkara itu ditekankan, bila dia bercakap tentang jodoh. Sebuah pertanyaan yang sukar dicari jawapan pasti. Tetapi, menimbulkan tanda tanya dan misteri yang tidak berjawap.
Kalau dikutkan hati memang Nonong tidak mahu berdoa lagi. Dia sudah bosan dan perbuatan itu kerja sia sia. Tuhan bagaikan menolak permohonannya melalui doa.
Nonong juga sudah jemu berusaha, benci melihat muka dukun, pawang dan bomoh yang bukan sedikit mengaut wangnya. Jodoh yang diharapkan tidak juga menjelma. Dalam suasana kehidupan yang serba tertekan zahir batin, Nonong berazam mahu meluluskan dirinya dari kepompongan keluarga, dan masyarakat sekitar yang selalu beranggapan gadis berusia lanjut, tidak menikah merupakan tanda tidak baik untuk keluarga, hidup tidak beruntng.
Kerana Nonong bertugas dengan kerajaan di bawah Kementerian Luar dia berpeluang untuk bertugas di seberang laut. Kesempatan itu di manfaatnya dengan sebaik mungkin untuk keluar dari suasana yang tidak menyenangkan itu. Nonong mengemukakan permohonan untuk bertugas di luar tanah air. Harapannya terlaksana. Nonong gembira bukan kepalang.
Dia dihantar berkhidmat di Konsul Republik Indonesia, di Pulau Pinang sebagai kerani. Di Pulau Mutiara, Nonong bagaikan mengalami kejutan budaya yang amat berbeza dengan di Medan. Dia turut melibatkan dirinya dengan dunia yang serba baru dan asing itu. Nonong yang selama ini merasakan pergerakannya agak terbatas, kini mula mengubah cara hidupnya sesuai dengan situasi yang dihadapinya.
Di Medan pulang sahaja dari pejabat, dia tidak kemana-mana. Banyak menghabiskan masa bersama ibu. Menemani ibunya mengajar tarian dan anak-anak gadis yang berminat dalam bidang tarian tradisional dikelas menari. Bila ibu dan kumpulannya diundang menghiburkan orang ternama dalam sebuah upacara penting seperti pembukaan gedung perniagaan, ulangtahun kemerdekaan dan sebagainya. Nonong akan turut serta.
Kerana kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh Nonong, dia menjadi perhatian para tetamu undangan. Dan orang tertentu segera menyiasat latar belakang diri dan keluarga. Tetapi, ibunya bagaikan enggan memberi kerjasama. Dan perkara itu tidak berlanjutan, mati begitu saja.
Keadaan di Pulau Mutiara yang serba membangun dan sibuk menyebabkan Nonong menyususun agenda hidup tersendiri yang berbeza dengan di Medan.
Bagaikan bumi dengan langit. Dari seorang gadis yang agak pemalu dan sering merasa rendah diri bertukar menjadi gadis yang periang. Dia melibatkan diri dengan badan-badan sukarela. Menjalinkan persahabatan dengan siapa saja.
Mula berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.
"DORONGAN"
Kerana desakan dan dorongan kawan-kawan, Nonong mula mengunjungi kelab-kelab malam. Secara beransur ansur dia mula menghisap rokok dan berjinak-jinak dengan alkohol. Dia makin jarang menghalakan wajahnya ke arah kiblat. Begitulah Nonong, amat cepat berubah. Apa yang sedang dilaluinya membuat dia lupa dengan masalah yang menggayuti kehidupan dan dirinya.
Tidak timbul masaalah belum bertemu jodoh, tidak kisah dengan usianya yang kian bertambah. Semuanya sudah dilemparkan jauh-jauh dari dalam kotak hati dan fikirannya. Seiring dengan itu , Nonong tidak suka melihat wajahnya di cermin, tidak suka menghias diri untuk menarik perhatian lawan jenis. Tidak ambil peduli dengan jiran kiri kanan rumah sewanya.
Sesuatu yang sungguh drastik bila Nonong tidak menulis surat atau menghubungi keluarganya di Medan. Dia bagaikan mahu menjauhkan diri dari mereka. Ternyata usaha itu tidak sepenuhnya berhasil. Kedua-dua orang tuanya sering mengunjunginya, terutama ibunya yang boleh dikatakan setiap bulan datang ke rumah sewanya. Dan secara sembunyi-sembunyi (ketika Nonong tidur) mengusap tubuh anaknya dengan asap kemenyan. Kisah yang diungkap Nonong memang mengharukan. Saya bersimpati dengan nasib yang di alaminya. Mengapa gadis yang lambat kahwin menjadi buah mulut masyarakat. Dan apakah perkara seperti ini, hanya berlaku dikalangan masyarakat melayu sahaja. Fikir saya dalam hati.
"Ada lagi yang mahu ceritakan, Nonong?" Itu yang terluah dari kelopak bibir datuk, sebaik sahaja Nonong berhenti bercakap dan tidak mau menyambung lagi.
Saya resah sendirian melihat Nonong menundukkan muka. Kedua-dua belah sayap bahunya bergerak lemah. Mengertilah saya, bahawa gadis cantik tidak bahagia itu sedang tersedu hiba. Kalau sudah begini kesudahannya, tidak mungkin Nonong mahu melanjutkan cerita. Saya membuat andaian sendiri.
"Tak apalah memanda, cukup setakat ini saja". Hiba benar rasanya hati. Saya arahkan sepasang mata ke arah Nonong. Andaian saya hampir menjadi kenyataan.
"Maafkan saya," lemah benar nada suara datuk. Tiada jawapan dari Nonong. Cuma yang kedengaran sedu dan sedannya sahaja. Mungkin kerana hiba atau tidak mahu terpengaruh dengan kesedihan yang melanda hati Nonong, datuk segera bangun menuju ke jendela. Berdiri di situ, merenung keluar. Nonong masih juga tersedu. Dan saya tidak bergerak ke mana-mana. Sedu-sedan Nonong beransur lemah dan akhirnya mati begitu sahaja. Suasana di ruang makan terasa amat sepi sekali.
Perlahan-lahan datuk melangkah kembali ke tempat asalnya. Sejak datuk berdiri di tepi jendela, saya tidak menumpukan perhatian ke arah Nonong, saya lebih banyak merenung dinding rumah tamu sambil mengelamun sendirian. Tiba-tiba datuk menyebut perkataan Allah hu Akbar yang diikuti dengan batuk kecil. Pada hemat saya batuk itu sengaja dibuat-buat. Barangkali untuk menarik perhatian saya atau Nonong.
Entah macam mana ketika saya menoleh ke arah datuk secara tidak sengaja terpandang wajah Nonong. Pandangan kami bertembung. Tidak percaya rasanya, Nonong menghadiahkan senyum. Nampak cukup menarik dan manis sekali. Tidak berkedip kelopak mata saya memandang ke aranya. Alam khayalan yang tidak bertepi itu, datuk batuk lagi. Saya tahu itu batuk nakal. Memang, ekor mata datuk tetap menyorot setiap inci pergerakan diri saya.
"Kenapa Tamar?" Soal datuk, sepasang biji matanya merenung tepat ke arah saya,
"Kamu nampak resah semacam saja," tambahnya bersama senyum sinis. "Ahhh.." terkeluar dari kelopak bibir saya.
"Kenapa Tamar?" Memang tidak saya duga pertanyaan itu datang dari Nonong. Nadanya tidak lagi membayangkan keresahan. Saya jawap pertanyaan itu dengan mengelengkan kepala. Senyuman pun berlari di kelopak bibir Nonong.* *Aduh! Manis sekali senyuman gadis anak Deli ini , bisik batin saya.
"KESAN"
Sebagai orang tua yang banyak pengalaman, datuk dapat mengesan yang sesuana di ruang makan agak aman. Perasaan Nonong tidak bercelaru lagi. Ketika yang baik untuk mencungkil kisah lampau gadis Deli yang tertonggok di sisinya.
"Perasaan kamu dah tenang Nonong?"Nonong anggukan kepala.
"Bolehlah kamu bercerita lagi."
"Ahhhh memanda," Nonong seperti tersentak.
Anak mata hitamnya dihalakan ke arah saya untuk beberapa saat. Perlahan-lahan saya anggukkan kepala sebagai tanda supaya Nonong memberikan kerjasama pada datuk.
"Boleh Nonong, ulang datuk lemah.
"Boleh," sahut Nonong." Datuk membetulkan duduknya supaya selesa.
Bila merasai cara duduknya serasi dengan kemahuan hatinya, datuk mengeliat lemah. Saya menanti penuh debar. Apakah kisah silam yang bakal diungkapkan oleh Nonong itu akan membuka jalan bagi menjejaki, kenapa dia tidak mahu didampingi lelaki?. Sepuluh minit masa berlalu, Nonong masih belum membuka mulut, asyik merenung keluar saja. Resah mula terpamer di wajah datuk. Dua tiga kali orang tua itu menarik dan melepaskan nafas. Nonong kelihatan masih bersahaja, buat tidak kisah semacam.
"Keadaan kamu bertambah kelam kabut bila mendapat tahu yang emak kamu meninggal dunia?" Datuk 'cuba'memancing agar Nonong memulakan kisah.
"Memang benar memanda," sahut Nonong pantas. Dari gerak geri dan gambaran di wajahnya membayangkan kesungguhan Nonong untuk bercerita.
Saya gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Nonong. Datuk juga barangkali sependapat dengan saya. "Kematian emak membuat saya seperti orang gila, berhari hari saya menangis. Emak tidak sakit apa-apa, mati cara mengejut. Lemah seluruh sendi badan bila menerima berita kematiannya, saya balik ke Medan dengan kapalterbang."
"Kamu ikut menghantar jenazah emak kamu ke tanah kubur?"
"Iya, memanda atas permintaan ayah, emak di tanam betul-betul atas sempadan antara kawasan tanah kubur dengan tanah milik orang perseorangan."
"Orang perseorangan itu tak marah?" datuk ajukan pertanyaan.
Nonong termenung sebentar, macam ada sesuatu yang bermain dalam tempurung kepalanya.
"Ayah minta izin dari orang tu,"jawap Nonong.
"Kenapa ayah kamu buat macam tu, kenapa tidak dikuburkan dalam kawasan tanah kubur."
"Itu permintaan emak saya, memanda."
"Pelik," keluh datuk lemah.
Perkataan yang diucapkan oleh datuk dapat didengar oleh Nonong. Tetapi, dia tidak menunjukkan sebarang reaksi. Wajahnya nampak selamba sahaja. Seterusnya, Nonong pula meluahkan apa yang ada di dalam kalbunya pada saya dan datuk . Kata Nonong kematian ibunya cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan.
"Kematian emak cara mendadak tanpa sebab sungguh mengejutkan kaum keluarga. Masing-masing tertanya-tanya puncanya dan setiap keluarga membuat andaian yang tersendiri, tidak terlepas dari anggapan yang emak jadi korban perbuatan orang yang sakit hati terhadapnya melalui ilmu hitam," kata Nonong.
"Kamu pula berpendapat macam mana dalam hal ini, Nonong," celah datuk sebaik sahaja Nonong berhenti bercerita. Nonong renung kearah dinding sambil mengosok-gosok hujung hidungnya dengan jari telunjuk.
"Saya memanda?" Nonong bertanya minta kepastian.
"Iya," angguk datuk tenang.
"Saya tak ada apa-apa. Ajal emak sudah tiba," jawap Nonong penuh yakin.
"Apa kata adik beradik kamu yang lain." Tidak pulak saya bertanya pada mereka tentang hal itu. Harun nampak macam biasa.
Tapi Khatijah Nonong tidak meneruskan, air mukanya berubah. "TERBUKU" Perubahan wajah Nonong bagaikan memberi gambaran ada sesuatu yang terbuku dalam batinnya. Dan datuk mahu memanfaatkan peluang itu dengan sebaik mungkin. Datuk tahu, kalau dia terlalai atau terlambat, Nanong akan mengalihan persoalan yang dibincangkan kepada persoalan lain.
"Maksud kamu Khatijah, adik kamu yang di Tanjung Pura."
"Iyalah memanda, Khatijah mana lagi," Nonong ketawa kecil.
Datuk senyum penuh yakin Nonong berada dalam keriangan. Agar suasana menjadi lebih rancak, datuk turut berjenaka. Saya dan Nonong ketawa kecil, tidak terasa berada dalam keadaan tertekan untuk menyelesaikan sesuatu masaalah yang dikira agak serius juga.
"Apa yang Khatijah katakan kepada kamu Nonong?"
"Haâ" Nonong seperti tersentak.
Mungkin dia tidak menduga datuk mahu menimbulkan tentang apa yang dikatakan oleh Khatijah kepadanya. Nonong seperti tidak tentu arah. Sekejap garu pangkal leher, sekejap garu cuping telinga.
"Apa katanya Nonong?" Dalam keadaan yang agak tertekan, datuk terus bertanya dan mendesak. Terbukti, Nonong sudah terjerat dan dia tidak boleh berdalih lagi.
"Cakaplah Nonong," kata datuk terus memujuk.
"Kata Khatijah yang kebetulan berada dekat emak pada malam kematian itu, ada sesuatu yang ganjil terjadi sebelum emak meninggal dunia," cukup hati-hati Nonong mengatur kata-kata.
Teruskan. Desak datuk lagi, dia tidak mahu kisah itu terhenti begitu saja. Bila kerap berhenti, mungkin keghairahan Nonong untuk bercerita menjadi tawar.
"Malam itu, sebelum nyawa terpisah dari badan, matanya terbeliak merenung kemana saja. Emak mengoyak-ngoyakkan baju dan kain yang dipakai, dia bertelanjang bulat lari ke setiap sudut ruang rumah," Nonong behenti bercerita, tunduk merenung lantai.
Perlahan-lahan dia menarik dan melepaskan nafas. Barangkali dia terfikir, menceritakan keburukan ibu pada saya dan datuk sama seperti menceritakan keburukan dirinya. "Khatijah tidak beritahu kamu, ketika itu ayah kamu berada di mana Nonong?" Nonong angkat kepala merenung wajah datuk yang menghamburkan pertanyaan.
Saya resah sendirian, mengaru pangkal leher yang tidak gatal. Di luar cuaca masih macam tadi. Kicau burung di halaman bagaikan bercampur baur dengan deru kenderaan.
"Masa kejadian itu, ayah ke masjid. Suami Khatijah dan Harun segera mendapatkan ayah. Sebaik sampai di rumah ayah dengan dibantu oleh suami Khatijah, Harun segera bertindak. Ayah menyelimutkan emak dengan kain gebar tiga warna yang diambil dari bawah katil." Lagi sekali Nonong berhenti bercerita. Dia memicit-micit kepalanya.
"Kenapa Nonong?" Tanya saya.
"Aku pening Tamar, aku terasa macam ada orang memukul pangkal leher aku dengan dahan jambu batu kering bercabang tiga.
"Bertenang Nonong." Datuk mengambil secawan kopi yang tersedia di situ.
Sebelum diserahkan pada Nonong , saya melihat datuk menyapu punggung cawan tiga kali dengan telapak tangan kiri. Bermula dari pangkal telapak tangan membawa ke hujung jari. Mulutnya bergerak. "Ada" sesuatu yang datuk tawarkan pada air kopi tersebut.
"TEGUK"
Seteguk air kopi dihirup, Nonong nampak aman. Tidak lagi memicit-micit kepalanya.
"Ada lagi yang mengganggu kamu Nonong?"
"Tak ada memanda." Nonong menyerahkan cawan kopi itu kembali kepada datuk.
Sebaik sahaja tangkai cawan terkena ibu jari datuk, punggung cawan terus bocor. Tembikar berselerakkan di lantai, air kopi tumpah hilang meresap dalam papan lantai.
"Biarkan di situ, nanti aku sendiri yang bersihkan." Datuk memberi amaran.
Saya tidak jadi memegang badan cawan yang tidak pecah dan mengumpulkan tembikar punggung cawan yang berserakan di lantai.
"Bila emak dibalut dengan selimut khas tiga warna, dia tidak menjerit tetapi nampak lemah. Ayah membawa emak masuk ke bilik khas, tempat dia selalu beramal. Emak tidak membantah malah dia membayangkan memang itulah yang dihajatinya."
"Dikunci?" Datuk renung batang hidung Nonong."
"Iya," angguk Nonong.
"Lepas tu, tak ada kejadian lain?" Tekan datuk."Menurut kata adik (Khatijah) setelah dikurung, emak memanggil-manggil nama saya serta nama orang lain yang dikenali oleh adik saya," ungkap Nonong sambil merenung lesu ke arah datuk dan saya.
Dari sinar matanya, dia memang mengharapkan sesuatu dari datuk. Penceritaan selanjutnya makin lancar dan rancak. Tidak tersangkut-sangkut seperti tadi. Nonong semakin yakin dengan keikhlasan hati datuk. Dia semakin berani dan bersemangat.
"Kematian emak sungguh pelik dan tidak wajar. Setelah dikurung semalaman, pagi-pagi esoknya, adik (Khatijah) membuka pintu bilik untuk melihat keadaan emak. Sebaik sahaja pintu dibuka, adik saya terkejut besar, emak terlentang kaku di lantai, sudah menjadi mayat. Tangannya terkedang macam mahu menjamah sesuatu." Nonong berhenti bercakap, sambil mengerut dahi.
Dia cuba mengingati sesuatu. Bila diingat muncul dalam benaknya, Nonong tersenyum dan terus menyambung kisah yang tersangkut.
"Mata emak terbeliak macam takutkan sesuatu atau terpandangkan benda yang mengerikan. Uban yang hampir, memenuhi kepalanya bertaburan atas lantai. Adik saya yakin, uban itu dicabut sendiri oleh emak," Nonong menelan air liur. Renungan matanya redup kearah halaman rumah yang berumput hijau.<PIXTEL_MMI_EBOOK_2005>19����������������������������������������������������������</PIXTEL_MMI_EBOOK_2005>
208. DARA DIMAKAN SUMPAH
SBDJ Siri 208 - Dara Dimakan Sumpah “SAYA……,” CETUS Nonong mendadak. Dan kata-kata tidak diteruskan. “Saya tak tahu apa isinya,” Harun Fadillah bagaikan menyambung ungkapan Nonong yang terhenti. Datuk menekan hujung dagu sebelah kiri dengan ibu jari tanngan kanan. Matanya, silih berganti menatap wajah Harun Fadillah. Datuk bagaikan tahu, dua beradik akan membongkar apa sahaja rahsia dalam rumah secara terperinci. Cuma apa yang diperlukan ialah sedikit kesabaran. “Arwah emak, marah kalau ada diantara kami bertanya tentang bilik yang berkunci,” nada suara Harun Fadillah lemah, ekor matanya menjeling ke arah Nonong.
Tiada sebarang riaksi yang diperlihatkan oleh si Nonong. “Melintas di depan bilik yang berkunci juga dilarang,” tambah Harun Fadillah. “Kamu bagaimana Nonong?” Dauk menghalakan pertanyaan ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Perlahan-lahan Nonong angkat kepala, Sinar matahari nampak berkaca merenung ke arah datuk. “Emak ada membawa saya masuk ke bilik itu, secara rahsia.” “Haaa…… ,” Harun Fadillah bagaikan terkejut mendengar pengakuan Nonong. Buat beberapa ketika, datuk menarik nafas dalam-dalam. Suasana terasa sepi. Semuanya membatu melayani perasaan masing-masing. “Ada apa di dalamnya, Nonong?” Tanya datuk. Matanya tidak berkedip merenung muka Nonong. “ Ada lilin besar,” “Besar mana Nonong?” “Sebesar peha budak empat belas tahun,” “Tingginga?” Datang lagi pertanyaan dari datuk. “Kira-kira dua kaki,” jawap Nonong tegas. “Selain dari itu apa yang kamu lihat?” Nonong termenung, macam ada sesuatu yang cuba diingatinya.
Harun Fadillah merenung ke arah saya. Dengan senang hati saya menghadiahkan senyuman buatnya. Dibalasnya dengan senyum tawar. “Ada tungkul kayu berbentuk monyet dan bertangan manusia. Di tepi bilik, ada talam tembaga besar, yang ditengah-tengahnya ada benda, berbalut kain tiga warna. Emak mesti membaca serapi-jampi sebelum menyentuh kain pembalutnya.” “Apa warnanya Nonong?” Datuk terus mendesak. “Hitam, putih dan kuning.” “Macam warna bendera Negeri Perak,” celah datuk. Nonong diam. Tidak memberi sebarang komentar. BOSAN Suasana di ruang makan kembali membeku. Saya memang berazam mahu mengikuti kisah selanjutnya hingga akhir. Kecuali datuk menyuruh saya keluar. Semoga perkara itu tidak akan dilakukan oleh datuk. Itu doa dan harapan dari hati kecil saya.
Bila bosan dengan suasana sekitar, saya halakan pandangan ke halaman rumah dan permukaan jalanraya. Rasa jemu dan bosan segera terusir. “Masa bila emak kamu bawa kamu ke dalm bilik rahsia tu, Nonong?’. Pertanyaan datuk itu membuat saya berpaling ke arahnya. Macam tadi juag, wajah datuk agak serius. “Biasanya waktu tengah malam.” “Tengah malam tu, agaknya pukul berapa, Nonong?” Tekanan suara datuk bagaikan memujuk . Muka Nonong nampak serius sedikit. Hanya Fadillah menarik nafas lega. Senang hati melihat kerjasama yang diberikan oleh Nonong kepada datuk. “Kira-kira pukul dua belas tengah malam, emak berada dalam bilik ada masanya sampai pukul dua pagi. Kalau musim bulan naik, makin kerap emak masuk, terutama masa bulan mengambang, “ Nonong mula membuka cerita, pasti menarik dan mendebarkan. Seluruh perhatian dan pendengaran ditumpukan kearah Nonong. “Apa yang dibuatnya kepada kamu, semasa berada di dalam bilik?” Susul datuk lagi. “Emak bakar kemenyan, asapnya diusap ke tubuh saya. Barang yang berbungkus dengan kain tiga warna juga di usap dengan kemenyan .
Lepas itu emak suruh saya keluar. Dan juga mengingatkan supaya jangan menceritakan pada sesiapa pun apa yang saya alami semasa di dalam bilik.” “Semasa kamu keluar, emak kamu ikut keluar sama Nonong?” Tiada jawapan dari Nonong, dia gelengkan kepala perlahan-lahan. Datuk tanpa putus asa, mengulangi pertanyaan yang sama kepada Nonong. SUBUH “Emak memang tak ikut keluar, dia berada di situ hingga masuk waktu subuh. Apa yang dibuatnya, saya sendiri tidak tahu. Ayah tahu semua tentang perkara ini, peliknya ayah tidak pula melarangnya. Entah mengapa, ayah patuh dan percaya dengan cakap emak,” Nonong mengakhiri cakapnya dengan wajah yang merah padam. Mungkin dia merasa malu. Buktinya, Nonong tidak mahu merenung ke arah saya. Harun fadilla tetap tenang. Barangkali pada hematnya, penjelasan terus terang dari Nonong akan dapat mengatasi masaalah yang membelengu diri Nonong.
Datuk segera bangun, berjalan dari sudut ke sudut ruang makan. Harun Fadilla dan Nonong masih berada di tempat tadi. Mereka nampak seperti mengalamun. Entah apa yang berputar dalam kotak otak mereka, tiada siapa yang tahu. Mereka tidak bercakap, malah renungan mata juga berbeza, tidak satu arah. Datuk duduk kembali di tempatnya. “Terima kasih Nonong,” suara datuk merendah, “ keterangan kamu memudahkan saya memilih cara atau jalan menyelesaikan masaalah diri kamu. Berusaha dan berfikir memang tidak salah dari siri agama. Allah yang menentukan sama ada berjaya atau sebaliknya,” sambung datuk dengan tenang. “Lagi apa yang patut kami bantu, memanda,” tanya Harun Fadillah sambil berdiri wajahnya membayangkan sebuah keyakinan, bahawa usaha datuk akan berakhir dengan sebuah kejayaan yang besar ertinya dalam kehidupan keluarganya.
Begitulah tanggapan Harun Fadillah tetapi, tidak demikian dengan datuk. Pertanyaan yang diajukan memaksa datuk mengkerutkan kening sambil menarik dan melepaskan nafas berkali kali. Seolah-olah membayangkan dia terpaksa menghadapi masaalah yang sukar diselesaikan. “Begini Harun,” telapak kanan tangan datuk terkandas disayap bahu kiri Harun Fadillah. “Apa dia memanda?” Pintas Harun Fadilla secepat kilat. Datuk tersentak, memang tidak diduganya secepat itu Harun Fadillah, memintas cakapnya. Datuk lahirkan rasa kurang senang dengan melagakan gigi atas dan bawah berkali-kali. Sepatutnya, Harun Fadillah memberi laluan kepada datuk untuk menyelesaikan cakapnya dulu. “Maafkan saya memanda,” kata Harun Fadilla setelah menyedari kesilapannya. “Tak apa Harun.” Balas datuk, “ perkara yang mahu aku tanyakan kepada kakak kamu ini agak peribadi, boleh memalukan dirinya. Jadi aku minta kamu tinggalkan dia bersama aku dan Tamar di sini,” sambung datuk. “Tak jadi masalah, silakan memanda,” Harun Fadilla segera bangun dan kemudian melangkah tenang, meninggalkan ruang makan.
Sepasang anak mata Nonong menyorot langkah adiknya. SUDUT Datuk berdiri kembali. Macam tadi juga, dia bergerak dari sudut ke sudut. Akhirnya melabuhkan punggung di tempatnya kembali. Nonong nampak tenang untuk menghadapi situasi selanjutnya diruang makan. “Tamar,” Anak mata saya terpaku ke wajah datuk. Ada rasa gementar dalam hati. “Ada apa tuk?” “Apa yang kamu dengar ini jangan dihebahkan pada sesiapa pun. Kamu mesti ingat, membuka aib sesaorang kepada orang lain, dilarang oleh agama. Kalau kamu buat kamu dapat dosa.” “Saya faham, tidak saya hebahkan hal kak Nonong, samada yang baik atau yang buruk kepada sesiapapun. Walau pun pada adik beradiiknya,” dengan tenang saya lafazkan sebuah ikrar di depan datuk. Ternyata, datuk senang dan gembira dengan ikrar tersebut. Saya toleh ke arah Nonong yang tunduk merenung lantai. Wajahnya nampak cerah. Tadi, semasa datuk menyuruh adiknya keluar dan mengizinkan saya berada di ruang makan, wajahnya nampak tidak ceria. Tetapi setelah datuk mengingatkan saya agar “jangan banyak mulut” dan saya pula berjanji tidak akan melakukan perbuatan demikian, Nonong nampak gembira. “Nonong.” Nonong pun angkat kepala. Sepasang anak mata hitam datuk bagaikan berada dalam kolam mata Nonong. “Ada apa memanda?” terungkap pertanyaan dari Nonong. “Berikan kerjasama sebaik mungkin pada aku Nonong.” Nonong anggukkan kepala.
Dengan tenang datuk memeluk tubuknya sambil menarik nafas dalam-dalam untuk beberapa saat. Sebelum nafas dilepaskan , datuk luruskan kaki kirinnya. Bila kaki kiri berada kembali kepada kedudkan asal, barulah datuk memindahkan sorotan matanya ke dinding. “Nonong,” datuk memulakan kata, “ pernahkah sesaorang berkata kepada kamu begini, kau cantik, sayangnya ada sesuatu pada diri kamu yang menyebabkan orang lelaki menjauhkan diri dari kamu, mereka macam benci.” “Hummmmmmmm……” Nonong tidak meneruskan ungkapan. Dia termenung sebentar, macam ada sesuatu yang diingatinya, “ada memanda,” sambungnya lemah. “Siapa yang bercakap tu Nonong?” “Seorang perempuan tua. Dia tu bidan kampung yang sekali gus jadi bomoh. Saya tak tahu sekarang ni , dia masih ada atau sudah mati. Kenapa memanda?.” “Tak ada apa-apa, cuma apa yang dikatakan oleh orang itu hampir sama dengan apa yang terlintas dalam kepala aku,” ucap datuk bersahaja.
Nonong nampak tergamam, saya pula terkejut. Sesungguhnya, beruntung dan bertuah wanita yang dianugerahkan oleh Allah dengan kecantikan. Tetapi malangnya manusia adalah makhluk lemah, selalu mensia-siakan pemberian tersebut,” gegendang telinga saya masih dapat menangkap suara keluhan datuk dalam nada yang amat perlahan. Dia masih juga merenung ke arah Nonong, tanpa berkedip. RESAH Entah mengapa secara tiba-tiba saya rasa resah tidak menentu. Badan terasa panas semacam, padahal cuaca di luar tidaklah panas sangat. Tanpa mahu memberitahu datuk, saya bangun dan lantas melangkah kemuka pintu lalu berdiri di situ. Membiarka sekawan angin merempuh sekujur tubuh. Mendongak langit kota Medan yang terang di bawah matahari petang dan sinar matahari yang redup itu jatuh di atas setiap bumbung bangunan, tidak terkecuali bumbung Istana Maimun dan Masjid Raya. Sesungguhnya sebuah kepuasan yang tiada taranya menyelinap ke dalam kalbu. Kepuasan itu, tidak dapat dipertahankan dalam jangka waktu yang agak panjang. Musnah diganggu batuk keras yang disengajakan oleh datuk. Saya faham, batuk itu adalah batuk protes dari datuk untuk saya. Lebih tepat, batuk kemarahan atas kebiadapan saya yang tidak memnita izinnya, ketika bangun tadi.
Tanpa banyak ragam dan karenah saya kembali masuk ke ruang makan dan duduk di tempat asal. Kemarahan datuk masih belum reda, ekor matanya merenung tajam ke arah saya. Tidak berani, saya menyanggah renungannya, melainkan tunduk macam orang bodoh. “Nonong, cerita dengan jujur, jangan sembunyi-sembunyi, jangan tipu dan ditokok tambah, walaupun perkara yang dicakapkan ini membuka pekung sendiri dan keluarga, mendatangkan aib. Cuma dengan cara ini saja memanda boleh berusaha menolong kamu, boleh menunaikan permintaan arwah ayah kamu. Kamu bersedia atau tidak. Cakap dengan jujur dan ikhlas,” suara datuk bergetar. Badanya ditegakkan sambil mendada. “Bersedia memanda,” sahut Nonong tangkas. “Kalau begitu, kamu ceritakan pengalaman danperasaan yang kamu alami, semasa umur hampir tiga puluh tahun, jangan segan,” pujuk datuk penuh diplomasi. Buat beberapa detik, Nonong nampak resah. Mukanya membayangkan rasa kurang senang. Sebentar menoleh ke kiri, sebentar menoleh ke kanan. Dalam saat-saat tertentu dia mengigit bibir dan mengaru-garu leher jenjangnya. Semua yang dibuat , serba tidak kena. Pelik sekali, dalam keadaan Nonong resah begitu, saya jadi ghairah terhadapnya. Timbul rasa berahi terutama bila mengaru-garu lehernya.
Cepat-cepat saya mengucap dan beristighfar berkali-kali. Kerasahan, kebimbangan yang dialami oleh Nonong berakhir juga. Dia tersenyum kerana berjaya mengatasi gelodak hatinya. Dengan rasa penuh tanggung jawap untuk membebaskan diri dari bayangan belengu ghaib, Nonong pun mengungkapkannya dengan rasa rendah hati kepada datuk. Nonong mengakui, semasa berusia awal tiga puluhan dia mengalami tekanan perasaan yang cukup hebat,. Sering timbul pertanyaan dalam diri , kenapa tidak ada seorang pemuda yang ingin mendekati dirinya. Kawan-kawan persekolahan dan sepermainan, hampir semuanya sudah menikah. Malah ada yang sudah mempunyai anak. Dalam usia begitu, Nonong ingin menikmati suasana bercinta, bermesra serta berdampingan dengan lelaki idaman yang berakhir dengan ikatan suami-isteri. Bila di depan cermin, dia segera mencari kekurangan dan kelebihan dirinya. Jauh di sudut hatinya, dia tetap mengatakan yang dirinya terjumlah dalam kategori gadis cantik dan menarik. Berkulit putih kemerah-merahan .
Berhidung mancung dengan sepasang anak mata hitam yang bulat bersinar. Enungannya mampu menundukkan hati setiap lelaki. Dengan raut muka bujur sirih bersama sepasang bibir nipis dengan tingginya hampir lima kaki, mpat inci, Nonong memang menarik dan mempersonakan. Siti Hidayah yang tingginya lima kaki sahaja sudah bersuami dan mempunyai dua orang anak. Nonong tahu, dimana dia berada, orang tetap memuji dirinya, cantik dan anggun. Semasa berkunjung di rumah Siti Hidayah yang baru seminggu melahirkan anak kedua, secara kebetulan dia menemui dengan yang mengurut Siti Hidayah. Kali pertama melihat wajahnya, bidan kampung itu tersenyum serta mengkagumi kecantikan yang dimiliki Nonong. Sebagai seorang gadis tentu dia merasa megah, bila terpuji begitu. BIDAN Kemegahan dan kegembiraan itu tidak dapat bertahan lama dihatinya bila bila bidan kampung itu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Pada mulanya, Nonong tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh bidan kampung tersebut. Tetapi, setelah Siti Hidayah campur tangan, sedikit kepercayaan mula berputik dalam hatinya. Secara jujur dan ikhlas, Siti Hidayah memberitahu Nonong, dia mendapat suami adalah berkat jasa dan usaha bidan kampung tersebut.
Siti Hidayah menyarankan supaya Nonong mengikuti jejak langkahnya . Mandi bunga tujuh warna setiap malam. Bedak tubuh dengan bermacam jenis ramuan. Mandi tujuh kolah masjid, satu tugas berat untuk dilaksanakan oleh Nonong. Memang, sejak zaman sekolah lagi, Nonong tidak berminat dalam perkara-perkara yang ada unsur tahyul. Setelah didesak berkali-kali hati Nonong jadi lembut dan bersedia mematuhi saranan dianjurkan oleh Siti Hidayah. Dia pun buat temu janji mengunjungi rumah bidan yang letaknya agak jauh di hujung kampung, terasing dari rumah para penduduk lain. Dalam pertemuan awal, bidankan kampung mengenakan beberapa syarat yang cukup ketat serta pengeras yang cukup tinggi. Jika syarat-syarat itu dipatuhi, bidan kampung yang kaya dengan pengalaman, memberi jaminan dalam waktu terdekat Nonong akan menemui jodoh. Terpaku dengan harapan dan jaminan yang dikatakan itu. Pantang larang tidak dilanggar, segala syarat akan dipatuhi. Setahun Nonong menanti penuh sabar, harapannya tidak menjadi kenyataan. Tidak ada lelaki mendekati atau masuk meminang. Usia Nonong terus bertambah. Bagi menghilangkan kerunsingan yang membelengu fikiran dan batinnya, Nonong cuba bergerak dalam badan-badan sosial dengan harapan akan bertemu jodoh.
Bila usianya masuk angka tiga puluh dua tahun, Nonong mengalami goncangan batin yang amay hebat. Dia melihat adiknya mendirikan rumah tangga dengan pemuda kacak ang satu ketika dulu pernah cuba mendekatinya. Goncangan batin itu menimbulkan bermacam-macam reaksi dalam kalbu Nonong. Ada ketikanya dia merasa benci dan marah dengan keadaan sekitarnya. Di waktu yang lain, dia merasa hampa dan putus asa yang amat sangat. Nonong menangis dan mengurung diri dalam bilik. Sebagai anak sulung perempuan, dia lebih dekat dengan ibunya. Tidak hairanlah bila semua masalah yang bersarang dalam dadanya ditumpahkan kepada ibunya. Dan ibunya mendamaikan gelora batinnya dengan ungkapan, “Belum ada jodoh lagi. Rajin-rajinlah berdoa pada Tuhan. Semuga kamu dipertemukan oleh Tuhan dengan lelaki yang baik dan berhati mulia.” 20����������������������������������������������������������
Subscribe to:
Posts (Atom)