Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

251: REBAH DI PINTU SURAU

SBDJ SIRI 251 REBAH DI PINTU SURAU

Saya perhatikan keadaan sekitar. Terasa agak sepi sekali, sekali sekala terdengar suara nyanyian reriang mendakap pohon langsat yang di tingkah suara kicau murai,

Matahari terus menyimbah sinarnya kesetiap dedaun, reranting dan permukaan bumi yang terhampar. Dan di bawah kepak matahari yang kian keras itu, serentak datuk dan Pak Habib menarik nafas panjang.

Kemudian mereka saling berpandangan.

“Kerana kejadian ini dalam kawasan saya, biar saya selesaikan, kalau tak langsai barulah sahabat datang membantu.”

“Kalau itu yang dihajati, silakan,” datuk bersuara sambil senyum.

“Saya pergi,” kata Pak Habib.

“Saya doakan berjaya,” sahut datuk.

Dengan tenang dan bersahaja, Pak Habib memulakan langkah menuju ke pintu surau yang tertutup rapat. Dengan tidak semena-mena, Pak Habib berpatah balik mendapatkan datuk. Hati saya segera berdebar.

“Kenapa?”

Terhambur pertanyaan dari dari kelopak bibir datuk.

“Hati terasa berdebar semacam.”

“Tak mengapa, teruskan. Saya ada.”

Datuk menyimbah semangat untuk Pak Habib dan Pak Habib berpatah balik menuju kearah pintu surau yang tertutup rapat.

Memang beralasan, Pak Habib merasai kurang enak atau terasa ada sesuatu yang ganjil. Biasanya pintu surau terbuka bagi sesiapa yang datang untuk membaca al-Quran atau membaca kitab. Melakukan apa saja kegiatan yang ada hubung kaitnya dengan agama.

Buat beberapa ketika, Pak Habib berdiri kaku di depan pintu surau. Sebahagian daripada bangunan surau itu dibina dari simen. Manakala sebahagian lagi dari papan. Pak Habib keberatan untuk mengetuk daun pintu surau. Malah dia tidak terfikir langsung untuk memberikan salam. Fikirannya bercelaru sekali pada saat itu. Sungguh mengejutkan, secara sepontan Pak Habib memusingkan badan, menghadapkan wajahnya ke arah kami sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan itu bukan untuk datuk, tidak juga untuk saya. Lambaian tangan itu, milik anak saudaranya, Tajuddin yang berdiri dibelakang datuk.

“Dia panggil kamu, pergi cepat.” Tutur datuk.

Tanpa banyak soal, berlari anak Tajuddin menuju ke arah Pak Habib dan terus berdiri disisi pamannya. Tiada arahan yang dikeluarkan oleh Pak Habib untuk Tajuddin. Dia membiarkan dulu, anak saudaranya memperoleh ketenangan dan keyakinan diri.

“Kamu beri salam.”

Itu arahan Pak Habib untukTajuddin yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya dan datuk. Tanpa berlengah walau sedetik pun Tajuddin terus memberi salam dengan nada suara yang cukup lantang sekali. Tiada jawapan yang diterima. Salam segera diulangi untuk kali kedua dan ketiga. Hasilnya tetap sama.

Datuk kelihatan resah sekali . Dalam saat begini, dia merasakan tidak wajar berada jauh dari Pak Habib.

“Mari Tamar.”

Bahu kanan saya segera dicuit dan kaki segera melangkah mengikut datuk menuju ke arah Pak Habib dan Tajuddin yang masih tidak bergerak di depan pintu surau.

“Ada masalah besar ?” Datuk ajukan pertanyaan.

Pak Habib membisu, Tajuddin mengigit bibir. Macam ada sesuatu yang difikirkan oleh Pak Habib dan Tajuddin. Datuk pun segera mengulangi pertanyaan yang sama.

“Sudah diberi salam tiga kali berturut-turut, tak ada jawapan. Peliknya pintu pula dikunci dari dalam,” terdengar suara Pak Habib seperti merungut. Saya hanya mengigit bibir. Turut merasa bimbang denga situasi yang dihadapi.

“Agaknya tak ada orang di dalam,” komen datuk bersahaja.

“Tak munkin tak ada orang di dalam, saya tengok sendiri dia masuk ke dalam masjid, selepas dia mengejar Kamarul dengan parang panjang . Agaknya dia dah bunuh diri,” tekanan nada suara Tajuddin keras sekali.

Semua berada di situ saling berpandangan, Kepala masing-masing terus digayuti dengan seribu persoalan.

Matahari terus bersinar garang. Kicau murai sudah lama berhenti, begitu juga dengan nyanyian reriang. Nasib baik kehadiran dan kegemparan yang dibuat oleh lelaki berambut panjang tidak tersebar merata-rata, sekadar berlegar-legar di kawasan rumah dekat surau sahaja. Dan jumlah orang yang mengetahuinya juga agak terhad.

“Biar saya uruskan,”

Datuk segera melangkah mendekati pintu surau yang bertaut rapat. Salam yang diberi tidak mendapat jawapan. Langkah kedua yang dilaksanakan oleh datuk ialah menolak daun pintu dengan ibu jari kiri. Tiga kali tolak, daun pintu tidak berkuak.

“Dikunci dari dalam,” terhambur kata dari datuk.

Pak Habib anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk. Saya sudah mula bosan berdiri di muka pintu surau yang bertutup. Panas pagi yang kian menyengat membuat badan berpeluh dan terasa bergetah.

Tajuddin yang saya duga menghadapi rasa bosan seperti saya kelihatan menarik nafas dan menguap panjang. Kelopak matanya mula berair.

Dalam keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, terdengar bunyi sesuatu di dalam surau, Saya dan Tajuddin berpandangan. Pak Habib memberi isyarat supaya kami menumpukan perhatian terhadap bunyi tersebut.

Setelah diamat-amati, saya berpendapat dan yakin bahawa bunyi itu adalah bunyi telapak kaki sesaorang sedang berjalan dalam surau. Saya harap pendapat saya itu tidak jauh berbeza dengan pendapat Pak Habib, datuk dan Tajuddin. Tidak lama berselang suara orang bercakap dalam loghat bahasa yang sukar difahami.


TINGGI

Cuaca panas yang kian meninggi menundang bintik-bintik peluh di hujung hidung. Suara dari dalam surau bertambah kuat. Kepala terasa sakit mendengar kata-kata yang diluahkan.

“Orang itu membaca mentera bercampur dengan bahasa Arab, Melayu dan Jawa Kuno,” cetus Pak Habib.

Datuk tidak memberikan sebarang komentar. Cuma kelopak matanya kelihatan mengecil sementara gigi atas dengan gigi bawah tearus bergeseran yang menghaslkan bunyi seperti batru kerikil berlaga sama sendiri. Tajuddin tunduk merenung tanah. Berusaha mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.

“Sahabat fikirlah sendiri, baik buat sahabat baiklah buat saya,” Pak Habib meletakkan keputusan di tangan datuk.

“Baiklah, kalau itu hajatnya,” pendek datuk menjawab.

Pak Habib dan Tajuddin segera membaeri laluan pada datuk. Satu beban besar yang harus dipikul dan diselesaikan oleh datuk. Kalau terlajak langkah buruk padahnya.

Datuk berdiri tenang dipintu. Macam tadi juga datuk terus menghambur salm sebanyak tiga kali, bersama ketukan di pntu bertubi-tubi. Datuk tidak menerima sebarang reaksi dari dalam surau.

Perlahan-lahan datuk toleh ke arah Pak Habib sambil anggukkan kepala. Dengan pantas Pak Habib membalas anggukkan datuk itu dengan mengangkat tangan kanan separas dada. Ertinya, Pak Habib merestui dengan apa juga keputusan yang bakal diambil oleh datuk.

Tindakan selanjutnya sungguh melucukan, datuk bertindak macam kanak-kanak main tepuk-tepuk pohon. Datuk pula melekapkan telapak tangan kirinya ke atas daun pintu sebelah kanan. Beberapa detik berikutnya daun pintu sebelah kiri terkopak sendiri.

Seorang lelaki, berusia awal tiga puluhan, nerambut panjang berdiri di muka pintu surau dengan sebilah parang panjang di tangan. Hujung parang menikam lantai surau.

“Eh...” kata datuk.

“Eehhh...” jawab lelaki berambut panjang.

Sekujur tubuh datuk ditatap atas bawah. Dia tersengih panjang. Sepasang bibirnya dijuihkan kedepan, macam muncung ikan gelama kehabisan udara. Lelaki itu memperlecehkan datuk.

“Dummmmm......” Satu kejutan, lelaki itu menghempaskan daun pintu sekuatnya. Tubuhnya hilang di balik pintu surau. Lelaki itu mengulangi ungkapan bahasa yang pelik di dalam surau. Kami bertiga menarik nafas panjang. Kekecewaan terbayang di muka Pak Habib.

“Kurang ajar,” Tajuddin melempiaskan kemarahan.

“Sabar,” Pak Habib menenangkan perasaan anak saudaranya.

Datuk pun mengeluarkan arahan, minta kami bertenang. Jangan bertindak terburu-buru. Berkeras kalau lelaki itu bertindak luar batas kemanusiaan. Dalam saat beringat dan berjaga-jaga itu, daun pintu surau bergerak perlahan-lahan.

“Shhhhhh.....” datuk mendekatkan hujung jari telunjuk kebibir , kemudian jari telunjuk dihalakan ke arah daun pintu yang bergerak amat peralahan sekali. Andainya tidak diperhatikan dengan teliti, tidak ada sesiapa yang menyangka daun itu bergerak.

“Lihat....” Bisik datuk.

Serentak kami mengangguk.

“Paaannngggg....” daun pintu terhempas ke jenang. Lelaki berambut panjang berdiri di depan kami, keadaannya sudah jauh berbeza dari tadi. Kalau tadi dia mengenakan pakaian hulubalang, kini keadaan menjadi sebaliknya. Tengkolok ditukar dengan kopiah putih, berlilit kain serban.

Seluar dan baju hulubalang perang, digantikan dengan seluar dan baju labuh, macam pakaian orang Afghanistan lalu dibalut dengan jubah hitam. Ada mata rantai tasbih tersangkut dihujung jari. Wajahnya agak ceria dan memperlihatkan sikap persahabatan. Langkah teratur penuh kesopanan. Pendek kata, wajah amat jauh berbeza dari watak sebelumnya.

“Lakonannya sungguh hebat,” bisik hati saya.

“Cepatnya berubah,” bisik Tajuddin pada saya.

“Diam jangan banyak cakap, tengok dan lihat apa yang mahu dibuatnya.”

Kata-kata itu datuk arahkan untuk Tajuddin dan saya yang suka memberi komen. Ada kalanya, komen yang dikeluarkan tidak kena pada tempat dan waktunya.

“Kamu bertiga datang nak jumpa aku, mahu belajar dari aku. Memang bagus kalau itu hajat hati kamu semua. Aku tengok banyak perkara tidak betul jadi amalan disini.”

Tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara dengan wajah yang serius. Hujung jubahnya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Tasbih dihujung jari, turun naik mengikut ferak jarinya.

“Banyak membuat amalan yang tidak betul,” tambahnya.

Muka datuk dan Pak Habib direnung agak lama. Anak matanya bergerak menalanjangi wajah Tajuddin.

“Kamu orang baik kerana membenarkan akududuk disini, tetapi amalan kamu jadi rosak kerana bersubahat dengan orang yang melakukan perbuatan salah,” lelaki itu berhenti bercakap. Anak matanya masih terdampar kewjah Tajuddin.

Datk dan Pak Habib terus membatu, tidak mahu campur dalam urusan tersebut. Tajuddin merasi dirinya kesaorangan. Saya pula tidak mahu menentang biji mata lelaki itu yang say akira ada kuasa untuk melemahkan semangat sesaorang.

“Maafkan aku kerana menghalau orangdengan parang, kamu mahu tahu sebabnya; lelaki itu menyoal Tajuddin. Kerana terdesak dan tidak tahu berbuat apa-apa, Tajuddin terus anggukkan kepala.

“Sebabnya, dia sembahyang lepas waktu subuh, lepas subuh tak ada sembahyang lagi,” kata lelaki itu riang. Cara dia memberi penjelasan kelihatan bergaya sekali. Macam seorang guru agama menerangkan sesuatu pada anak muridnya.

Datk dan Pak Habib terkejut. Dan mula dapat mengesan sesuatu yang kurang dalam diri lelai tersebut.

Tajuddin yang tadi merasa cemas dan tidak tentu arah, bagaikan mendapat semangat baru mendengar perkataan “SESAT”. Tajuddin mengambil keputusan untuk memberkan penjelasan sebenara tentang sembahyang duhar yang mahu dilakukan oleh Kamarul yang diburunya tadi.

MULUT

Ketika Tajuddin mahu membuka mulut, Pak Habib bertindak pantas menahan Tajuddin bercakap. Biarkan dia bercakap, dari situ dapat kita sukat ilmu yang ada dalam dadanya, Dapat kita nilai dirinya dari golongan mana. Itulah yang dibisikkan oleh Pak Habib ke telinga anak saudaranya. Nasihat itu diterima oleh Tajuddin.

BERDIRI

Sudah hampir setengah jam berdiri di pintu surau. Masalah yang kusut masih belum dapat diluruskan. Asal usul lelaki berambut panjang masih belum dapat dikesan. Tujuan dan matlamatnya tumpang berteduh disurau masih belum diketahui. Dalam situasi tanpa hujung membuat perasaan saya jadi resah semacam.

Matahari kian meninggi, bahang panas terasa mengigit setiap inci kulit. Bintik-bintik peluh terus membesar dan kembang lalu mengalir dicerun-cerun pipi. Tiada lagi kicau murai, diganti dengan burung helang sewah terbang rendah bersama suara yang nyaring mengintai anak ayam turun sepuluh bermain di jemuran padi.

“Panas, “rungut saya sendirian.

Serentak dengan itu, lelaki berambut panjang mengubah kedudukan dirinya. Dari berdiri terus duduk bersila di depan pintu surau.

Melihat empat lelaki yang berada di depannya, tidak memberikan sebarang komentar atau menyanggah pendapatnya, dia menduga apa yang diluahkannya dapat diterima oleh Pak Habib dan datuk. Saya dan Tajuddin tidak terkecuali.

“Dunia sudah cukup tua, sudah berjuta tahun tak lama lagi dunia kiamat, sebelum kiamat, sebelum Imam Mahadi datang marilah kita bertaubat, kita pergi ke tempat yang jauh dan sunyi untuk melakukan amal ibadat, di sana tak sembahyang,” lelaki itu memulakan ceramah. Datuk resah sekali.

“Aku nak ajak kamu ikut aku ketempat tersebut, tak payah amalkan rukun Islam yang lima, cukup hanya menyebut Allah saja,” tambahnya sambil merenung ke arah Pak Habib dan datuk yang kelihatan macam orang bodoh.

“Gila,” jerit Tajuddin.

Lelaki berambut panjang terus bingkas bangun, mencapai parang panjang disisinya, bagaikan helang menyambar anak ayam di tepi jemuran dia melompat ke arah Tajuddin dengan parang terhunus di tangan. Keadaan menjadi kelam kabut sekali. Saya segera lari ke bahagian tepi surau ntuk menyelamatkan diri. Rupa-rupanya , Tajuddin berlindung di tempat yang sama.

“Berhenti,”

Suara datuk yang bergema itu membuat lelaki berambut panjang berhenti memburu Tajuddin. Dia mengubah haluan menerpa ke arah datuk. Saat dia menghayunkan parang panjang kebahagian leher datuk, Pak Habib datang dari sebelah kanan.

Dengan satu jentikan dari Pak Habib di pangkal cuping telinga kanan lelaki berambut panjang, seluruh tubuhnya menjadi lemah. Parang ditangan terlepas dan lelaki berambut panjang rebah terkapar dihalaman surau.

0 comments:

Post a Comment