Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

243: TEPUK BUMI PETAKA TIBA

SBDJ SIRI 243 TEPUK BUMI PETAKA TIBA

Secara lembut ( sebenarnya memaksa) datuk menyuruh lelaki berdarah dahi duduk di tengah-tengah, antara datuk dan Pak Habib. Kemudian secara penuh diplomasi disuruh menjerit dengan sekuat hati, mendesak agar kedua-dua kawan-nya berhenti dari bertarung.
Ternyata kali ini, agak sukar mengubah pendiriannya. Dia masih seperti tadi, mahu kedua-dua kawannya itu bertarung hingga salah seorang daripada mereka menemui maut. Sudah tentu cara itu tidak diperkenankan oleh datuk dan Pak Habib.
Hasrat lelaki berdarah dahi itu harus dihalang. Ertinya. datuk dan Pak Habib mesti bertindak. Kalau tidak melakukan sesuatu yang berkesan, datuk dan Pak Habib tetap meniadi mangsa permainan lelaki berdarah dahi itu. Walau apa pun kerenah yang dipersembahkan oleh lelaki berdarah dahi itu, datuk dan Pak Habib tetap sabar melayani nya
Saya yang berada jauh adakalanya naik darah dengan tingkah laku berdarah dahi. Tetapi, apakan daya,saya tidak boleh masuk campur. Mesti sabar menanti hingga satu keputusan muktamad yang bijak akan dilakukan oleh Pak Habin dan datuk.
Angin malam yang bertiup agak keras membuat saya terasa dingin. Api yang memamah motorsikal terus menyala dan bergerak ke arah kiri dan kanan mengikut tiupan angin.
"Biarkan mereka berlawan sampai mati."
LETUPAN
DATUK dan Pak Habib saling berpandangan. Suara lelaki berdarah dahi kali ini, sungguh luar biasa lantangnya. Saya dan pemandu yang berada jauh dari mereka. turut merasa bimbang. Terdengar letupan kecil dari tempat motor terbakar. Segumpal bunga api terbang ke uaara.
"Biarkan mereka mati," ulang leiaki berdarah dahi.
Dia ketawa sekuat hati macam orang mabuk dan mula bertindak agak agresif sedikit. Dua lelaki yang bertarung pada pusingan kedua ini, tidak serancak tadi. Masing-masing memperlihatkan tanda-tanda keletihan. Dan ini membuat lelaki berdarah dahi itu bertambah garang dan bersemangat.
"Biarkan-biarkan mereka jatuh mati."
Dla mula bertepuk tangan dan menari-nari, seolah-olah dalam beberapa saat lagl dia akan merayakan sebuah kemenangan besar. Dan situasi yang tidak menggembirakan ini membuat datuk resah semacam.
"Biarkan mereka tersungkur, dua-duanya pengkhianat pada kawan sendiri. Mungkir janji," lelaki berdarah dahi julang sepasang langannya keatas. Pak Habib menarik nafas dalam-dalam. Dia juga berada dalam suasuna yang meresahkan
Mungkin datuk sudah hilang sabar dengan karenah lelaki berdarah dahi yang agak keterlaluan. Inilah yang memaksa datuk bertindak agresif di luar dari kebiasaannya.
KETAWA
DI saat lelaki berdarah dahi ketawa gamat. datuk terus menekup mulut lelaki itu dengan telapak tangannya yang kasar dan lebar. Buat beberapa ketika lelaki berdarah dahi tergamam. Beberapa saat berikutnya dia mula bertindak dan menggigit telapak tangan datuk. Berkerut muka datuk menahan kesakllan.
Sebelum gigitan menjadi lebih parah, datuk segera memulas leher lelaki berdarah dahi dan terus diapit kecelah ketiak. Seluruh badan lelaki berdarah dahi bergoyang dan bergerak macam ikan keli menyondol selut.
Kian kuat lelaki berdarah dahi menggerakkan badan untuk melepaskan diri, makin kuat kepalanya diapit dan ditekan ke celah ketiak. Datuk pun mengheret lelaki ilu ke pangkal pokok merbau.
"Duduk disini."
Kepala lelaki itu dikeluarkan dari celah ketiak dan terus ditekan supaya duduk.
"Jangan ke mana-mana, selagi tak dapat perintah dari aku,” keras dan garang suara datuk.
Entah apa ayat yang dihembuskan oleh datuk kepada leJaki berdarah dahi hingga dia tidak melawan, tidak berani tentang biji mata datuk. Menurut kata, macam kerbau dicucuk hidung.
"Duduk.kau faham tak cakap aku?"
Lelaki berdarah dahi anggukkan kepala
Datuk menggeliat dua tiga kali sambi melihal kesan gigitan dilengannya. Bila jejari nya digenggam terasa sakit. Sehelai daun pokok 'salang' segera dipetik dan dibalut pada jejari yang terasa sakit dan bengkak.
Tidak mengambil masa yang panjang. Sepuluh minit kemudian balutan daun salang itu dibuka. Rasa sakit terus hilang. Bengkak pun susut. Jari jemari boleh dibuka dan digenggam. Sebelum melangkah kearah Pak Habib, datuk renung lelaki berdarah dahi untuk mempastikan, apakah dia akur dengan arahan yang diberi.
Datuk menarik nafas lega, lelaki itu memang akur.
Dengan senyum datuk melangkah ke arah Pak Habib. Belum pun sampai ke tempat yang dituju, lelaki berdarah dahi terus melompat mengambil sepotong kayu di sisinya. Datuk tidak menyedari apa yang berlaku di belakangnya. Begitu juga dengan Pak Habib yang asyik merenung ke kawasan lapang, tempat dua insan bertarung.
Dengan kayu ditangan, lelaki berdarah buka langkah silat. Tindakan selanjutnya, dia meluru kearah datuk
"Dari belakang tuk," jerit saya.
Datuk segera berpaling, menanti kedatangan lelaki berdarah dahi dengan dada dan tangan terbuka.
"Ahhhhh "
KAKU
LELAKI berdarah dahi berhenti melangkah. Kayu ditangan dihumban jauh jauh. Dia berdiri kaku di depan datuk. Perlahan-lahan datuk merapatinya lalu melepaskan sebuah hembusan ke muka. Lelaki berdarah dahi nampak lemah, jatuh perlahan-lahan di kaki datuk dan terus tidur berdengkur di situ.
"Datuk kamu hebat Tamar."
Itu komentar si pemandu setelah melihat apa yang dilakukan oleh datuk pada lelaki berdarah dahi, di depan matanya.
"Tamar! apa kamu tidak mengambil llmu daripadanya?" Pertanyaan si pemandu saya jawab dengan gelengan kepala yang lemah.
"Aku mahu belajar dari datuk kamu, Tamar."
"Silakan," balas saya selamba.
"Aku bukan main-main, aku serius ni."
"Siapa kata kamu main-main. Aku merestuinya."
"Hummmmmm..... " si pemandu mendengus.
Saya tidak tahu, apakah dengusan yang diluahkan itu membawa maksud kecewa atau sebaliknya. Tetapi, apa yang pasti, dia amat mengkagumi dengan kebolehan yang secara tidak sengaja diperlihatkan oleh datuk di depan matanya.
CAHAYA
CAHAYA api dari tempat motorsikal terbakar mula beransur kurang. Kepulan asap hitam yang tebal bertukar menjadi nipis dan berwarna kelabu.
Percikan bunga api yang halus hampir tidak kelihatan sama sekali. Tiupan angin malam masih tidak berubah, tetap keras. Dan dengkur lelaki berdarah dahi makin menjadi-jadi.
Bila melihat datuk masih belum meninggalkan lelaki berdarah dahi yang masih tidur berdengkur, muncul kesangsian dalam diri kenapa datuk berbuat demikian?
"Aku harap, kamu tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak menguntungkan diri kamu," ujar datuk pada lelaki yang masih berdengkur itu.
Beberapa saat berikutnya, datuk pun bergerak mendekati Pak Habib yang matanya tidak berkedip menonton pertarungan hidup dan mati dua manusia di tanah lapang.
" O r a n g yang bawa masalah sudah saya kunci," beritahu datuk pada Pak Habib yang disambut dengan senyum hambar.
"Langkah seterusnya apa kita nak buat?"
Pertanyaan Pak Habib mahukan jawapan pasti yang boleh menyelesaikan masalah tidak diundang. Tanpa kehadiran tiga manusia pengacau, sudah lama dia sampai ke Medan.
Sambil mengerutkan dahi dan kening, Pak Habib alihkan pandangan dari tanah lapang ke arah saya dan si pemandu. Menyedari majikannya merenung ke arahnya, si pemandu segera angkat tangan. Dan lambaiannya segera dibalas. Pak Habib ubahkan pandangan lagi, kali ini anak matanya ditumpukan kepada datuk yang berdiri di sebelahnya.
"Biar aku cuba selesaikan."
“Jangan," tahan datuk.
“Tak mengapa, aku mencuba."
Pak Habib melangkah ke tanah lapang hingga sampai ke kawasan dua manusia yang bertarung, macam lembu. Tidak merasa penat, tidak merasa sakit, walau-pun sudah hampir lebih dari dua jam bergasak. Seluar baju habis koyak, badan bermandi peluh bercampur darah.
"Hai insan Islam, berhenti bergaduh sesama sendiri. Bila kamu bergaduh untungnya lblis dan memang tujuan iblis mahu menyesatkan anak Adam," lantang sekali suara Pak Habib.
Dan dua insan yang bertarung berhenti seketika. Mereka renung muka Pak Habib sebentar, kemudian bertarung kembali.
"Berhentilah," rayu Pak Habib.
"Berhentilah." rayu datuk.
Semuanya tidak diendahkan, mereka terus beradu kekuatan tanpa mempedulikan kehadiran datuk dan Pak Habib di sisi.
BERHENTI
SUNGGUH mengejutkan. pertarungan yang rancak terhenti dengan tiba-tiba. Dua manusia yang keletihan itu merenung ke arah datuk dan Pak Habib, mereka melahirkan senyum persahabatan dan bersedia untuk memberhentikan pertarungan.
Suasana di luar dugaan ltu menyebabkan datuk dan Pak Habib menarik nafas lega.
Ternyata rasa lega itu, tidak dapat bertahan lama di hati datuk dan Pak Habib, bila mereka terpandang ada sesuatu yang melintasi di atas kepala dua manusia di kawasan tanah lapang.
Bentuk dan benda yang melintasi di atas kepala kedua-dua manusia tersebut menyerupai sehelai tikar putih. Bila lintasan tikar putih itu hilang, mereka segera mendongak ke langit untuk beberapa detik.Kemudian kedua-duanya serentak merenung ke kiri.
Semasa merenung ke kiri, sepasang cuping telinga nampak seakan -akan bergerak- gerak. Begitu juga dengan sepasang anak mata, bergerak liar ke kiri dan ke kanan, Tindak-tanduk mereka membayanglan yang mereka menerima sesuatu arahan dari makhluk yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar
"Ada yang mendampmgi mereka," ujar datuk pada Pak Habib.
Pak Habib tidak memberikan sebarang reaksi terhadap kata-kata yang datuk luahkan. Pak Habib tetap setia berdiri di tepi kawasan tanah tapang. Masih yakin yang kedua-dua manusia tersebut akan mendengar cakapnya.
Kedua-dua lelaki di tanah lapang merenung kearah datuk dan Pak Habib untuk kali kedua dalam keadaan yang berbeza sekejap tenang dan sekejap bergelora. Renungan kali ini, bukan renungan persahabatan. sebaliknya sebuah renungan seteru yang penuh dengan dendam kesumat.
Pak Habib menyedari keadaan tersebut. Tetapi, dia masih bersikap lembut. Baginya, orang yang marah harus dihadapi dengan lemah lembut.
"Berhentilah bergaduh," Pak Habib merayu jawapan dari rayuan tersebut, sungguh diluar dugaan. Berlaku satu letupan kecil, betul-betul di depan tem-pat Pak Habib dan datuk berdiri.Kayudan Tanah berterbangan.
DEBAR
KETUL-KETUL tanah yang halus bertebaran, berjatuhan atas bahu Pak Habib dan datuk. Semuanya itu, tidak mematahkan semangat Pak Habib dan datuk.
Mereka tetap berpegang pada konsep, berlembut, bertolak ansur dan timbang rasa adalah pintu kedamaian yang baik. Penyelesaian masalah tidak akan masuk ikut pintu kekerasan. Berlandaskan pada konsep tersebut, mereka (datuk dan Pak Habib} terus memujuk dan merayu.
"Kenapa memusuhi kami yang mahu membawa kamu pada jalan kebaikan." kali ini nada suara Pak Habib agak keras sedikit.
Dua lelaki di tanah lapang renung ke arah langit seketika seolah-olah mencari sesuatu. Dan angin malam kian terasa dingin, sayup-sayup terdengar bunyi deruan kenderaan bersama lolonan anjing yangmemanjang.
"Kamu berdua, sesama Islam. kenapa berkelahi berhentilah."
Datuk tunjukkan kata-kata itu pada salah seorang lelaki di tanah lapang yang kelihatan amat letih sekali.
Sungguh mendebarkan. kata-kata datuk dijawab oleh lelaki Itu dengan jelingan biji mata yang merah menyala. Dengan rasa geram, sepasang tumit kakinya dihentakkan dipermukaan bumi. Dengan serta merta muncul api lalu membakar apa saja yang ada di sekitar datuk dan Pak Habib.
Satu pemandangan yang mencemaskan buat saya dan sipemandu. Rasa cemas itu. tidak pula dialami oleh datuk dan Pak Habib. Mereka tenang sekali, walau-pun api yang kecil sudah mula membesar dan boleh mendatangkan kecelakaan pada mereka.
Suara lolongan anjing (saya kira bukan anjing tetapi serigala) terus rancak bersama bunyi suara burung hantu.
“Bagaimana? Perlukah kita menolong?" bisik si pemandu.
"Jangan musuh menggunakan bantuan luar, orang macam kita bukan lawan nya," balas saya sambil merenung ke langit. Tidak banyak bintang yang bertaburan. Suara lolongan serigala yang panjang dan mendayu-dayu mengundang rasa seram yang bukan kepalang.
KERESAHAN
SI PEMANDU yang berdiri di sebelah saya, mula keresahan tidak menentu. Lelaki berdarah dahi yang tidur terus berdengkur macam bunyi suara kerbau balau menguak panjang.
"Tak usah tunjuk kehebatan kamu, Apa yang kami mahu. kamu berdua berhenti bergaduh." Pak Habib menarik nafas panjang. Bahang panas mula terasa.
"Kemudian beritahu kami, kenapa kami didera begini," sambung Pak Habib bersahaja.
Api yang dihantar secara sihir oleh salah seorang dari dua lelaki tersebut, terus memamah apa sahaja yang ada di sekeliling datuk dan Pak Habib. Walaupun ke-adaan agak terdesak. Datuk tetap mempastikan api yang merayap tidak akan menyambar pakaian dibadan Pak Habib dan dirinya.
"Berhentilah bergaduh.”
Salah seorang dari lelaki di kawasan tanah lapang memben jawapan pada rayuan datuk dengan membongkok lalu melepaskan penumbuk kencang ke permukaan bumi. Serentak dengan itu terdengar bunyi ledakan yang amat kuat. Rasanya semua tumbuhan dibumi pada saat itu (pada malam itu) semuanya habis tercabut.
Bukit dan gunung habis runtuh Bila gema dan ledakan itu berakhir. Api yang mengelilingi tempat datuk dan Pak Habib berdiri terus lenyap.
TERNGANGA
DATUK dan Pak Habib tergesa-gesa bangun, tidak dapat dipastikan ketika mana, mereka berdua jatuh.
"Habib."
Suara datuk keras. Seekor ular besar berdiri. tidak jauh dan Pak Habib dengan mulut ternganga. Ular besar itu bersedia untuk menelan Pak Habib.
"Semuanya kerja iblis. kerja sihir," datuk bersuara lantang. Pak Habib tidak menjawab tetapi, memberkan syarat dengan mengangkat kedua-dua belah tangannya macam orang mahu melakukan takbir. Datuk anggukkan kepala.
Perlahan-lahan Pak Habib bergerak ke kanan dua langkah. Lepas itu bergerak ke belakang dua langkah. Kerana langkahnya amat perlahan per-gerakan tidak dapat dikesan oleh ular besar yang berada di depannya.
“Azan,” terluah kata dari datuk.
Pak Habib anggukkan kepala. Datuk memberikan laluan agar laungan azan dilaungkan oleh Pak Habib. Dua lelaki dikawasan tanah lapang, melihat saja apa yang berlaku. Saya dan pemandu secara tidak sengaja terpandangkan sesuatu yang pelik datang bergolek ke arah kami. Bita diamat-amati benda yang bergolek itu ialah bungkusan mayat. Kami jadi panik. Tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Tamar, jangan kelam-kabut. tenang. Gunakan apa yang sudah aku ajarkan kepada kamu, baca ayat-ayat pilihan dari al-Ouran.”tanpa menoleh ke arah saya,datuk terus mengeluarkan kata kata tersebut.
:Datuk kamu meIihat kamu dengan indera yang ke enam Tamar?” lsi pemandu menyoal.
“Tak tahu, perkara semacam itu kerap aku lalui.”
“Kamu cucu yang bertuah, nanti banyak ilmu yang bakal diturunkan kepada kamu"
“Usah banyak cakap kita dalam bahaya."
Syukur, ungkapan yang saya luahkan itu berjaya menutup mulut pemandu.
Walaupun demi kian, dia tetap resah. Benda putlh yang bergolek itu kian menghampiri kami. Surah yang saya baca jadi tidak tentu.Saya memberitahu pemandu, sekiranya benda bulat Itu menghampin saya dalam jarak yang amat dekat akan saya tendang.
BANTAH
SIPEMANDU membantah rancangan saya. Dalam masa berbincang-bincang itu, benda putih yang bergolek lerus hilang. Laungan azan mula bergema dalam hutan kecil dimalam yang kian dingin. Suara azan itu menenggelamkan bunyi lolongan serigala dan bunyi burung hantu. Malah, angin yang bertiup terhenti sama sekali.
Sebaik saja laungan azan berhenti, dua lelaki di tanah lapang rebah di bumi. Bergolek-golek macam menahan rasa sakit yang amat kuat. Lebih dari lima belas mimt mereka berkeadaan demikian. Kemudian mereka terbujur kaku. Tidak bergerak.
Dan hujung ibu jari kaki kiri kedua-dua lelaki tersebut, asap nipis keluar, seluruh kawasan dikuasai bau kemenyan naik meninggi, bertukar menjadi hitam tebal lalu membentuk lembaga tinggi besar menyerupai raksasa. Beba-yang itu, makin lama. makin menipis dan akhirnya hilang.
Serentak dengan kehilangan kedua dua bebayang itu. Dua lelaki yang terbaring terus bangun terkapai.
Datuk segera mendekatinya lalu membacakan beberapa potong ayat pilihan untuk menghalau iblis. Selesai sa]a ayat-ayat itu dibacakan, kedua-dua lelaki ilu termanggu-manggu macam baru tersedar dari mimpi yang mengerikan.

0 comments:

Post a Comment