Pengikut antu :P

Klik hantu nuffnang ok!:P

Thursday, May 5, 2016

240: DIPEGANG JIN TANAH

SBDJ SIRI 240 DIPEGANG JIN TANAH

Kami cuba mengawal perasaan dengan menjadi pendengar setia dan baik. Berusaha tidak memberikan sebarang komentar terhadap keterangan yang dijelaskannya.
Walaupun ada diantara keterangannya itu yang boleh disanggah dan dipertikaikan. Malah, ada yang benar-benar menyinggung perasaan kami.
Bukan takut berdialog atau bertekak, kamui sekadar mahu menjaga hati dan perasaan seorang lelaki yang usianya jauh lebih tua dari kami. Rasanya, dalam saat-saat genting begini, tidak ada ruginya mengalah atau merendahkan diri , asalkan di penghujungnya kami memperolehi kemenangan.
Tidak dinafikan. perkara yang dialami sebentar tadi tetap menakutkan. Secara tidak langsung lelaki berdarah dahi memperlihatkan kehebatan diri dan ilmu yang dimilikinya.
Dalam erti kata lain, kehadiran lelaki berdarah dahi disisi kami, tidak boleh dianggap mudah. Malah dia boleh dianggap sebagai serampang dua mata.
Kalau saya dan pemandu pandai serta bijak mengendalikannya, ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan, dirinya pulaboleh dijadikan kawan dan Iawan dalam satu masa.
"Bukan setakat itu saja, orang yang terkena sumpah tahi bijih. kadangkala boleh sesat dalam terang. Berlegar-legar dan berpusing-pusing di jalan yang dilaluinya sampai berhari-hari, macam orang mabuk. Kalau sudah sampai peringkat itu. kita boleh lakukan apa saja. Dia tak akan melawan," tatkala menyebut perkataan "dia tak akan melawan " lelaki berdarah dahi sengaja meninggikan suaranya.
Sukar diramalkan kenapa perkataan "dia tak akan melawan" harus diucap dalam nada yang tinggi dan keras. Apakah sekadar mahu membuktikan kepada kami tentang keberkesanan khasiat tahi bijih tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui, apa yang tersirat dalam hati nurani lelakl berdarah dahi.
" Besi ni, nampak saja pendek tetapi khasiat serta kegunaannya ada seribu macam. Ada orang menyebut-nya "pasak bumi" dan ramai juga yang menyebutnya "pacak bumi," besi hitam yang panjangnya sekitar empat kaki diangkat nya tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Biji mata kami bagaikan dipukau mengikut gerak tangan dan besi yang diangkat.
"Boleh meruntuh dan melemahkan kekuatan ilmu batin seseorang," besi pendek sepanjang empat kaki itu diletakkan ke bumi.
"Nak panggil orang halus lagi ke?" Saya pula bertanya.
'Tak payah," tengkingnya. Saya terkejut dan terdiam, pemandu tersenyum.
Lagak lelaki berdarah dahi kembali pada gayanya yang secara tidak sengaja memperlihatkan kehebatan dirinya, seolah-olah dia serba tahu.
"Kamu nak tahu rahsianya?" Dia jegilkan biji mata.
"Mahu,"
Serentak saya dan pemandu menjawab.

TANAH

DAN lelaki berdarah dahi, segera membuka dua tiga langkah silat. Perkara itu dilakukan sebagai tanda minta restu dari jin tanah yang kononnya ada pertalian dengan besi pacak bumi (pasak bumi), Tanpa restu jin tanah akan mengundang kecelakaan pada orang yang memegang besi tersebut.
"Bila berdepan dengan orang yang tinggi ilmu kebatinannya, tanam hujung besi yang tajam ini ke tanah. Begini caranya,” tanpa diminta lelaki berdarah dahi memperlihatkan cara menanam besi pasak bumi.
Sebelum ditanam batang besi itu mesti diludah tujuh kali berturul turut, Kesan air liur yang melekat dibesi dilurut tiga dari pangkal ke hujung. Dari hujung ke pangkal. Kemudian dihembus dari pangkal ke hujung, macam orang asli menyumpit tupai di dahan.
Seronok dan menghiburkan melihat pergerakan lelaki berdarah dahi. Nampak lembut dan teratur. Setiap perbuatan harus diiringi dengan jampi mentera tertentu. Dan hati kecil terus memuji kehebatannya dan daya ingatannya.
"Kemudian ajak orang itu beradu kekuatan tetapi, jangan jauh dari kawasan besi itu ditanam," suaranya keras sekali sambil menarik nafas.
"Apa hasilnya?" Soal si pemandu.

"Hhuuuuuuuhhh, orang tu tak daya nak melangkah, kakinya dipegang jin tanah,
macam ini ha " lelaki itu terus mengayakan bagaimana cara orang yang kakinya dipegang jin tanah berhempas pulas berusaha melepaskannya.

Gaya yang diperlihatkan sungguh realistik berserta dengan mimik wajahnya. Tetapi, ada ketikanya terasa lucu. Kerana diperlihatkan penuh perasaan dan menggunakan tenaga yang banyak membuat lelaki berdarah dahi tercungap-cungap kepenatan.

"Bukannya mudah," menampakkan kebanggaan dan kemegahan dengan apa yang dilakukannya. Saya dan pemandu anggukkan kepaia. Senyum lelaki berdarah dahi bertambah lebar.

Dalam cuaca gelap yang semakin pekat itu saya terus menggeliat. Pemandu mengaru-garu pangkal lehernya. Hati semakin terasa tidak tentu arah, bunyi cengkerik seolah-olah memberitahu, jika masih berdiri di situ, mungkin sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Saya membuat keputusan sendiri mahu memberitahu lelaki berdarah dahi supaya beredar dari situ.

Tetapi. belum pun sempat membuka mulut, lelaki berdarah dahi lerlebih dahulu bersuara.
"Dua orang yang megajak aku menculik Tuan Syed Hamid dan kawannya mengunakan barang-barang yang aku tunjukan kepada kamu."
Kata-kata itu membuat saya tersintak.begitu juga dengan pemandu Syed Hamid Al –Hadad. Kuku di ibu jari segera saya gigit untuk menahan rasa cemas dan bimbang. Si pemandu juga saya lihat berada dalam keadaan yang serba tidak kena.
Mereka berada dalam bahaya. “
Dada terasa lapang, salu ungkapan yang melegakan dari lelaki berdarah dahi. Wajahnya nampak gusar juga. Si pemandu tunduk diam. Bagi menenangkan rasa cemas, saya tarik nafas dan melepaskannya dengan perlahan-lahan.

MAGHRIB

Awan yang bergayut di langit bergerak lemah, begitu juga dengan hembusan angin. Nyamuk dan agas mula menjaiankan peranannya. Mengikut firasat saya, waktu maghrlb baru beberapa saat saja berlalu.
Bersumberkan firasat dan keyakinan itu, saya terus meng hormati waktu maghrib.
"Kita mesti bertindak." Si pemandu bersuara.
Dalam cuaca yang agak gelap, si pemandu merenung muka saya.Dengan segera saya anggukkan kepala. setuju dengan apa yang diluahkannya. Si pemandu terus merenung muka lelaki berdarah dahi yang dibayangi kecemasan dan kebimbangan.
"Inilah yang aku fikirkan. kalau tadi, sebelum hari gelap kamu berdua musuh aku. se-karang kamu berdua sahabat aku." lelaki berdarah dahi masih berusaha mahu menanam kepercayaan dalam diri kami berdua, bahawa hatinya, tidak bercabang. Usah diragui tentang dirinya.
Perlahan-lahan lelaki berdarah dahi membuka baju dan diterbalikkan. Kemudian baju yang terbalik itu disarungkannya kembali ke tubuh. Tidak berhenti-henti lelaki itu memperlihatkan perbuatan yang ganjil dan pelik. Setelah memakai baju dalam keadaan terbalik. Dia meniarap dipermukaan bumi. Lubang telinga kirinya dicantumkan dengan tanah buat beberapa minit.
"Masih boleh,"
Dia terus bangun dan berdiri sebagai seorang pahlawan. Anak matanya merenung tepat ke arah pemandu . Beberapa saat berikut segera dialihkan kepada saya.
"Tak mengapa , sebahagian dari pada tahi bijih tu sudah aku tawarkan kuasanya mengikut angin. Sebahagian lagi yang tinggal, kuasanya tak seberapa, buktinya kamu berdua lihat di sana," lelaki berdarah dahi segera menunding telunjuknya ke arah pasir hitam yang kelihatan basah dan lembab, sebahagian daripada pasir hitam itu berada di bawah rimbunan dedaun rumput.
"Kekuatan atau kuasa tahi bijih boleh ditawarkan dengan air kencing dan peluh," katanya.
"Jadi kamu kencing berdiri?" Soal saya.
" Kencing berdiri ke, kencing bertenggung ke, kencang berlari ke, tidak kisah. Pokoknya air kencing aku dengan peluh sudah bercam-pur dengan tahi bijih," satu jawapan yang kurang sopan. Tidak ada rasa malu langsung.
Apa mahu dikata, sudah nasib terpaksa bersahabat dengan manusia yang kasar budi bahasanya. Si pem a n d u tunduk, tidak tahu apa yang berada dalam ke-palanya.
Tetapi, hati kecil saya terus bertanya, ketika m-na lelaki berdarah dahi itu kencing. Sebabnya, tidak nampak dia melakukan perbuatan tersebut. Betulkah dia kencing atau atau air kencing makhluk halus? Persoalan itu terus berlegar-legar dalam tempurung kepala.
"Pelik," keluh saya.
"Apa yang pelik," tanya lelaki berdarah dahi. Keluhan saya dapat didengarnya.
"Tak ada apa-apa," tersengih saya menjawab. Ternyata dia dapat menerima jawa-pan tersebut.
Dengan tenang lelaki berdarah dahi mematahkan ranting pokok berdaun lebat untuk menutup pasir hitam atau tahi bijih. Tidak memadai dengan itu, dedaun kering sekitar kawasan kakinya dikuis-kuis dan dilonggokkan.
Dengan kakinya yang lebar dedaun kering ditolak perlahan-lahan bagi menam-bahkan lagi timbusan daun atas tahi bijih yang memang sudah ditimbus.

TUGAS

Tuga selanjutnya, dia pun melangkah longgokkan pasir hitam dalam timbunan dedaun itu tujuh kali berturut-turut. Setiap kaii melangkah mulutnya terus membaca mentera.
"Kuasanya sudah aku ranapkan."
Selesai saja Lelaki berdarah dahi berkata demikian, kelihatan sekumpulan kelip-kelip mengerumuni longgokkan dedaun yang m-nutup pasir hitam, bunyi gagak juga kedengaran sebanyak tujuh kali lalu diikuti dengan bunyi burung "kuah kuit" memanjang.
Beberapa batang pokok besar yang berada tidak jauh dan kami bergoyang sendiri. Dedaun muda berguguran, sedangkan ketika itu, tidak ada angin ribut. Ada kuasa yang tidak kelihatan mengoyangkan pepohon besar tersebut.
Bila pokok besar berhenti bergoyang dalam cuaca maghrib yang kian memberat itu, kelihatan kumpulan lotong bergayutan di hujung dahan terbuai-buai. Tidak tahu dari mana kumpulan lotong itu datang.
Apa yang pasti kehadiran kumpulan lo-tong itu amat menye-nangkan hati lelaki berdarah dahi. Buktinya dia sentiasa senyum sambil menggerak-gerakkan tangannya ke arah kumpulan lotong tersebut seperti memberikan arahan tertentu.
Mungkin kerana penat bergayut, kumpulan lotong segera bertenggek sebaris didahan besar, duduk berdekatan menghalakan muka kearah saya dan pemandu. Memang menakutkan melihat mukanya yang dilingkari garisan putih, lebih-lebih lagi bila dia menyeringaikan giginya.
“Tapi.”
Mengejut saja lelaki berdarah dahi bersuara dalam nada suara yang cukup keras dan tinggi. Dia seolah-olah teringatkan sesuatu yang penting. Dahinya berkerut dan keningnya terangkat sedikit. Saya dan pemandu saling berpandangan.
"Ada apa menjerit semacam ni?" Saya bertanya.
"Ada sebahagian lagi tahi bijih dalam saku seluar mereka, kira-kira dua genggam lebih. Kalau mereka tabur di tanah dengan sendirinya khasiat tahi bijih tidak menjadi. Kalau belum ditabur, sulitlah sikit. Tapi tak mengapa kita berikhtiar."

MENJERIT

Barulah saya dan pemandu faham keadaan sebenarnya, kenapa lelaki berdarah dahi menjerit dan cemas sekali.
"Kita berikhtiar," ulangnya lagi dengan mata yang bersinar, penuh harapan ten-tang kejayaannya.
Lelaki berdarah dahi melangkah ke kanan. Besi pendek pasak bumi segera dicabut. Di timang-timang dan ditelek-teleknya berkali-kali. Semasa besi pendek "pasak bumi" dijulang melepasi kepalanya, kumpulan lotong yang bertenggek di dahan segera menjerit ketakutan. Semuanya lari bertempiaran ghaib.
Malah kumpulun kelip-kelip yang menghurungi timbunan dedaun kering turut hilang dalam sekelip mata. Tidak dapat dikesan ke mana perginya. Semua yang terjadi depan mata, sukar diterima oleh akal fikiran yang waras.
"Kita berusaha dan berikhtiar, selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang maha Kuasa, niat saya dan juga awak berdua baik," selesai bercakap lelaki berdarah dahi terus mengucup besi pendek "pasak bumi” macam pahlawan Melaka mengucup keris pemberian Sultan.
Perasaan saya terus berdebar, walau pun suara "kuang-kuit” sudah berhenti.
"Ayuh, kita bergerak sekarang," satu arahan keras dari lelaki berdarah dahi untuk kami berdua yang masih belum dapat menangkap maksud dari arahan tersebut.
"Kemana?" ba!as si pemandu.
"Ke mana lagi, menolong tuan kamu dan kawannya yang tersepit, Kalau berlengah-lengah entahkan sempat entahkan tidak.
Kata-kata terrakhir "entahkan sempat, entahkan tidak" membuat saya sesak nafas. Detik jantung terasa hebat sekali. Rupanya masalah yang sama turut juga dirasai oleh si pemandu. Buktinya, dia melepaskan, renungan cemas ke arah saya.
Pikiran saya jadi buntu, tidak tahu apa yang patut saya nyatakan pada si pemandu. Apakah tindakan selanjutnya yang wajar saya buat. Patutkah digesa lelaki berdarah dahi bertindak cepat, tidak sekadar bercakap serta memperlihatkan kebolehannya saja.
"Ayuh, apa lagi. Kenapa termenung saja. Sekarang bukan masa termenung, seka-rang masa berlindak dan bergerak," lelaki berdarah dahi terus menolak bahu si pe-mandu. Kerana tolakkannya agak kerasd an kuat si pemandu hampir lerjatuh. Dan dalam masa yang sama lelaki berdarah dahi terus menarik tangan kanan saya. Tidak ada bantahan, saya mengikut saja macam kerbau dicucuk hidung.

SELIT

Besi pendek “pasak bumi” terselit melintang dipinggang lelaki berdarah dahi. Per-jalanan menuju ke tempat Syed Hamid Al-Hadad dan datuk pun bermula.
Kepala jalan diketuai oleh lelaki berdarah dahi, diikuti oleh si pemandu dan saya orang terakhir. Kerana tidak selesa berada di belakang, saya berunding dengan si pemandu untuk bertukar tempat. Senang rasa hati, bila pemandu memenuhi permintaan saya. Baru lebih kurang dua puluh langkah bergerak, lelaki berdarah dahi memberi isyarat supaya berhenti. Lagi sekali manusia pelik ini membuat kejutan, runggut sayal dalam hati. Dia renung muka saya.
"Siapa suruh kamu tukar lempat?"
"Tukar suka sama suka."
"Pandai buat rancangan sendiri, sekarang buat semula macam tadi, jangan pandai-pandai bual sesuatu tak tanya aku."
Saya pun kembali ke posisi asal, begitu juga dengan si pemandu.
Sebelum memulakan langkah yang terhenti, lelaki berdarah dahi tahu perasaan saya tersinggung dengan tindakannya.
Dia minta maaf dan menjelaskan dia terpaksa berbuatn demikian kerana mengikut urutan usia. Dia paling tua mesti jadi kepala jalan, kerana banyak pengalaman dan tahu serba sedikit petua menjejaki langkah orang. Pemandu tua dari saya, sudah sewajarnya berada di belakangya. Dan saya paling muda dalam kumpulan tiga orang itu, memang selayaknya berada di belakang sekali.
Penjelasan ilu saya terima dengan senang hati. Masalahnya. sebagai orang yang berada di belakang sekali, sudah tentu macam-macam hal yang buruk bermain dalam kepala. Bukan harimau atau binatang buas yang saya takuti, melainkan hantu syaitan yang boleh menjelmakan diri dalam berbagai-bagai bentuk dan rupa.
Berpunca dari rasa takut itu menyebabkan saya melangkah dengan cepat. Akibatnya saya sering tersepakkan tumit kaki si pemandu. Malah ada ketikanya, saya melanggar tubuhnya bila dia memperlahankan langkah, hasilnya si pemandu merunggut panjang dan marahkan saya
Macamana dia tidak marah. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan dla terdorong ke depan dan jatuh. Secara tidak sengaja badannya akan berIaga dengan badan lelaki berdarah dahi. Bila hal ini terjadi boleh menyebabkan lelaki berdarah dahi turut jatuh seperti dia.
Bila perkara terjadi boleh melambatkan perjalanan ke arah tempat yang dituju. Saya tahu masalah tersebut.
Dalam langkah yang penuh berhati-hati itu, tumit kaki si pemandu masih menjadi mangsa sepakkan kaki saya.
"Berhati-hati dan perlahan-lahan sikit Tamar. Kalau aku jatuh susah jadinya."
"Aku tak senga}a."
"Kerana kerap sangat tak sengaja itulah, aku suruh kamu berhati-hati. Tak ada apa yang ditakutkan."
Saya diam dan hati terus berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama. Malangnya, dalam berjaga-jaga dan berhati-hati perkara yang sama berulang kembali. Entah apa malangnya nasib saya.
"Tamar berapa kali aku nak cakap."
"Maafkan aku."
"Sudah berbelas kali kamu minta maaf, tapi kamu tidak juga berubah. Lain yang kamu cakap, lain pula yang kamu buat. Ini tak boleh jadi Tamar. Jangan sampai aku hilang sabar," cukup keras dan bertenaga sekali suara si pemandu. Kalau tadi. setiap kali bercakap dia renung muka saya. Tetapi, kali ini keadaan menjadi sebaliknya. Saya menarik nafas hampa dan menyalahkan diri sendiri.

KEJUTAN

LAGI sekali lelaki berdarah dahi membuat kejutan. Dia angkat tangan kiri tinggi-tinggi melepasi kepala sebagai tanda syarat perjalanan harus diberhentikan . Timbul pertanyaan dalam dada, ada halanganbesarkah di hadapan atau ada gangguan hantu syaitan dalam perjalanan ini?
Debar dalam rongga dada berkocak kembali. Renung kiri, renung kanan. Si pemandu juga berkelakuanseperti saya. Kami saling berpandangan dengan seribu persoalan bersarang dalam dada. Lelaki berdarah dahi menjatuhkan tangan kiri lalu bertepuk sebanyak tiga kali.
Wajahnya masam dan serius. Dari gerak mata dan kembang kempis hidungnya. Begitu juga dengan cara dia berdiri bersi-lang kaki. Betis kanan menindih betis kiri. Semuanya itu memper-lihatkan dia sedang berada di puncak ke-marahan yang amat sangat. Macam ada pantang larang dan pesanannya kami langgar

0 comments:

Post a Comment